Langkau ke kandungan utama

GA Karut ~ Langkawi...

Hai...

GA Karut ~ Langkawi...
Atas permintaan ramai... Kononnya la... Sibuk nak suruh buat GA bagai la...

Nak ole ole dari Langkawi ke???
Kena la sertai GA karut ni....

Syarat: tiada... Syarat yang ada dalam PTPTN tu pun korang tak nak ikut... Inikan pulak nak ikut syarat tukang karut...

Follower: tidak semestinya... Tapi kalau follow itu kan lebih indah...

Tag mengetag: Tidak perlu... tapi kalau tag pun apa salahnya... Mana tau siapa yang banyak tag tu boleh menang...

Hadiah: Belum tahu lagi... Mungkin Key Chain je... Muahahahahahaha... Ntah la... Mungkin coklat... Mungkin air masin laut langkawi je...

Cara nak pilih pemenang : ikut suka hati aku!
Cara nak menang?: Aku suka kepada entry yang kreatif...

Tarikh tutup: Ikut suka hati aku...

Kena isi apa?
Kena la isi tempat kosong di bawah ini... Tapi tidak diwajibkan pun...

Saya suka/tertarik/cinta/benci/menyampah/bosan/meluat/(me~ me~ me~ ikut suka hati korang la) dengan tukang karut kerana......................................... (tidak lebih 1218 patah perkataan)



Ah... Ikut suka korang la nak buat GA cammana... Malas aku nak fikir...




NotaKarut: Nak naik belon pukul 11 ni... Cuti cuti Malaysia bersama keluarga mertua... Hohoho... Rehatkan minda yang tengah penat...

P/s: Blog akan kesunyian kerana penulisnya sedang berseronok ronok menonok...
p/s/s: Tak payah nak bodek la... Aku tak termakan bodek... Aku makan Sup ikan je Wan Wan di KK je...

Ulasan

bobiedanbad berkata…
Muahahahaha ko memang sengal seperti sengal2 tulang Encik TK.
zella y berkata…
Saya cinta dengan tukang karut kerana...........suka hati saya lah! hahahhahahahhahahahha....

p/s: bf sy xbc blog t.k so boleh tulis suka2 hati kekekkekekeke

p/s/s: kalau bf terbaca komen sy,sy mintak ampun awal2...kekekekkekeke
Unknown berkata…
saya tak cinta t.k kerana dia laki orang dan skrg ni pon dye tgah ber ronok2 dgn family mertua dye.....

tapi saya suke baca pe yg tk taip sb

t.k snegal....!!
wakakakakkakakkaka


happy holiday :P
bunga_rose berkata…
aku join sebab aku nak coklat, sila baca kat blog aku okeh

http://lieroseqiemi.blogspot.com/2012/06/ga-karut-langkawi.html

tak bagi aku coklat saguhati siap ko hahaha..
Asrul "iLham" Sany berkata…
saya cinta dengan tukang karut kerana perot beliau seksi...bley? kahahaha
Unknown berkata…
saya sayang t.k sebab dia seorang tukang karut yang berjaya buat saya ketawa bila saya sedih....

B saya tak baca blog T.K, so saya tak perlu risau tulis komen macam mana pun... B saya baca blog kujie2.com je.. hik hik hik
eima berkata…
aku tak mo join tp dtg sini sbb bunga ..sila beli coklat utk die...lalalalal
syiela berkata…
saya tertarik ke sini bila sampai je sini saya turut mengarut,merapu meraban bagai sampai tak sedar dunia.tak toleh kiri kanan nak nak dengan entry makanannya.

Kadang2 TK mengarut tahap IQ tertinggi di mana tak tercpai dek akalku.Jika itu yang terjadi makanya aku komen berdasarkan nota karut dia.

Harap ko faham apa yg aku karutkan kat sini.
penjajah minda berkata…
aku tak penah naik belon.
emarieys berkata…
selamat bercuti yer..

Saya cinta T.K kerana..oh tidak tak boleh jatuh cinta dengan dia..saya suka T.K sebab setiap kali baca entry nya pasti orang ingat saya gila (tersengih-sengih cam kera)...hahahaha
ch000tz berkata…
hahahahahah sengal masuk air lebih ni hahahah

meyh sini...
Saya suka dengan tukang karut kerana profile pic yang ala² ngan pipi dia yang tembun itu heheheh
Tinta Lana berkata…
Salam..oii, seronoknye ko nas naik belon membelon,hahahaha.

Silakanlah berseronok dgn seronoknya..harap2 pasni, ko makin hebat mengarut *bunyik tak ikhlas,hahahah*
Tinta Lana berkata…
oh ya.. aah..aku suka panggil nama sebenar..walaupn ak tak guna nama ak yg sbnr,kih3..alah, dah dekat dh, lana=liana..maksud pun sma,kih3.

Seriusly, nama pena Tukang Karut tu, memg sesuai sgt ngn isi 'ngarutan' ko >_<

itu jep,bye! hik3
Cik TeN10 berkata…
Adohaiii.. First time jmpa GA suka hati.. Hahahh :D
Chuu Muqhlis berkata…
kehkeh sempoi la tk., GA paling sempoi pena jmpe XD
ILA HonEyBuNNy berkata…
hai karooot mengaroot..haha

ko egt aku lagi x neh..lau xegt aku mencik2 ko..hahhaha

xhabis2 g ko mengaroot yer..heheh...

lama xbca entry ko..
ctk berkata…
Saya suka dengan tukang karut kerana beliau pernah kata beliau sukakan saya? uit betul ka??hahaha


*selamat beronok menonok...
Rain berkata…
ha ha ha
GA tobat sempoi bak hang!

gamat, coklat tu wajib wei kalu p langkawi..

hang naik keta kabel jgn duk gayat plak. paling penting jangan terjun bawah tu haha
Cik tikah berkata…
mimpi pe lak nk baut GA bagai ni? haha
Yutaka Mushimura berkata…
okey...jawapan eden kat sini ek..

saya mentidaksukasukigembirasedihroyanjiwarontahentakhentakkakibulijeritseronoksentapsiotpycoentahapepaetahdanlainlain belog ini kerana Tuan Tukang Karut seorang yang sangat enjoyable sampai semua perasaan menjadi satu, sedih bertukar riang gembira...dan banyaaaaaaakkkkk lagi....

so.harap eden monang moto dari Langkawi ek...:)

pokcik monang moto...:)
blog-tips-kurus berkata…
p Sabah yek?? nak pearlsssssssssss... :-)

Catatan popular daripada blog ini

Ucapan Hari Raya Kelakar...

Koleksi Ucapan Whatapp Hari Raya 2016...  Ketupat pulut di atas para, Hendak direbus di tepi perigi, SMS dihantar pengganti kad raya, Tanda ingatan tak luput di hati. Selamat Hari Raya Aidilfitri, Mohon maaf Zahir & Batin . Kalau dilipek sebosar kuku. Kalau dibontang sebosar alam. Kok hilang dicaghi. Kok hanyut dipinteh. Kok tonggolam disolam. Datang biarla nampak muko. Kok poei biarla nampak belakang. Jauh diimbau,dokek digamit. Seuntai salam,sojambak kato. Dogup bicagho,meghisik raso. Salam Aidilfitri Maaf Zahir & Batin “Biar hati sejernih air, jgn pula dipenuhi lumpur, kalau salah saya belum berakhir, diharap diampun dgn rasa bersyukur”.”Jika budi dipenuhi ikhlas, jgn ia disulam tuba, jika ada salah yg belum dibalas, harap diampun di hariraya”. “Biar amarah disunting senyum, ibarat pekerti disulam kasih, diharap dihalal makan dan minum, ibarat rezki yg tidak disisih”. SELAMAT HARIRAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN. Mä$äk £Ã¨mäñg $àmßil bdiri, Hè...

Anda Marah? Ni Pantun Kurang Ajar.

Jalan jalan naik basikal, Naik basikal di waktu malam, Ada otak ada akal, Jangan disimpan menjadi pekasam. Pekasam buruk di goreng orang, Bau semerbak serata alam, Tutur kata ibarat parang, Tersilap kata menikam dalam. Belakang parang diasah jangan, Tajam depan tajam belakangnya, Kurang ajar apakah hukuman, Buku lima di pipi la jawabnya.

Pantun Malam Jumaat...

Ubi kayu sedap dibuat pengat Lagi sedap kalau dimasak siti Malam Jumaat datang semangat Almaklum banyak agenda sedang menanti Sedapnya pengat ubi teringat ingat Manakan terlawan si roti jala Ambillah berkat malam Jumaat Mengerat kasih mendapat pahala Di malam hari terasa hangat Memang enak minum air kelapa Malam ni malam Jumaat Tongkat ali jangan dilupa Dah perkena tongkat ali secawan Dicecah bersama kuih bahulu Hendak berblog,berbloglah kawan, Saya bermohon tidur dahulu. NotaKarut: Nak komen? Sila pantun jua... Hahahahahaha... Sekadar gurauan di malam Jumaat... Tak ada apa agenda pun malam ni kecuali nak buat solat hajat dan zikir lebih sikit...