Langkau ke kandungan utama

Apakah Syarat Maaf Neelofa Kepada Anzalna?

Pelakon dan pengacara,

Neelofa

atau Neelofa Mohd Nor akui telah menetapkan syarat sebelum Anzalna Nasir bersetuju memohon maaf.

Neelofa berkata dia telah menetapkan beberapa syarat kepada

Anzalna

sebagai jaminan agar pelakon Indra Joned itu memohon maaf secara ikhlas kepadanya dan bukan dilakukan kerana terpaksa.

Namun Neelofa tidak dapat mendedahkan kesemua syarat-syarat yang ditetapkan, sebaliknya menyatakan salah satu daripada syarat yang diberikan.

"Antara syarat-syarat yang dikemukakan adalah Anzalna tidak boleh menyebut nama saya lagi di mana-mana temuramah atau di laman-laman sosial seperti Facebook dan Twitter, mahu pun di blog-blog serta tidak boleh memanjangkan lagi hal ini," katanya selepas sidang media yang menemukannya dengan Anzalna di Hotel Royale Chulan, petang semalam.

Walau bagaimanapun, Juara Dewi Remaja 2010 itu berkata dia berasa lega kerana konflik yang berlaku di antaranya dengan pelakon, Anzalna sejak sebulan lalu akhirnya dapat diselesaikan dengan cara baik.

Sumber : Murai.


NotaKarut: Apa lagi la kesahnya si jantung buah hati aku ni...

Ulasan

Muttallif berkata…
Sayang Beno ko dengan Neelofa nie eh
ILA HonEyBuNNy berkata…
hahhaha..si jantung buah hati tu..hehe

tapi Neelofa cantik..erghh..hahah
Unknown berkata…
dorang gaduh sal pe TK???
Rain berkata…
gosip..
blog-tips-kurus berkata…
'ada ku kesah..!!!??'

lalalala.. (>.<)
syiela berkata…
sayang betul ko kat dia ye

yg kat rumah tu jantung apa pulak TK ^_^
Tinta Lana berkata…
Salam.

wow,untung nelopah, ada buah hati cam ko yg amik berat,keh3. Memang nak kena pelepah si nas ni, hhahahaha
zella y berkata…
entah nape...xminat neelofa...jgn marah ye t.k..kekekkekeke
bunga_rose berkata…
yeke dah settle? apsal bermaafan tak salam tangan erk??
Rina Rahamat berkata…
bagusla dh setel..nyampah tgk retis muda ni..harap cantik ngn kontroversi je yg lebih
emarieys berkata…
tp khabarnya berbaik tapi tak bersalam pun

Catatan popular daripada blog ini

Ucapan Hari Raya Kelakar...

Koleksi Ucapan Whatapp Hari Raya 2016...  Ketupat pulut di atas para, Hendak direbus di tepi perigi, SMS dihantar pengganti kad raya, Tanda ingatan tak luput di hati. Selamat Hari Raya Aidilfitri, Mohon maaf Zahir & Batin . Kalau dilipek sebosar kuku. Kalau dibontang sebosar alam. Kok hilang dicaghi. Kok hanyut dipinteh. Kok tonggolam disolam. Datang biarla nampak muko. Kok poei biarla nampak belakang. Jauh diimbau,dokek digamit. Seuntai salam,sojambak kato. Dogup bicagho,meghisik raso. Salam Aidilfitri Maaf Zahir & Batin “Biar hati sejernih air, jgn pula dipenuhi lumpur, kalau salah saya belum berakhir, diharap diampun dgn rasa bersyukur”.”Jika budi dipenuhi ikhlas, jgn ia disulam tuba, jika ada salah yg belum dibalas, harap diampun di hariraya”. “Biar amarah disunting senyum, ibarat pekerti disulam kasih, diharap dihalal makan dan minum, ibarat rezki yg tidak disisih”. SELAMAT HARIRAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN. Mä$äk £Ã¨mäñg $àmßil bdiri, Hè...

Anda Marah? Ni Pantun Kurang Ajar.

Jalan jalan naik basikal, Naik basikal di waktu malam, Ada otak ada akal, Jangan disimpan menjadi pekasam. Pekasam buruk di goreng orang, Bau semerbak serata alam, Tutur kata ibarat parang, Tersilap kata menikam dalam. Belakang parang diasah jangan, Tajam depan tajam belakangnya, Kurang ajar apakah hukuman, Buku lima di pipi la jawabnya.

Pantun Malam Jumaat...

Ubi kayu sedap dibuat pengat Lagi sedap kalau dimasak siti Malam Jumaat datang semangat Almaklum banyak agenda sedang menanti Sedapnya pengat ubi teringat ingat Manakan terlawan si roti jala Ambillah berkat malam Jumaat Mengerat kasih mendapat pahala Di malam hari terasa hangat Memang enak minum air kelapa Malam ni malam Jumaat Tongkat ali jangan dilupa Dah perkena tongkat ali secawan Dicecah bersama kuih bahulu Hendak berblog,berbloglah kawan, Saya bermohon tidur dahulu. NotaKarut: Nak komen? Sila pantun jua... Hahahahahaha... Sekadar gurauan di malam Jumaat... Tak ada apa agenda pun malam ni kecuali nak buat solat hajat dan zikir lebih sikit...