Langkau ke kandungan utama

Bonus Setengah Bulan Gaji Kakitangan Awam

KUALA LUMPUR 25 Julai - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan bahawa kerajaan bersetuju membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam.

Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan turut mengumumkan bahawa kerajaan bersetuju memberi Bayaran Khas Kewangan sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan.
Bayaran itu akan dibuat pada 9 Ogos ini, katanya dalam kenyataan di sini.

Pemberian bonus dan bayaran khas itu akan memanfaatkan seramai 1.27 juta penjawat awam persekutuan dan 657,000 pesara kerajaan.

Najib berkata pemberian bonus dan bayaran khas kewangan itu dibuat berdasarkan kedudukan dan kemampuan kewangan kerajaan.

Beliau berkata bayaran itu akan melibatkan anggaran perbelanjaan sebanyak RM2.2 bilion. - BERNAMA

NotaKarut: Terima Kasih Tok Jib...

Ulasan

Muttallif berkata…
Terima Kasih Tok Jib :P
Unknown berkata…
Kira boleh belanja dira lah ni eh? hehehe ^_^
Unknown berkata…
blnje ar beb!!.. hahahahaha
Unknown berkata…
knpe aku xd?? =(
ctk berkata…
ala...ct xdpt ke
Lea Isnawi berkata…
untunglaaa dia
khaifaiz berkata…
nota karut: jom belanja aku
Asrul "iLham" Sany berkata…
bini ko dh aim nak tarik ko msk shopping complex tu kannn muahahaha
bunga_rose berkata…
untung laaa basic tinggi.. hihi
emarieys berkata…
Alhamdulillah..eh, dah dapat gaji ke blum?
Tanpa Nama berkata…
selamat berpuasa
Chuu Muqhlis berkata…
untong la kijo kerajaan..