Langkau ke kandungan utama

Menulis Blog Itu satu Beban?

Hai...

Menulis blog itu satu beban?

Yup... Bagi yang tak berminat dan tak punya banyak idea...
Tidak... Bagi yang gila menulis dan banyak idea...

Menulis memerlukan otak kanan berfungsi dengan baik...
Idea menulis boleh dicari atau datang dengan sendiri... 
Melalui pengamatan persekitaran... Pengalaman... Dan hal hal peribody masing masing...

Kadang kadang... Ada orang punya idea yang gila kentang punya best! 
Tapi cara penyampaian penulisan dia yang buat tak best... (ok... Aku tau, itu aku!)...  (Perghhhh... Perasan gila idea sendiri best! haktuihhhh la...)

Ok... Aku tau... Ini dah mengarut...
Yang sebenarnya... Aku dah tak minat nak menulis...
(Konon la... Kot kot tetiba kang idea datang mencurah curah bagaikan mencurahnya coklat di ladang gandum dan terjadi la conflake!)
Atau dalam kata lain... Yang sebenarnya aku dah malas berfikir nak tulis apa...

NotaKarut: Mungkin ini entry terakhir sehingga mendapat idea menulis entry... (Propa je ni...)

Ulasan

Asrul "iLham" Sany berkata…
tu belum lagi kalau ko jadi penulis sepenuh masa cam aku... :D
Unknown berkata…
belum jadi penulis pun dah tak tahu nak tulis apa untuk blog sendiri, kalau jadi penulis? mahu botak kepala.. huhuhu
No name berkata…
Entri time otak kene paksa memang tak best. Let it natural.
Cik tikah berkata…
x rasa beban langsung :p
Muttallif berkata…
memang membebankan kepala aku...
Cik TeN10 berkata…
Tulis time idea mencurah2 dah la.. Time mood kelaut xyah tulis.. Xberdosa pun xupdate blog tiap2 hari kan :p
kLiPKeRt@sPiNk berkata…
(Konon la... Kot kot tetiba kang idea datang mencurah curah bagaikan mencurahnya coklat di ladang gandum dan terjadi la conflake!)


bukan conrflake!! kokocrunch la TK~~~
scya lollita berkata…
jgn camni weyh -__-
fyna berkata…
fyna mula2 pun rasa beban bila ada blog. sebab nak memerah otak untuk cari idea kan. tapi tue dulu. sekarang tidak. sebab fyna akan pastikan blog fyna akan sentiasa ada entri. walaupun sehari tue ada 1 entri je. ^^;jangan rasa beban dengan blog. kalau tidak kita yang akan rasa bebannya.

p/s : errr..kalau dibiarkan mahu jadi entri komen nih.
syiela berkata…
tak de idea biarkan..

dah datang mencurah2 nanti bagaikan air hujan mencurah ke bumi.. sila share dengan kami

apa la hai ngarut kat sini
Tinta Lana berkata…
Salam.

Mula2 berblog memg rasa beban..tak tahu macamna nak cari idea..tu mslh utama lah dolu2.

La ni, dah berkurg sket..penyakit lain dtg, pnykit mood melambung kelaut, heh3. time2 gini, idea bnyk cmna pun, kalau mood berblog tade, memg sepi, karam tak timbul2 je aku dibuatnya,bhahaha
emarieys berkata…
kalau hanya tulis kat entry

"aku tak sihat"

pun akan ada komen juga...
Noor Fatin berkata…
ada idea je terus update tau tau. kikikik

Catatan popular daripada blog ini

Ucapan Hari Raya Kelakar...

Koleksi Ucapan Whatapp Hari Raya 2016...  Ketupat pulut di atas para, Hendak direbus di tepi perigi, SMS dihantar pengganti kad raya, Tanda ingatan tak luput di hati. Selamat Hari Raya Aidilfitri, Mohon maaf Zahir & Batin . Kalau dilipek sebosar kuku. Kalau dibontang sebosar alam. Kok hilang dicaghi. Kok hanyut dipinteh. Kok tonggolam disolam. Datang biarla nampak muko. Kok poei biarla nampak belakang. Jauh diimbau,dokek digamit. Seuntai salam,sojambak kato. Dogup bicagho,meghisik raso. Salam Aidilfitri Maaf Zahir & Batin “Biar hati sejernih air, jgn pula dipenuhi lumpur, kalau salah saya belum berakhir, diharap diampun dgn rasa bersyukur”.”Jika budi dipenuhi ikhlas, jgn ia disulam tuba, jika ada salah yg belum dibalas, harap diampun di hariraya”. “Biar amarah disunting senyum, ibarat pekerti disulam kasih, diharap dihalal makan dan minum, ibarat rezki yg tidak disisih”. SELAMAT HARIRAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN. Mä$äk £Ã¨mäñg $àmßil bdiri, Hè...

Anda Marah? Ni Pantun Kurang Ajar.

Jalan jalan naik basikal, Naik basikal di waktu malam, Ada otak ada akal, Jangan disimpan menjadi pekasam. Pekasam buruk di goreng orang, Bau semerbak serata alam, Tutur kata ibarat parang, Tersilap kata menikam dalam. Belakang parang diasah jangan, Tajam depan tajam belakangnya, Kurang ajar apakah hukuman, Buku lima di pipi la jawabnya.

Pantun Malam Jumaat...

Ubi kayu sedap dibuat pengat Lagi sedap kalau dimasak siti Malam Jumaat datang semangat Almaklum banyak agenda sedang menanti Sedapnya pengat ubi teringat ingat Manakan terlawan si roti jala Ambillah berkat malam Jumaat Mengerat kasih mendapat pahala Di malam hari terasa hangat Memang enak minum air kelapa Malam ni malam Jumaat Tongkat ali jangan dilupa Dah perkena tongkat ali secawan Dicecah bersama kuih bahulu Hendak berblog,berbloglah kawan, Saya bermohon tidur dahulu. NotaKarut: Nak komen? Sila pantun jua... Hahahahahaha... Sekadar gurauan di malam Jumaat... Tak ada apa agenda pun malam ni kecuali nak buat solat hajat dan zikir lebih sikit...