Langkau ke kandungan utama

Pantun Karut Berbuka Puasa...

Jalan jalan pasar Keramat
Jumpa pulak anak Pak Mat
Masa puasa lesu tak bersemangat
Bila berbuka hantu raya tabik hormat

Resmi si ikan sepat
Hujan rintik melompat lompat
Sana tangkap sini pun rembat
Lepas berbuka mata pun rapat

NotaKarut: Nak komen? Sila komen dengan pantun...

Ulasan

Muttallif berkata…
Biji Selasih dibeli bersama salsa,
dibeli Semua dikedai pak Jaya
Bulan Puasa Penat Semua,
Semua Itu, Alasan Semata-mata...

Boleh Tak? wakwakwaka
NasQ berkata…
@Muttallif
Si Talif orangnya berada
Pandai sungguh berpura pura
kira boleh la tu asal ada
sedap tak sedap belakang kira
Unknown berkata…
Pergi pasar naik skuter
sekadar nak membeli kiuh bahulu
hilang lapar selepas berbuka
kalau nak tidur jangan lupa solat dahulu

.. boleh ke buat pantun panjang tahap karma macam tu? hehe
Cik tikah berkata…
mesti beribu2 gak org view ni. hehehe...
blog-tips-kurus berkata…
pecah kaca pecah gelas,
hati2 jgn sampe pecah gelas...!!
khaifaiz berkata…
Adab sopan bertatasusila...
Menjadi trademark masyarakat malaysia..
Bacalah doa ketika berbuka puasa..
Agar mendapat berkat darinya...

Syaitan hantu diikat sudah..
Daripada mengganggu untuk beribadah..
Makan sudah, minum pun sudah..
Janganlah lupa untuk beribadah..
syiela berkata…
kuih pau kuih karipap
enak di makan ketika berbuka
perut kenyang mata rapat
jangan dok lupa solat pula
emarieys berkata…
otak tengah beku...tak boleh nak jawap pantun