Langkau ke kandungan utama

Fakta Karut Geli Hati...


  1. Ramai orang lelaki takut kalau-kalau mati pucuk. Tapi tak takut kalau-kalau mati esok. 
  2. Kondominium tidak ada kena mengena dengan kondom. Tetapi di kondominium kita boleh dapat banyak kondom terpakai.
  3. Aurat dan urat adalah dua benda yang berbeza. Namun begitu, apabila melihat perempuan yang mendedahkan aurat, urat lelaki akan krem di sesetengah kawasan.
  4. Bermain bola keranjang memang meletihkan. Bermain di ranjang juga boleh meletihkan.
  5. Kuih tat enak di makan. Tapi apabila kita makan lapan keping kuih tat, kita mungikin dituduh mencarut. Kalau tak percaya,cuba kira satu tat, dua tat, tiga tat, sampai lapan.
  6. Barbeque adalah makanan yang enak. Namun begitu 'babi queue' haram dimakan oleh orang Islam.
  7. Sesetangah orang memanggil cili sebagai cabai. Tapi kalau mulut nak kena cabai, cuba la cakap 'cibai' kat depan orang tua-tua.
  8. Membuat tahu sumbat sungguh meletihkan. Lebih letih lagi kalau orang lain hanya tahu nak sumbat je tahu sumbat dalam mulut.
  9. Allahyarham P.Ramlee tak pernah dapat Lesen P sebab baru diperkenalkan. Penyanyi pop yeh yeh L.Ramli mungkin pernah dapat lesen L. Tapi Allahyarham A.Ramlie tak pernah dapat lesen A sebab tak ada.
  10. Laksamana adalah jawatan besar di dalam kesultanan Melayu Melaka. "Laksa kedah" pula adalah contoh jawapan kalau orang tanya kita "laksa mana ni?"


Seorang makcik tua 95 tahun bertanya pada doktor sakit puan.

Makcik: “Doktor, seusia saya begini posisi apa yang paling mudah untuk posisi seks ya?”

Doktor: “Paling sesuai ialah gaya anjing”

Makcik: “Menonggeng ke?”

Doktor: “Bukan…!! Dihidu-hidu saja”

Hikhikhikhik,,,,

NotaKarut: Mencari mood untuk menulis... Hujan di pagi hari membikin otak ku beku walaupun telah mendapat nutrisi yang mencukupi dengan memakan sepinggan bihun goreng berlaukkan rendang kerang dan tak lama lepas tu dijamu pula dengan ketupat cecah rendang ayam... Yummmyyy... OK... Pagi masih muda lagi... 101028082012...

Ulasan

Momo berkata…
lawak2... teruskan..haha
Asrul "iLham" Sany berkata…
KAH3... pandai ko buat lawak karut ni kan hahahaha
Tinta Lana berkata…
Hahahahahahh

Tak sempat bagi salam,hahahaha. Ko yo o je kan, takde mood lah, masih nak braya lah.

Tapi karut ko, maintain je ha.. (-_-) hehehe
Unknown berkata…
mengarut dengan melantak sama naik
Chuu Muqhlis berkata…
amboi., kecik ati makcik tu lol
syiela berkata…
ko ni kalau bab mengarut mmg no.1...

wei sian mokcik tu tau!
anak ayah berkata…
huarggggg???
LoL!
Unknown berkata…
kalau tak mengarut, bukanlah namanya tukang karut. huhuhu

nak sikit bihun.
NasQ berkata…
@Momo terus je? tak ada belok belok ke? kang langgar dinding kang cam mana?
NasQ berkata…
@Asrul "iLham" Sany isk... tak pandai la... kalau pandai aku dah ada title Dr. dah...
NasQ berkata…
@Tinta Lana perut pun maintain gak ni...jemput makan kuih semperit meh...
NasQ berkata…
@Titisan Hujan hikhikhik... ala... TH ni... Macam tak kenal aku lak... Aku kan buruk lantak!!!
NasQ berkata…
@Chuu Muqhlis eh... makcik tu dah tua la... tak adanya hati dia kecik... lain la kalau hati baby... kan kecik lagi.,..
NasQ berkata…
@syiela ermmm... aku tak nak jadi no1... aku nak jadi 0.000001
NasQ berkata…
@eyqa amin baru bangun tidurkah???
NasQ berkata…
@HAdira Kifly bihun? tunggu esok pagi... dia akan keluar dengan aroma terapi sekali...
Rain berkata…
snifff sniff..

*hidu*

hahaha.

beta sedang di rumah bersantap pizza handmade smabil baring hadap tv. hujan-hujan best duk umah. Tk bekerja keras tau, raya haji nanti nak duit raya :D
Yutaka Mushimura berkata…
hahahha....:P

aku hidup lagi...aku menjawab sambil bergelak2...

hhahaha....
Unknown berkata…
sengal lah...

ujan gak ke k.l??
Tanpa Nama berkata…
antara semua, saya suka pasal kuih tart. saya ikut kira sampailah ke lapan tart......


memang terbaik lak TK.

Catatan popular daripada blog ini

Ucapan Hari Raya Kelakar...

Koleksi Ucapan Whatapp Hari Raya 2016...  Ketupat pulut di atas para, Hendak direbus di tepi perigi, SMS dihantar pengganti kad raya, Tanda ingatan tak luput di hati. Selamat Hari Raya Aidilfitri, Mohon maaf Zahir & Batin . Kalau dilipek sebosar kuku. Kalau dibontang sebosar alam. Kok hilang dicaghi. Kok hanyut dipinteh. Kok tonggolam disolam. Datang biarla nampak muko. Kok poei biarla nampak belakang. Jauh diimbau,dokek digamit. Seuntai salam,sojambak kato. Dogup bicagho,meghisik raso. Salam Aidilfitri Maaf Zahir & Batin “Biar hati sejernih air, jgn pula dipenuhi lumpur, kalau salah saya belum berakhir, diharap diampun dgn rasa bersyukur”.”Jika budi dipenuhi ikhlas, jgn ia disulam tuba, jika ada salah yg belum dibalas, harap diampun di hariraya”. “Biar amarah disunting senyum, ibarat pekerti disulam kasih, diharap dihalal makan dan minum, ibarat rezki yg tidak disisih”. SELAMAT HARIRAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN. Mä$äk £Ã¨mäñg $àmßil bdiri, Hè...

Anda Marah? Ni Pantun Kurang Ajar.

Jalan jalan naik basikal, Naik basikal di waktu malam, Ada otak ada akal, Jangan disimpan menjadi pekasam. Pekasam buruk di goreng orang, Bau semerbak serata alam, Tutur kata ibarat parang, Tersilap kata menikam dalam. Belakang parang diasah jangan, Tajam depan tajam belakangnya, Kurang ajar apakah hukuman, Buku lima di pipi la jawabnya.

Pantun Malam Jumaat...

Ubi kayu sedap dibuat pengat Lagi sedap kalau dimasak siti Malam Jumaat datang semangat Almaklum banyak agenda sedang menanti Sedapnya pengat ubi teringat ingat Manakan terlawan si roti jala Ambillah berkat malam Jumaat Mengerat kasih mendapat pahala Di malam hari terasa hangat Memang enak minum air kelapa Malam ni malam Jumaat Tongkat ali jangan dilupa Dah perkena tongkat ali secawan Dicecah bersama kuih bahulu Hendak berblog,berbloglah kawan, Saya bermohon tidur dahulu. NotaKarut: Nak komen? Sila pantun jua... Hahahahahaha... Sekadar gurauan di malam Jumaat... Tak ada apa agenda pun malam ni kecuali nak buat solat hajat dan zikir lebih sikit...