Langkau ke kandungan utama

Bernafas Dalam Lumpur Versi Karut...

Lama mana lagi
Hendak ku nantikan
Cukup bulan yang memeningkan kepalaku
Nak cakap apa lagi
Kehendak rayamu ku turutkan
Hingga aku bernafas bagai dalam lumpur
Kasihan...

Kurasa kita sama
Beza pada mata gaji
Itu pilihan masing-masing yang empunya
Mungkin pada kerja
Pendapatan yang berbeza
Yang penting kita saling hormat menghormati
Panduan...

Boleh tak berkongsi bersama
Kan kita juga manusia
Tak salah rasanya berkongsi
Masing-masing punya gaji...oh..oh...

Mahu apa lagi
Akan aku korbankan
Janji kau beri aku pinjam wang

Oh terima kasih
Kerana meminjamkan
Semoga sejahteralah hidup semua
Oh isteri...

Ulasan

Unknown berkata…
versi dompet dah kosong eh TK? hehehe
syiela berkata…
hehehhehe... saling hulur menghulur biasa la tu.. adat dalam rumahtangga
Tinta Lana berkata…
Salam.

Ohoiiii..belajar uruskan duit,gaji bro.

Kalau ko tak mula dari skrg, susah esok lusa nanti.

Unknown berkata…
kantoi pinjm duit isteri =)
Rain berkata…
saling membantu.
tak semua boleh faham dan memahami masalah yang dihadapi.

mereka nampak masalah, tidak nampak proses perjalanan sesuatu masalah sebelum menjadinya masalah.
Unknown berkata…
untgla bini ko keje..
bole gak pnjam duit dia hehehehe
zella y berkata…
saling batu membantu.. ;p
Rina Rahamat berkata…
oh pinjam duit bini eh..ni nnt sah anak ko dh keluar duit raya dia ko pinjam kan hihi
Chuu Muqhlis berkata…
hai awie nak sain..

Catatan popular daripada blog ini

Ucapan Hari Raya Kelakar...

Koleksi Ucapan Whatapp Hari Raya 2016...  Ketupat pulut di atas para, Hendak direbus di tepi perigi, SMS dihantar pengganti kad raya, Tanda ingatan tak luput di hati. Selamat Hari Raya Aidilfitri, Mohon maaf Zahir & Batin . Kalau dilipek sebosar kuku. Kalau dibontang sebosar alam. Kok hilang dicaghi. Kok hanyut dipinteh. Kok tonggolam disolam. Datang biarla nampak muko. Kok poei biarla nampak belakang. Jauh diimbau,dokek digamit. Seuntai salam,sojambak kato. Dogup bicagho,meghisik raso. Salam Aidilfitri Maaf Zahir & Batin “Biar hati sejernih air, jgn pula dipenuhi lumpur, kalau salah saya belum berakhir, diharap diampun dgn rasa bersyukur”.”Jika budi dipenuhi ikhlas, jgn ia disulam tuba, jika ada salah yg belum dibalas, harap diampun di hariraya”. “Biar amarah disunting senyum, ibarat pekerti disulam kasih, diharap dihalal makan dan minum, ibarat rezki yg tidak disisih”. SELAMAT HARIRAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN. Mä$äk £Ã¨mäñg $àmßil bdiri, Hè...

Anda Marah? Ni Pantun Kurang Ajar.

Jalan jalan naik basikal, Naik basikal di waktu malam, Ada otak ada akal, Jangan disimpan menjadi pekasam. Pekasam buruk di goreng orang, Bau semerbak serata alam, Tutur kata ibarat parang, Tersilap kata menikam dalam. Belakang parang diasah jangan, Tajam depan tajam belakangnya, Kurang ajar apakah hukuman, Buku lima di pipi la jawabnya.

Pantun Malam Jumaat...

Ubi kayu sedap dibuat pengat Lagi sedap kalau dimasak siti Malam Jumaat datang semangat Almaklum banyak agenda sedang menanti Sedapnya pengat ubi teringat ingat Manakan terlawan si roti jala Ambillah berkat malam Jumaat Mengerat kasih mendapat pahala Di malam hari terasa hangat Memang enak minum air kelapa Malam ni malam Jumaat Tongkat ali jangan dilupa Dah perkena tongkat ali secawan Dicecah bersama kuih bahulu Hendak berblog,berbloglah kawan, Saya bermohon tidur dahulu. NotaKarut: Nak komen? Sila pantun jua... Hahahahahaha... Sekadar gurauan di malam Jumaat... Tak ada apa agenda pun malam ni kecuali nak buat solat hajat dan zikir lebih sikit...