Langkau ke kandungan utama

Hikayat Tukang Karut bersama Pandir...

Arakian...

Di suatu petang...
Duduk termenung la si tukang karut di hujung simpang rumahnya...

Ternampak akannya pak pandir melintas di hadapannya...
Sayugia... Pak pandir pun berbasa basi bertanya khabar...

Pak Pandir: Jauh bebenor menungnya tu... Ape di difikirkan tu yob...

Tukang karut: Tak ada apa yob... Teman runsing fikir nama anak teman je... Dah tak lama dah bini teman nak bersalin...

Pak Pandir: Awat la loklak sangat kamu ni yob... Bila bini kamu nak bersalin ni?

Tukang Karut: kalau ikut kata doktor, due nya InsyaAllah Raya Haji ni...

Pak Pandir: ha... Bagus la cam tu yob... Senang kamu... Kamu namakan saje anak kamu tu Haji Aidil Qurban...

Tukang Karut: Haji Aidil Qurban... Ermmmm... Sedap gak... Kalau perempuan?

Pak Pandir: Nur Hajjah Qurbaniah...


NotaKarut: mood sibuk yang ntah apa apa ntah...
Published with Blogger-droid v2.0.6

Ulasan

syiela berkata…
Muahahaha sempat lagi ko mengarut dik.. tau dik sang suri siap ko kena piat telinga... mengarut lagi!
Aisyah Ahmad berkata…
fuyyooo!!

selamat hari raye TK!!

hehehe
Unknown berkata…
weh... tlg r jgn kau seksa ank aku dgn name pelik2.... =P
Rain berkata…
hahaha memanjang idea lawak karut ko kan.. pe pun aku suka.

aku yakin ko tak letak nama tu.. ko akan letak nama iras aku biar kecomelan iras aku gak wakakaka.

debar eh? semoga dipermudahkan urusan untuk bersalin dan paling penting bayi sihat :))
Chuu Muqhlis berkata…
kemain canggih name tu tk XD

Catatan popular daripada blog ini

Ucapan Hari Raya Kelakar...

Koleksi Ucapan Whatapp Hari Raya 2016...  Ketupat pulut di atas para, Hendak direbus di tepi perigi, SMS dihantar pengganti kad raya, Tanda ingatan tak luput di hati. Selamat Hari Raya Aidilfitri, Mohon maaf Zahir & Batin . Kalau dilipek sebosar kuku. Kalau dibontang sebosar alam. Kok hilang dicaghi. Kok hanyut dipinteh. Kok tonggolam disolam. Datang biarla nampak muko. Kok poei biarla nampak belakang. Jauh diimbau,dokek digamit. Seuntai salam,sojambak kato. Dogup bicagho,meghisik raso. Salam Aidilfitri Maaf Zahir & Batin “Biar hati sejernih air, jgn pula dipenuhi lumpur, kalau salah saya belum berakhir, diharap diampun dgn rasa bersyukur”.”Jika budi dipenuhi ikhlas, jgn ia disulam tuba, jika ada salah yg belum dibalas, harap diampun di hariraya”. “Biar amarah disunting senyum, ibarat pekerti disulam kasih, diharap dihalal makan dan minum, ibarat rezki yg tidak disisih”. SELAMAT HARIRAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN. Mä$äk £Ã¨mäñg $àmßil bdiri, Hèndäk

Anda Marah? Ni Pantun Kurang Ajar.

Jalan jalan naik basikal, Naik basikal di waktu malam, Ada otak ada akal, Jangan disimpan menjadi pekasam. Pekasam buruk di goreng orang, Bau semerbak serata alam, Tutur kata ibarat parang, Tersilap kata menikam dalam. Belakang parang diasah jangan, Tajam depan tajam belakangnya, Kurang ajar apakah hukuman, Buku lima di pipi la jawabnya.

Pantun Malam Jumaat...

Ubi kayu sedap dibuat pengat Lagi sedap kalau dimasak siti Malam Jumaat datang semangat Almaklum banyak agenda sedang menanti Sedapnya pengat ubi teringat ingat Manakan terlawan si roti jala Ambillah berkat malam Jumaat Mengerat kasih mendapat pahala Di malam hari terasa hangat Memang enak minum air kelapa Malam ni malam Jumaat Tongkat ali jangan dilupa Dah perkena tongkat ali secawan Dicecah bersama kuih bahulu Hendak berblog,berbloglah kawan, Saya bermohon tidur dahulu. NotaKarut: Nak komen? Sila pantun jua... Hahahahahaha... Sekadar gurauan di malam Jumaat... Tak ada apa agenda pun malam ni kecuali nak buat solat hajat dan zikir lebih sikit...