Langkau ke kandungan utama

Tahukah Anda Versi Lawak 2.

Tahukah anda perempuan mengelipkan mata dua kali lebih kerap daripada lelaki dan jantung wanita juga berdegup lebih laju berbanding jantung lelaki...
Tahukah anda juga anda bahawa, lelaki selalu ada dua mata air dan jantung mereka juga berdegup dengan lebih laju jika diketahui oleh isteri...

Tahukah anda kandungan otak kita terdiri daripada 80% air...
Tahukah anda juga anda bahawa, seseorang yang sudah lama tidak membuat hubungan kelamin bersama isteri akan mengalami satu sindrom yang berkaitan otak iaitu sindrom "masuk air"...

Tahukah anda ahli sains seluruh dunia bersepakat jika nasi goreng bujang dimakan sewaktu lapar, perut kita akan mengalami satu tindakbalas yang berupa kekenyangan.
Tahukah anda juga anda bahawa,  nasi goreng bujang  juga boleh digunakan sebagai ubat untuk menggembirakan hati kita bila  nasi goreng bujang yang dimakan itu dibelanja oleh kawan kita.

Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsung tentang wang ringgit, pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan...
Tahukah anda juga anda bahawa, orang yang selalu berfikir tentang wang ringgit, pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah orang yang lupa daratan...

Tahukah Anda gajah mempunyai kadar dengupan nadi yang perlahan iaitu kira-kira 20-30 dengupan seminit. Tahukah anda juga anda bahawa, walaupun seseorang lelaki tidak mempunyai anu sebesar belalai gajah, degupan jantung beliau tetap akan berdegup kencang bila berjumpa Neelofa memakai bikini.

NotaKarut: Senyum... Tak perlu kata apa apa... Senyum...

Ulasan

syiela berkata…
kahkahkah tak lama lagi ko akan alami sindrom kat perenggan 2 tu
khaifaiz berkata…
lalalalala
Aisyah Ahmad berkata…
kihkihkih..

rindu pulak den nak mkn nasi goreng moncheh..
Unknown berkata…
oit... bubuh artis lain r... aish neolopa je
NasQ berkata…
@syiela aduyai... ngeri lak bila fikir... lama tuh... huhu... 100 hari... mana boleh tahan...
NasQ berkata…
@khaifaiz lalalalalalalala kerja lah kerja lalalalalalal... ko tu nak kawen... jangan terlebih air sudah...
NasQ berkata…
@aisyah ahmad kedai yang mana satu ek?
NasQ berkata…
@aimi adilah dah tu je yang aku suka yang belum kawen lagi... tak kan nak letak ziana zain kot... dah expired dah tu...
Unknown berkata…
hahaha...
lawak2~~
ctk berkata…
banyak xxx la...nasib baik dah lepas bawah umur...hahaha

*oit pe lg, belanja r nasi goreng bujang....hahaha
ch000tz berkata…
hahaha yer ker....
Asrul "iLham" Sany berkata…
part pertama tu lawak hahaha

Catatan popular daripada blog ini

Ucapan Hari Raya Kelakar...

Koleksi Ucapan Whatapp Hari Raya 2016...  Ketupat pulut di atas para, Hendak direbus di tepi perigi, SMS dihantar pengganti kad raya, Tanda ingatan tak luput di hati. Selamat Hari Raya Aidilfitri, Mohon maaf Zahir & Batin . Kalau dilipek sebosar kuku. Kalau dibontang sebosar alam. Kok hilang dicaghi. Kok hanyut dipinteh. Kok tonggolam disolam. Datang biarla nampak muko. Kok poei biarla nampak belakang. Jauh diimbau,dokek digamit. Seuntai salam,sojambak kato. Dogup bicagho,meghisik raso. Salam Aidilfitri Maaf Zahir & Batin “Biar hati sejernih air, jgn pula dipenuhi lumpur, kalau salah saya belum berakhir, diharap diampun dgn rasa bersyukur”.”Jika budi dipenuhi ikhlas, jgn ia disulam tuba, jika ada salah yg belum dibalas, harap diampun di hariraya”. “Biar amarah disunting senyum, ibarat pekerti disulam kasih, diharap dihalal makan dan minum, ibarat rezki yg tidak disisih”. SELAMAT HARIRAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN. Mä$äk £Ã¨mäñg $àmßil bdiri, Hè...

Anda Marah? Ni Pantun Kurang Ajar.

Jalan jalan naik basikal, Naik basikal di waktu malam, Ada otak ada akal, Jangan disimpan menjadi pekasam. Pekasam buruk di goreng orang, Bau semerbak serata alam, Tutur kata ibarat parang, Tersilap kata menikam dalam. Belakang parang diasah jangan, Tajam depan tajam belakangnya, Kurang ajar apakah hukuman, Buku lima di pipi la jawabnya.

Pantun Malam Jumaat...

Ubi kayu sedap dibuat pengat Lagi sedap kalau dimasak siti Malam Jumaat datang semangat Almaklum banyak agenda sedang menanti Sedapnya pengat ubi teringat ingat Manakan terlawan si roti jala Ambillah berkat malam Jumaat Mengerat kasih mendapat pahala Di malam hari terasa hangat Memang enak minum air kelapa Malam ni malam Jumaat Tongkat ali jangan dilupa Dah perkena tongkat ali secawan Dicecah bersama kuih bahulu Hendak berblog,berbloglah kawan, Saya bermohon tidur dahulu. NotaKarut: Nak komen? Sila pantun jua... Hahahahahaha... Sekadar gurauan di malam Jumaat... Tak ada apa agenda pun malam ni kecuali nak buat solat hajat dan zikir lebih sikit...