Langkau ke kandungan utama

5 Jam Di Labour Room...

1.45am 23.10.2012---> Mata aku seperti tak mahu tertutup... Puas bergolek kiri dan kanan... Penat mengira kambing melompat pagar sekor per sekor... Akhirnya kambing terakhir ditangkap serigala... Panas! Walaupun pada hakikatnya tidur di dalam aircond...

2.30am  ----> Suri bangun... Katanya terasa seperti mahu membuang air besar...

3.00am ---> Suri bangun lagi... Katanya seperti tak puas membuang hajat...

3.30am ---> Suri mula terasa sakit... Aku mengajaknya ke hospital... Suri menolak, katanya sakit sedikit sahaja... Dan dia mahu sambung tidur lagi... Oh isteri ku... Dalam keadaan begini kau masih lagi tenang...

4.15am ---> Suri bangun lagi... Katanya perutnya memulas mulas... 5 minit di tandas tapi hasilnya tiada katanya... Aku mengajak suri ke hospital lagi... Mungkin itu tanda tanda dekat waktu bersalin... Dia menolak lagi... Katanya mahu tidur lagi... Esok saja ke hospital... Degilnya atau takutkah dia???

4.40am ---> Suri bangun lagi... Mukanya mula berkerut kerut menahan sakit... Katanya perutnya memulas mulas... Aku mengajak ke hospital lagi... Dia geleng kepala... Katanya mahu tidur lagi... Hati terasa tak sedap... Mula mencari di internet tanda tanda nak bersalin... Dapat info, katanya salah satu tanda nak bersalin, perut akan mula mengosongkan najis najis... Dan memulas mulas... Atau dalam bahasa perubatannya contraction... Aku memaksa suri ke hospital... Kali ini dia mengalah selepas membaca info tu...

4.50am ---> Turun bawah... Masak air panas... Suri kata tak nak mandi air sejuk...

5.30 am---> Menunggu azan subuh...

5.50am ---> Mula bergerak ke SDMC...

6.00am ---> Naik ke labour room... Masa ni mata mula terasa mengantuk...

6.05am ---> Alhamdulillah... Doktor yang akan menyambut kelahiran anak ku berada di hospital... Katanya dia baru sahaja menyambut seorang baby jam 5.30am tadi... Tak perlu nak call dan menunggu Dr. nak datang hospital pepagi buta ni...

6.10am ---> Dr. mula memeriksa suri... Belum sempat diperiksa... Air ketuban suri telah pecah... Ada sedikit keruh... Katanya baby telah buang air besar di dalam kandungan... 
"Ok... Baby akan keluar hari ini... So tak perlu balik lah ye" katanya...

7.00am ---> Suri mengadu lapar... Aku terus ke kaunter dan minta sarapan disediakan di bilik secepat mungkin...

8.00am ---> Dr. mula memasukkan sejenis cecair untuk mempercepatkan kadar contraction... Katanya takut baby lemas kalau lambat...

9.00am---> Suri mula mengadu kesakitan...

9.10am---> Suri mengadu kesakitan lagi... Nurse di sana mencadangkan suntikan tahan sakit jenis morfin...
Suri menggelengkan kepala... Katanya mahu merasakan sakit bersalin...

9.30am ---> Tangan aku digenggam kuat suri... Mukanya berkerut kerut... Pertanyaan ku bertalu talu tak dijawab... Lantas punat kecemasan ditekan... Nurse tergesa gesa masuk... Kali ini suri mahukan suntikan tahan sakit...

9.40am ---> Suntikan diberi... Nurse kata kesakitan yang dapat dikurangkan 20% sahaja...

10.20am ---> 40 minit yang sunyi... Hanya kalimah di bawah yang dibisikan ke telinga suri...

“ Tiada Tuhan yang disembah melainkan Engkau ( Allah ), maha Suci Engkau 
Ya Allah, sesungguhnya aku termasuk di kalangan orang-orang yang zalim."

10.30am ---> Suri menggenggam tanganku dengan kuat... Katanya sakit yang teramat sangat... Aku hanya mampu berkata... Bertahan la... Dah tak lama dah... Sikit masa lagi orang baru akan tiba... Sambil berbisik kalimah suci di atas...

11.00am ---> Suri dah tak tertahan sakitnya... Punat kecemasan ditekan lagi... Nurse masuk lagi... Dan terus memeriksa... Katanya baru 4cm... Belum terbuka lagi...

11.05am ---> Kali ini suri dah tak tertahan sakit lagi... Mukanya merah menyala menahan kesakitan... Katanya sakit yang bukan kepalang... Tangan ku digengam dengan kuat selang seminit... Ayat suci Kursi dibacakan ke telinga suri... Punat kecemasan diperiksa lagi... Nurse masuk lagi... Aku mengadu yang suri dah tak tertahan lagi... kali ini aku meminta gas penenang pula... Tapi kali ini Nurse memeriksa lagi... Katanya dah 9cm!!! Dah tak sempat gas dah!!! Kelam kabut dia keluar...

11.10am---> Segala persiapan menyambut baby telah dibuat... Pantas... Aku puji nurce2 di SDMC yang sangat cekap dan sopan... Nurse2 melayu beragama Islam memulakan segala pergerakan dengan Kalimah Bismillah... Nurse mula mengajar cara suri meneran sementara menunggu Dr. datang...

Muka suri berkerut menahan kesakitan... Aku tak sampai hati melihat suri berkeadaan itu... Rasanya jika aku berada di situ... Sesungguhnya aku tak kuat menahan rasa kesakitan itu... Bersalin itu diumpamakan berada di hujung nyawa... Hanya mampu kukatakan... Kuatkan semangat...Kuatkan semangat...

11.20am---> Dr. mula masuk... Katanya dia dah nampak kepala baby dah pun keluar... "Encik nak tengok kepala baby?" Pelawaan yang aku tolak dengan gelengan kepala... Aku tak mahu pengsan melihat darah... Kerana itu adalah kelemahan ku... 

Aku tak sanggup melihat muka suri ketika meneran... Kesakitan yang penuh tergambar di muka yang tak perlu diperkatakan lagi... Ayat kursi berselang dengan kalimah di atas... Itu sahaja yang aku mampu... Aku menitiskan air mata... Bila aku melihat kesakitan itu... Kata kata semangat... Kata kata "push" yang aku ulang mengikut kata Dr... Itu sahaja yang aku mampu... Dr. Seperti memahaminya... Dia mula diam bila aku mulakan kata kata perangsang tersebut...

11.33am---> Tangisan pertama Izz Zara Zulaikha yang aku dengar... Menitis air mata ini... Aku terharu... Bukan kerana baby itu... Tapi kesakitan yang ditanggung suri... Baby itu terus menangis di atas perut ibunya...

Owh... Hampir terlupa... Aku hampir pengsan bila aku dengar tangisan Zara di atas perut ibunya yang masih berdarah... Aku memang kalah dengan darah...

Ku azankan... Ku belai... Ku kucup... Anak ku yang sulung... Tahniah sayang... Kita dapat anak perempuan...

NotaKarut: Wahai lelaki sekalian! Berbuat baik la kamu dengan perempuan terutama Ibu mu... Ibu mu... Dan ibu mu... Sesungguhnya kesakitan bersalin itu adalah yang paling sakit di dunia ini... Jaga lah perasaan ibu kepada anak anak mu... Kerana ibunya yang menanggung kesakitan ketika mengandung dan bersalin... Wahai lelaki sekalian... Kalau berpeluang... Masuklah ke labour room... Bersama sama merasai saat saat kesakitan ketika sakitnya bersalin....

Ulasan

cik najah berkata…
Salam TK .


Alhamdulillah...

Tahniah.. Tahniah... Tahniah...

kerana telah menjadi seorang bapa :')

rasa tersentuh bila membaca coretan kali ini .

nanti post lah ye gambar zara , nak tengok jugak.. hehe .


TAHNIAH LAGI SEKALI YER ;D


Unknown berkata…
Tahniah dapat baby girl. Nak tengok muka baby....
Tinta Lana berkata…
Assalammualaikum.

Aku rasa..aku pun berair mata baca cerita yang sememangnya takda mengarut dari tukang karut kali ni.. :)

Alhamdulillah.. tahniah tk..tahniah suri.. selamat semuanya.. Izz Zara Zulaikha..sedap namanya.. :)

#Jaga suri baik2 no dalam tempoh berpantang ni ^_^
Tinta Lana berkata…
Ah lupa..

Selamat menjadi bapa yang soleh, bertanggungjawab dan belas ihsan terhadapa anaknya.. >_<

Oh tk..entry ko kali ni buat guwa rasa touching n feeling feeling habeh,hahahah
NasQ berkata…
@Aqilah Mohd Ali terima kasih... Esok... Tepat pukul 1 akan ada banyak gambar Zara...
NasQ berkata…
@HAdira Kifly esok..pukul 1. Ada entry bergambar...
NasQ berkata…
@Tinta Lana aku menulis untuk kenangan aku masa depan... Supaya anak2 ku baca nanti...
NasQ berkata…
@Tinta Lana kalau hari2 tulis cam ni ok tak?
ieza ashaari berkata…
nak nangis baca entry mcm nie yg ditulis oleh lelaki.. terasa sgt terkesan.. tahniah TK..

doakan kami yer.. semoga ada juga rezeki utk kami..

isteri yg baik xmahu apa-apa yg diluar kemampuan suami. mereka hanya mahukan imam yg dapat menjadikan mereka makmum yg solehah.. :)
syiela berkata…
tahniah TK.. aku terharu weh... huhuhuhu...

Selamat menjadi papa... moga anak ko membesar sbgai anak yg solehah.. gembira tak terkata bila ada anak kan...

tak nyempat2 nak balik kerja :)
bunga_rose berkata…
ok post ko kali ni berjaya buat airmat aku bergenang.. tahniah sbb setia disisi suri wlupun ko tau ko mabuk darah...

dan kerana berada disisi isteri saat dia melahirkan la lelaki akan lebih menghargai isteri & ibunya...

dan air mata aku bergenang sebab aku tau camne sukarnya keadaan suri & ko sendiri sbb aku sndiri dah alaminye hihihi

tp awas, jgn kejap je ko insaf ye cabi hihihih

TAHNIAHHHHHHHHH anda telah sah bergelar bapak!!!! ^_^
Juliet_iRa~" berkata…
tahniahhhhhhhh TK!

heee seronok bc pengalaman TK ni..hihihi..mmg spttnya lelaki ptt baca ni..

:)

sedapnyaaa nama..tahniah utk TK n WIFE :)
QasehnyaRania berkata…
tahniah tk..
alhamdulillah..
menitik air mata saya..saat2 izz zara dilahirkan

doakan saya yer..
semoga diberi peluang utk merasai kesakitan itu juga
in Shaa ALLAH
Aisyah Ahmad berkata…
Alhamdulilah..semua da selamat..aku teringt mase besalinkan nadrah..
Ya rabbi..
Tak pernah aku rase sakit mcm tu...
Tapi demi anak...
Gagahkan jugak..
N dalam otak fikir...sakit tu..penghapus dosa..dan kalau inilah yg perlu aku tanggung utk ALLAH hapuskan dosa2 ku..aku redha..aku terima...
Ikutkan hati..mmg nak menjerit...
Tapi fikir balik...xdek paedahnyeee...
Potongan ayat yg same jugak aku baca...

Memang waktu tu...suami sgtmemainkan peranan...

Tahniah tk n wifey!
Semoga zulaikha jadi anak solehah..
Saham akhirat tk n wifey yg membri keuntungan..ameen..
anak ayah berkata…
congrats tK =')
alhamdulillah...

Catatan popular daripada blog ini

Ucapan Hari Raya Kelakar...

Koleksi Ucapan Whatapp Hari Raya 2016...  Ketupat pulut di atas para, Hendak direbus di tepi perigi, SMS dihantar pengganti kad raya, Tanda ingatan tak luput di hati. Selamat Hari Raya Aidilfitri, Mohon maaf Zahir & Batin . Kalau dilipek sebosar kuku. Kalau dibontang sebosar alam. Kok hilang dicaghi. Kok hanyut dipinteh. Kok tonggolam disolam. Datang biarla nampak muko. Kok poei biarla nampak belakang. Jauh diimbau,dokek digamit. Seuntai salam,sojambak kato. Dogup bicagho,meghisik raso. Salam Aidilfitri Maaf Zahir & Batin “Biar hati sejernih air, jgn pula dipenuhi lumpur, kalau salah saya belum berakhir, diharap diampun dgn rasa bersyukur”.”Jika budi dipenuhi ikhlas, jgn ia disulam tuba, jika ada salah yg belum dibalas, harap diampun di hariraya”. “Biar amarah disunting senyum, ibarat pekerti disulam kasih, diharap dihalal makan dan minum, ibarat rezki yg tidak disisih”. SELAMAT HARIRAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN. Mä$äk £Ã¨mäñg $àmßil bdiri, Hè...

Anda Marah? Ni Pantun Kurang Ajar.

Jalan jalan naik basikal, Naik basikal di waktu malam, Ada otak ada akal, Jangan disimpan menjadi pekasam. Pekasam buruk di goreng orang, Bau semerbak serata alam, Tutur kata ibarat parang, Tersilap kata menikam dalam. Belakang parang diasah jangan, Tajam depan tajam belakangnya, Kurang ajar apakah hukuman, Buku lima di pipi la jawabnya.

Pantun Malam Jumaat...

Ubi kayu sedap dibuat pengat Lagi sedap kalau dimasak siti Malam Jumaat datang semangat Almaklum banyak agenda sedang menanti Sedapnya pengat ubi teringat ingat Manakan terlawan si roti jala Ambillah berkat malam Jumaat Mengerat kasih mendapat pahala Di malam hari terasa hangat Memang enak minum air kelapa Malam ni malam Jumaat Tongkat ali jangan dilupa Dah perkena tongkat ali secawan Dicecah bersama kuih bahulu Hendak berblog,berbloglah kawan, Saya bermohon tidur dahulu. NotaKarut: Nak komen? Sila pantun jua... Hahahahahaha... Sekadar gurauan di malam Jumaat... Tak ada apa agenda pun malam ni kecuali nak buat solat hajat dan zikir lebih sikit...