Langkau ke kandungan utama

Pemikir... Blogger... Glamour... Otak... Beku...

Pemikir... Orang yang selalu berfikir...
Semua benda nak difikirkan...
Hatta nak pilih jamban cangkung atau duduk...

Blogger... Orang yang menulis blog...
Ada yang kelakar... Tapi tak lucu...
Ada yang peribadi... Tapi bosan...
Banyak yang pencinta... Tapi penipu...
Membaca entry di kalangan blogger pemikir kadang kadang boleh membuatkan kita malas berfikir...

Glamour... Ramai blogger yang glamour...
Ada follower riban riban...
Komen beratus...
Tapi bila dibaca isinya... Photoshoot di mana mana...
Kalau digaru kepala boleh gugur seluruh bulu ketiak...
Owh... Bila la aku dapat jadi begitu? Owh... Mungkin tak!

Otak... Tanpa otak... Siapa la blogger tu...
Ada jugak yang menulis tak pakai otak...
Itu yang banyak kena  "otak hang"...
Tapi apa apa pun otak otak kempas adalah yang baik!

Beku... Menaip entry di kala otak beku adalah satu perbuatan yang sia sia...

NotaKarut: Kadang kadang malas nak menulis di kala kepala berdenyut denyut... Badan masuk angin... Lemau... Macam biskut lemak lemau dicecah kopi... Tak sedap...

Ulasan

Muttallif berkata…
Aku tergolong tak dalam blogger yang kau maksudkan diatas? :) haha
ieza ashaari berkata…
kau kutuk aku ye? huhu.. br skali aku photoshoot, dah kena kutuk.. sedih je tau..

aku rasa, input blog aku selama nie ada manfaat. huhu.. kau memang r.. :P

eh, dah dpt pengasuh ke?
NasQ berkata…
Eh... Aku tak kutuk ko tau... Huhu... Orang lain....
norh berkata…
Menulis dgn otak beku pun keluaq satu page..kalau norh, page kosong ka jawabnya.
Tinta Lana berkata…
Salam.

Aku suka entry ni! hahahaha.

Tak pasal2 kuaq otak2 kempas weh,hahahahh

Seng cito, blogger pun banyak jenis kan tk ^_^ hehehe

Zara sihat ke tk? ak baru pasan, ko buat blog khas tuk anak kau.. :)

Catatan popular daripada blog ini

Ucapan Hari Raya Kelakar...

Koleksi Ucapan Whatapp Hari Raya 2016...  Ketupat pulut di atas para, Hendak direbus di tepi perigi, SMS dihantar pengganti kad raya, Tanda ingatan tak luput di hati. Selamat Hari Raya Aidilfitri, Mohon maaf Zahir & Batin . Kalau dilipek sebosar kuku. Kalau dibontang sebosar alam. Kok hilang dicaghi. Kok hanyut dipinteh. Kok tonggolam disolam. Datang biarla nampak muko. Kok poei biarla nampak belakang. Jauh diimbau,dokek digamit. Seuntai salam,sojambak kato. Dogup bicagho,meghisik raso. Salam Aidilfitri Maaf Zahir & Batin “Biar hati sejernih air, jgn pula dipenuhi lumpur, kalau salah saya belum berakhir, diharap diampun dgn rasa bersyukur”.”Jika budi dipenuhi ikhlas, jgn ia disulam tuba, jika ada salah yg belum dibalas, harap diampun di hariraya”. “Biar amarah disunting senyum, ibarat pekerti disulam kasih, diharap dihalal makan dan minum, ibarat rezki yg tidak disisih”. SELAMAT HARIRAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN. Mä$äk £Ã¨mäñg $àmßil bdiri, Hè...

Anda Marah? Ni Pantun Kurang Ajar.

Jalan jalan naik basikal, Naik basikal di waktu malam, Ada otak ada akal, Jangan disimpan menjadi pekasam. Pekasam buruk di goreng orang, Bau semerbak serata alam, Tutur kata ibarat parang, Tersilap kata menikam dalam. Belakang parang diasah jangan, Tajam depan tajam belakangnya, Kurang ajar apakah hukuman, Buku lima di pipi la jawabnya.

Pantun Malam Jumaat...

Ubi kayu sedap dibuat pengat Lagi sedap kalau dimasak siti Malam Jumaat datang semangat Almaklum banyak agenda sedang menanti Sedapnya pengat ubi teringat ingat Manakan terlawan si roti jala Ambillah berkat malam Jumaat Mengerat kasih mendapat pahala Di malam hari terasa hangat Memang enak minum air kelapa Malam ni malam Jumaat Tongkat ali jangan dilupa Dah perkena tongkat ali secawan Dicecah bersama kuih bahulu Hendak berblog,berbloglah kawan, Saya bermohon tidur dahulu. NotaKarut: Nak komen? Sila pantun jua... Hahahahahaha... Sekadar gurauan di malam Jumaat... Tak ada apa agenda pun malam ni kecuali nak buat solat hajat dan zikir lebih sikit...