Langkau ke kandungan utama

Peraturan Itu Untuk Dilanggar Ke?

Hai...

Kamu... Apa yang kamu fikir tentang peraturan?
a) Patuhi segala peraturan...
b) Langgar semua peraturan...
c) Langgar sikit sikit peraturan...
d) Tengok keadaan semasa...

Ada sebab kenapa peraturan ini diciptakan...
Walaupun yang mencipta peraturan ini manusia yang lemah segala seginya...

Ada sebab kenapa peraturan ini patut dipatuhi...
Walaupun sesiapa sahaja...

Ada sebab kenapa Hijau itu jalan...
Ada sebab kenapa kuning itu tanda bersedia untuk berhenti...
Ada sebab kenapa merah itu BERHENTI!

Kalau kamu tak patuh peraturan ini...

Nah... Kan tak pasal pasal kamu ke hospital hari ini...

Merah tu tak lama...
Paling lama 2minit...

2 Minit masa yang kamu patut tunggu itu...
Kamu langgar... Kamu tak sabar... kamu tergesa gesa...

Mungkin kamu orang penting...
Ada bisnes juta juta... Kamu mengejar masa yang kurang bagi kamu...
Walaupun kamu hanya menunggang kapcai...

Nah... Sekarang... Rasakan kaki tergantung...
Tangan berbalut...
Mesin wayar bersilirat di atas badan...
Itu pun kalau bernasib baik...

Atau... Kamu akan diusung sebentar lagi...
Diiringi tangisan keluarga...
Menuju ke alam barzakh...

NotaKarut: Tak pasal2 pagi ni tengok orang kemalangan kerana langgar lampu merah!

Ulasan

anak ayah berkata…
susah kdg2 nk ikut peraturan ni....
ieza ashaari berkata…
tue yg membezakan antara manusia itu dengan manusia ini.. :)

Ratu Hatiku berkata…
Sesetengah org yg mcmni tahap kesabaran x tinggi..sbb sikap mereka org lain yg jadi mangsa..
Unknown berkata…
Ingatkan TK yg eksiden. huhu
Unknown berkata…
jadi lah pemandu yg berhemah :)
ciK LyndaWawa berkata…
peraturan sebagai training..=]
Muttallif berkata…
Lampu merah untuk BERHENTI.

Tapi, pemamndu Malaysia pula fikir...

Merah untuk.....memecut!!. Kena ubah fikiran tu. Tidak salah menekan break.
NasQ berkata…
@maitimie kalau susah baik duduk dalam guan je kan...
NasQ berkata…
@izfanora ye la... tapi kadang2 bosan melihat orang begini...
NasQ berkata…
@Ratu Hatiku kalau tak sabar, pi jual surat khabar je la...
NasQ berkata…
@HAdira Kifly mintak dijauhkan...
NasQ berkata…
@aimi adilah bila nak mai kl ni?
NasQ berkata…
@ciK LyndaWawa mentang2 la dah jadi trainer ek...
NasQ berkata…
@Muttallif adalagi satu merah yang lelaki tak suka... bendera merah!
emarieys berkata…
kegelojohan di atas jalan raya..

Catatan popular daripada blog ini

Ucapan Hari Raya Kelakar...

Koleksi Ucapan Whatapp Hari Raya 2016...  Ketupat pulut di atas para, Hendak direbus di tepi perigi, SMS dihantar pengganti kad raya, Tanda ingatan tak luput di hati. Selamat Hari Raya Aidilfitri, Mohon maaf Zahir & Batin . Kalau dilipek sebosar kuku. Kalau dibontang sebosar alam. Kok hilang dicaghi. Kok hanyut dipinteh. Kok tonggolam disolam. Datang biarla nampak muko. Kok poei biarla nampak belakang. Jauh diimbau,dokek digamit. Seuntai salam,sojambak kato. Dogup bicagho,meghisik raso. Salam Aidilfitri Maaf Zahir & Batin “Biar hati sejernih air, jgn pula dipenuhi lumpur, kalau salah saya belum berakhir, diharap diampun dgn rasa bersyukur”.”Jika budi dipenuhi ikhlas, jgn ia disulam tuba, jika ada salah yg belum dibalas, harap diampun di hariraya”. “Biar amarah disunting senyum, ibarat pekerti disulam kasih, diharap dihalal makan dan minum, ibarat rezki yg tidak disisih”. SELAMAT HARIRAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN. Mä$äk £Ã¨mäñg $àmßil bdiri, Hè...

Anda Marah? Ni Pantun Kurang Ajar.

Jalan jalan naik basikal, Naik basikal di waktu malam, Ada otak ada akal, Jangan disimpan menjadi pekasam. Pekasam buruk di goreng orang, Bau semerbak serata alam, Tutur kata ibarat parang, Tersilap kata menikam dalam. Belakang parang diasah jangan, Tajam depan tajam belakangnya, Kurang ajar apakah hukuman, Buku lima di pipi la jawabnya.

Pantun Malam Jumaat...

Ubi kayu sedap dibuat pengat Lagi sedap kalau dimasak siti Malam Jumaat datang semangat Almaklum banyak agenda sedang menanti Sedapnya pengat ubi teringat ingat Manakan terlawan si roti jala Ambillah berkat malam Jumaat Mengerat kasih mendapat pahala Di malam hari terasa hangat Memang enak minum air kelapa Malam ni malam Jumaat Tongkat ali jangan dilupa Dah perkena tongkat ali secawan Dicecah bersama kuih bahulu Hendak berblog,berbloglah kawan, Saya bermohon tidur dahulu. NotaKarut: Nak komen? Sila pantun jua... Hahahahahaha... Sekadar gurauan di malam Jumaat... Tak ada apa agenda pun malam ni kecuali nak buat solat hajat dan zikir lebih sikit...