Langkau ke kandungan utama

Seloka Malam...

Bagaikan Pungguk Rindukan Bulan,
Berbisik Angin Malam Seindah Bahasa,
Rindukan Puteriku Jauhnya Berjauhan,
Tak Tergambar Terlukis Tertulis Rasa,

Terang Bulan Munculnya Senja
Ibarat Lagu Tanpa Kata
Tidurlah Sayang, Pejamlah Manja,
Dari Jauh Kudodoi, Berembun Cinta,


Menunggu Fajar Mula Ketawa,
Menghitung Hari Jumaat Tiba...



Ulasan

panda montel berkataā€¦
amboih ... hehe
ciK LyndaWawa berkataā€¦
ehem2....=]
Ratu Hatiku berkataā€¦
Wah..kalah A Samad Said....hehehe
Unknown berkataā€¦
Sabar itu separuh daripada iman. ;)
a.R berkataā€¦
sebenarnya tak sabar nak sampai hujung minggu balik kannn????
Unknown berkataā€¦
bertuahnya puteri bila papanya hasilkan seloka bila rindu
khaifaiz berkataā€¦
tunggu gaji ke boss...
syiela berkataā€¦
wah.. wah... tak lama dah.. sabaq sat no

Catatan popular daripada blog ini

Ucapan Hari Raya Kelakar...

Koleksi Ucapan Whatapp Hari Raya 2016...  Ketupat pulut di atas para, Hendak direbus di tepi perigi, SMS dihantar pengganti kad raya, Tanda ingatan tak luput di hati. Selamat Hari Raya Aidilfitri, Mohon maaf Zahir & Batin . Kalau dilipek sebosar kuku. Kalau dibontang sebosar alam. Kok hilang dicaghi. Kok hanyut dipinteh. Kok tonggolam disolam. Datang biarla nampak muko. Kok poei biarla nampak belakang. Jauh diimbau,dokek digamit. Seuntai salam,sojambak kato. Dogup bicagho,meghisik raso. Salam Aidilfitri Maaf Zahir & Batin ā€œBiar hati sejernih air, jgn pula dipenuhi lumpur, kalau salah saya belum berakhir, diharap diampun dgn rasa bersyukurā€.ā€Jika budi dipenuhi ikhlas, jgn ia disulam tuba, jika ada salah yg belum dibalas, harap diampun di harirayaā€. ā€œBiar amarah disunting senyum, ibarat pekerti disulam kasih, diharap dihalal makan dan minum, ibarat rezki yg tidak disisihā€. SELAMAT HARIRAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN. MƤ$Ƥk Ā£ĆØmƤƱg $Ć mƟil bdiri, HĆØ...

Anda Marah? Ni Pantun Kurang Ajar.

Jalan jalan naik basikal, Naik basikal di waktu malam, Ada otak ada akal, Jangan disimpan menjadi pekasam. Pekasam buruk di goreng orang, Bau semerbak serata alam, Tutur kata ibarat parang, Tersilap kata menikam dalam. Belakang parang diasah jangan, Tajam depan tajam belakangnya, Kurang ajar apakah hukuman, Buku lima di pipi la jawabnya.

Pantun Malam Jumaat...

Ubi kayu sedap dibuat pengat Lagi sedap kalau dimasak siti Malam Jumaat datang semangat Almaklum banyak agenda sedang menanti Sedapnya pengat ubi teringat ingat Manakan terlawan si roti jala Ambillah berkat malam Jumaat Mengerat kasih mendapat pahala Di malam hari terasa hangat Memang enak minum air kelapa Malam ni malam Jumaat Tongkat ali jangan dilupa Dah perkena tongkat ali secawan Dicecah bersama kuih bahulu Hendak berblog,berbloglah kawan, Saya bermohon tidur dahulu. NotaKarut: Nak komen? Sila pantun jua... Hahahahahaha... Sekadar gurauan di malam Jumaat... Tak ada apa agenda pun malam ni kecuali nak buat solat hajat dan zikir lebih sikit...