Langkau ke kandungan utama

Persiapan kahwin punca terperangkap hutang...

Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) berjaya menyelesaikan masalah kemelut hutang melibatkan nilai sebanyak RM82 juta yang dihadapi kira-kira 2,550 individu sejak ditubuhkan pada tahun 2006 sehingga kini.

Ketua Pegawai Eksekutif AKPK, Koid Swee Lian berkata, antara punca utama mereka terperangkap di dalam belenggu hutang tersebut adalah melibatkan pinjaman untuk perbelanjaan perkahwinan.

Katanya, kos persiapan perkahwinan yang semakin meningkat telah memaksa golongan muda kini lebih gemar membuat pinjaman tanpa berfikir panjang.

"Selain persiapan. faktor wang hantaran yang tinggi termasuk menyediakan barangan hantaran seperti barang kemas dan sebagainya menyebabkan bakal pengantin terus tersepit sehingga terpaksa berhutang melalui pinjaman peribadi dan lain-lain.

"Kebanyakan golongan muda di bawah umur 30 tahun yang ingin berkahwin biasanya baru mendapat pekerjaan di antara dua hingga tiga tahun dan sudah tentu tidak mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh selain simpanan juga tidak begitu banyak," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. - UTUSAN

NotaKarut: Owh... Betul la... ye tak?

Ulasan

Tinta Lana berkataā€¦
Betul.

Memang betul sngt.

Selain persiapan perkahwinan, hutang zaman belajar pun nak kena pikior juga, (-_-)
emarieys berkataā€¦
wang hantaran sampai puluh ribu..mana nak cari...selain buat hutang..lainlah anak jutawan..
tips berkataā€¦
sebab kita tak kayalah kita berhutang..

huhu!

Catatan popular daripada blog ini

Ucapan Hari Raya Kelakar...

Koleksi Ucapan Whatapp Hari Raya 2016...  Ketupat pulut di atas para, Hendak direbus di tepi perigi, SMS dihantar pengganti kad raya, Tanda ingatan tak luput di hati. Selamat Hari Raya Aidilfitri, Mohon maaf Zahir & Batin . Kalau dilipek sebosar kuku. Kalau dibontang sebosar alam. Kok hilang dicaghi. Kok hanyut dipinteh. Kok tonggolam disolam. Datang biarla nampak muko. Kok poei biarla nampak belakang. Jauh diimbau,dokek digamit. Seuntai salam,sojambak kato. Dogup bicagho,meghisik raso. Salam Aidilfitri Maaf Zahir & Batin ā€œBiar hati sejernih air, jgn pula dipenuhi lumpur, kalau salah saya belum berakhir, diharap diampun dgn rasa bersyukurā€.ā€Jika budi dipenuhi ikhlas, jgn ia disulam tuba, jika ada salah yg belum dibalas, harap diampun di harirayaā€. ā€œBiar amarah disunting senyum, ibarat pekerti disulam kasih, diharap dihalal makan dan minum, ibarat rezki yg tidak disisihā€. SELAMAT HARIRAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN. MƤ$Ƥk Ā£ĆØmƤƱg $Ć mƟil bdiri, HĆØ...

Anda Marah? Ni Pantun Kurang Ajar.

Jalan jalan naik basikal, Naik basikal di waktu malam, Ada otak ada akal, Jangan disimpan menjadi pekasam. Pekasam buruk di goreng orang, Bau semerbak serata alam, Tutur kata ibarat parang, Tersilap kata menikam dalam. Belakang parang diasah jangan, Tajam depan tajam belakangnya, Kurang ajar apakah hukuman, Buku lima di pipi la jawabnya.

Pantun Malam Jumaat...

Ubi kayu sedap dibuat pengat Lagi sedap kalau dimasak siti Malam Jumaat datang semangat Almaklum banyak agenda sedang menanti Sedapnya pengat ubi teringat ingat Manakan terlawan si roti jala Ambillah berkat malam Jumaat Mengerat kasih mendapat pahala Di malam hari terasa hangat Memang enak minum air kelapa Malam ni malam Jumaat Tongkat ali jangan dilupa Dah perkena tongkat ali secawan Dicecah bersama kuih bahulu Hendak berblog,berbloglah kawan, Saya bermohon tidur dahulu. NotaKarut: Nak komen? Sila pantun jua... Hahahahahaha... Sekadar gurauan di malam Jumaat... Tak ada apa agenda pun malam ni kecuali nak buat solat hajat dan zikir lebih sikit...