Langkau ke kandungan utama

Intipati Khutbah Jumaat.

Konsep 5M untuk menilai Key Performance Indicator (KPI) taqwa kita. Konsep 5M tersebut adalah seperti berikut:

1. Mu’ahadah.
Konsep Mu’ahadah merujuk kepada setakat mana kita mengetahui dan menyedari siapa pencipta kita dan tujuan kita diciptakan oleh Pencipta Yang Maha Esa. Dari mana kita datang? Apakah perjanjian kita dengan Allah SWT ketika kita di alam rahim? Ke mana kita akan dikembalikan?

"Dan ingatlah ketika Tuhanmu mengeluarkan keturunan anak-anak Adam dari sulbi mereka dan Allah mengambil kesaksian terhadap jiwa mereka (seraya berfirman): "Bukankah Aku ini Tuhanmu?". Mereka menjawab: " Betul Engkau Tuhan Kami, kami menjadi saksi." (Kami lakukan yang demikian itu) agar di hari kiamat kamu tidak mengatakan: "Sesungguhnya kami (bani Adam) adalah orang-orang yang lengah terhadap ke-Esa-an Tuhan".
(Al- a'raaf, 172).

2. Muraqabah
Mengingat Allah S.W.T. ini merangkumi ingatan terhadap Kebesaran serta Keagongan dan Kesempurnaan sifat-sifat-Nya.Dengan mengulang-mengulang di samping merasa-rasakan Keagongan, Kebesaran dan Kesempurnaan tersebut, berusahalah menimbulkan kesedaran rohani diri sendiri sebagai Insan yang tidak mempunyai kuasa, lemah tidak memiliki sifat kesempurnaan,malah sentiasa mengharap pertolongan dan keridaan dari Allah S.W.T.

3. Muhasabah
Konsep ini merujuk kepada proses menilai diri kita atau proses audit di mana setiap perlakuan yang telah kita lakukan kita nilai semula secara terperinci demi melihat di mana kelemahan yang akan kita perbaiki dan kekuatan yang kita akan ditingkatkan.

4. Mu’aqobah
Konsep ini merujuk kepada hukuman yang kita kenakan kepada diri kita sekiranya kita lalai dalam melakukan kebaikan. Sebagai contoh, walaupun hukum solat berjemaah itu adalah fardu kifayah,  namun sekiranya kita meninggalkan solat berjamaah satu waktu maka sebagai hukuman kita perlu membaca 5 muka surat Al-Quran. Pelbagai lagi hukuman yg berbentuk positif boleh kita kenakan kepada diri kita demi untuk memberi peringatan kepada diri sendiri.

5. Mujahadah
Konsep ini merujukkan kepada perbuatan yang dilakukan secara bersungguh-sungguh dan tekun. Kita bersungguh-sungguh dalam melakukan perkara yang disuruh oleh Allah SWT dan bersungguh-sungguh dalam meninggalkan perkara-perkara yang dilarang oleh Allah SWT.



NotaKarut: Sekadar berkongsi... Sila betulkan jika ada terdapat sebarang kesilapan...

Ulasan

Fais-SKA berkata…
Inshaa'Allah, harap 5M ni lekat la di hati kita =) perkongsian yg menarik
Aimacomel berkata…
moga Allah pelihara hati kita utk terus sedar diri mana kita berpijak. terima kasih bgtau.
blog-tips-kurus berkata…
oh ustaz..

saye tak pernah buat no 4 tu. terima kasih buat entry ni.. :)
Yutaka Mushimura berkata…
woohaa.....keep it up bro..:)

Catatan popular daripada blog ini

Ucapan Hari Raya Kelakar...

Koleksi Ucapan Whatapp Hari Raya 2016...  Ketupat pulut di atas para, Hendak direbus di tepi perigi, SMS dihantar pengganti kad raya, Tanda ingatan tak luput di hati. Selamat Hari Raya Aidilfitri, Mohon maaf Zahir & Batin . Kalau dilipek sebosar kuku. Kalau dibontang sebosar alam. Kok hilang dicaghi. Kok hanyut dipinteh. Kok tonggolam disolam. Datang biarla nampak muko. Kok poei biarla nampak belakang. Jauh diimbau,dokek digamit. Seuntai salam,sojambak kato. Dogup bicagho,meghisik raso. Salam Aidilfitri Maaf Zahir & Batin “Biar hati sejernih air, jgn pula dipenuhi lumpur, kalau salah saya belum berakhir, diharap diampun dgn rasa bersyukur”.”Jika budi dipenuhi ikhlas, jgn ia disulam tuba, jika ada salah yg belum dibalas, harap diampun di hariraya”. “Biar amarah disunting senyum, ibarat pekerti disulam kasih, diharap dihalal makan dan minum, ibarat rezki yg tidak disisih”. SELAMAT HARIRAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN. Mä$äk £Ã¨mäñg $àmßil bdiri, Hè...

Anda Marah? Ni Pantun Kurang Ajar.

Jalan jalan naik basikal, Naik basikal di waktu malam, Ada otak ada akal, Jangan disimpan menjadi pekasam. Pekasam buruk di goreng orang, Bau semerbak serata alam, Tutur kata ibarat parang, Tersilap kata menikam dalam. Belakang parang diasah jangan, Tajam depan tajam belakangnya, Kurang ajar apakah hukuman, Buku lima di pipi la jawabnya.

Pantun Malam Jumaat...

Ubi kayu sedap dibuat pengat Lagi sedap kalau dimasak siti Malam Jumaat datang semangat Almaklum banyak agenda sedang menanti Sedapnya pengat ubi teringat ingat Manakan terlawan si roti jala Ambillah berkat malam Jumaat Mengerat kasih mendapat pahala Di malam hari terasa hangat Memang enak minum air kelapa Malam ni malam Jumaat Tongkat ali jangan dilupa Dah perkena tongkat ali secawan Dicecah bersama kuih bahulu Hendak berblog,berbloglah kawan, Saya bermohon tidur dahulu. NotaKarut: Nak komen? Sila pantun jua... Hahahahahaha... Sekadar gurauan di malam Jumaat... Tak ada apa agenda pun malam ni kecuali nak buat solat hajat dan zikir lebih sikit...