Langkau ke kandungan utama

Anda Susah Tidur? Apa Yang Perlu Dilakukan.

Selepas beberapa malam tidak dapat tidur malam, Pak Pandir membuat keputusan untuk berjumpa doktor...

Sesudah melakukan pemeriksaan yang sangat teliti, doktor mencadangkan ketika berbaring di atas katil, lakukanlah latihan menarik nafas panjang dengan ritma tertentu sekurangnya selama 5 minit... Pada masa yang sama cuba membayangkan dirimu seolah-olah sedang berada di tepi pantai, lalu ombak berulang-ulang memukul pantai segelombang demi segelombang...”

Malam itu, Pak Pandir pun menarik nafas panjang dan membayangkan dirinya di tepi pantai... Namun, selepas 3 jam, usahanya sia sia saja... Matanya bagaikan ada penyendal!

Lalu, dia menemui doktor dan mengadu bahawa hari dirinya tak dapat tidur.

Doktor: “Adakah kamu sudah melakukan dengan bersungguh-sungguh apa yang telah saya ajarkan tempoh hari?"

Pak Pandir: “Ya, semuanya sudah saya lakukan secara bersungguh sungguh...”

Doktor: “Tetapi mengapa kamu masih tak dapat tidur?”

Pak Pandir: “Masalahnya ketika memejam mata sambil menarik nafas... Dan mula membayangkan keadaan di tepi pantai... Saya selalu terbayang bayangan beberapa wanita cantik sedang jalan mundar mandir di tepi pantai dengan memakai bikini...”

Ulasan

Cik Itah berkata…
ek eleh..mana taknya susah nak tido da kalau otak ligat memikirkan sesuatu :D
khaifaiz berkata…
rajin plak ko update yer
NasQ berkata…
hikhik... imaginasi tinggi
NasQ berkata…
syhhhhhhh... Daim diam... Aku tengah kemaruk gersang ni...
Cik Nor berkata…
haha..melampaulah tu..:)
QasehnyaRania berkata…
Hahaha. Baik tak yah pi jmpa doktor pak pandir
selamat ptg. Makam cekodok ke
Tasneem berkata…
pak pandir ni!! piat telinga baru tau!!
TelingaBulat berkata…
mmg segar bugar laa pandir da dok bayangkn cmtuh haha
emarieys berkata…
pak pandir...oh pak pandirrr...
joehaz berkata…
kesian mak andir dpt laki cenggini kahkah