Langkau ke kandungan utama

Bina Kabinet Dapur, Apa Yang Perlu Diketahui.

Beli rumah baru?
Perkara apa yang pertama di fikirkan?

Ubahsuai dapur??? Yup...

Dapur, ruangan rumah yang menjadi nadi ibarat jantung kepada sesebuah rumah...
Namun, kos yang besar untuk mengubahsuai dapur menjadi ruangan impian sering menjadi halangan sekaligus membantutkan hasrat.

Di sini aku coretkan beberapa perkara yang aku buat dalam usaha mendapatkan kontraktor dengan harga yang aku mampu dengan material yang berkualiti.

1. BERKUNJUNG KE TAPAK EKSPO

Rajin rajinkan diri mengunjungi ekspo berkaitan hiasan dalaman. Di sini aku mendapat banyak idea, ilmu dan peluang untuk memiliki set rekaan kabinet pada harga yang istimewa. Biasanya syarikat yang terlibat didalam ekspo akan memberi tawaran yg menarik. Tapi awas, jangan percaya bulat bulat, buat sedikit kajian tentang material yang digunakan.

2. BUAT PENAWARAN

Pernah dengar 'free quoatation'? Jangan segan jangan malu untuk emel kan 'need statement' anda kepada kontraktor. Kontraktor akan membalas emel anda dengan anggaran harga berdasarkan 'need statement' anda tanpa sebarang kos.

Apa yang perlu dalam 'need statment'? Ukuran dapur -panjang dan lebar (Lebih baik hantar sekali dengan floor plan dapur), ketinggian dapur (standard height/full height), jenis material pintu kabinet (kenapa pintu sahaja akan diterangkan dalam entry yang akan datang), jenis material 'table top' dan jenis shape dapur (I, L or island).

3. JANGAN TERIKAT PADA JENAMA

Rajin rajinkan diri untuk mendapatkan seberapa banyak quotation. Dari situ anda akan dapat menilai perbezaan sesuatu tawaran. masa aku cari, aku hantar emel tak kurang daripada 20 kontraktor. Dan 15 daripadanya membalas dengan memberikan quotation yang menarik. Harga yang menarik datangnya dari syarikat yang kecil kecil. kesimpulannya, jangan sesekali terikat dengan jenama, tak semestinya yang ada nama itu berkualiti.


Ulasan

Tanpa Nama berkata…
TK aku nk suggest ko pi buat KC aluminium...perhhhh idaman aku tu....mmg tahan calar dan karat....
NasQ berkata…
dah ada dah... tak minat aluminium...
Tanpa Nama berkata…
hahaha...aku kalo 3g n 4g ni aku kurang...sbb kaca...kemalasan nak lap..kalo nyatuh waaduhhh kemain mahal...
NasQ berkata…
Dok aik... kawe buat base nya arcyliyc... atas 4G premium (ada alas belakang). table top quartz.
NasQ berkata…
untuk orang orang yang tecari2 tips nak buat kabinet dapur.
Tanpa Nama berkata…
wahhh alas blakang guane tu....
NasQ berkata…
nak cite pun tak reti la mina... tunggu siap nanti aku upload gambar...
mama arif berkata…
terima kasih atas perkongsian . tak terpikir plak nak buat kabinet dapur. bila baca tips ni, baru la nak merisik kabinet yg sesuai.
sitirohaida berkata…
bagus tips nie..memang nak buat kabinet dapur nie..
NasQ berkata…
sila sila... nanti update pasal material dapur lak...
NasQ berkata…
ha... sila la peningkan kepala nak pilih...
Unknown berkata…
tidak terikat dengan jenama.
baru tahu nie kabinet dapur pn ada jenama.
hahaha.
nampk sgt x pernah ke dapur.
QasehnyaRania berkata…
bgus nya tips ni.thanks tk
Gee Lion berkata…
duduk rumah sewa.. tak dapat nak renovate apa-apa.. :p