Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2016

Impian Ramadhan Yang Tak Kesampaian...

Tinggal beberapa hari sahaja lagi Ramadhan akan berlalu pergi... Pejam celik pejam celik... Dan masuk 25 Ramadhan... Impian ramadhan yang aku rasa semua orang nak ialah mengurangkan berat badan... Aku target dapat 75 kg hujung ramadhan ni... Tapi setakat hari ni... 79 je... Turuyn 7kg... Itu pun rasanya harapan palsu... Silap silap raya nanti naik 14 kg pulak!!! Apa apa pun, yang nak balik raya esok... Pesanan aku, pandu kereta bukan pandu babi! Sekian...

Bahaya shopping baju raya semasa ramadhan...

Bahaya shopping baju raya semasa ramadhan... Terutama di hujung hujung ramadhan... Sebabnya lepas raya nanti, baju seluar akan mengecut... Ntah la... Tak tahu kenapa... Mungkin kain sekarang tak berkualiti... NotaKarut: Bini dah bising baju raya tak beli lagi.... Hummm... Sayang... Khamis nanti baru gaji...

Pickup line puasa...

Suri : "Abg jangan pergi bazar..saya dah masak.." TK: "Awak masak apa?" Suri: "Saya dah masak dengan perangai abang,pegi bazar nak tengok perempuan.." Haihhhh....

Ucapan Hari Raya Kelakar...

Koleksi Ucapan Whatapp Hari Raya 2016...  Ketupat pulut di atas para, Hendak direbus di tepi perigi, SMS dihantar pengganti kad raya, Tanda ingatan tak luput di hati. Selamat Hari Raya Aidilfitri, Mohon maaf Zahir & Batin . Kalau dilipek sebosar kuku. Kalau dibontang sebosar alam. Kok hilang dicaghi. Kok hanyut dipinteh. Kok tonggolam disolam. Datang biarla nampak muko. Kok poei biarla nampak belakang. Jauh diimbau,dokek digamit. Seuntai salam,sojambak kato. Dogup bicagho,meghisik raso. Salam Aidilfitri Maaf Zahir & Batin “Biar hati sejernih air, jgn pula dipenuhi lumpur, kalau salah saya belum berakhir, diharap diampun dgn rasa bersyukur”.”Jika budi dipenuhi ikhlas, jgn ia disulam tuba, jika ada salah yg belum dibalas, harap diampun di hariraya”. “Biar amarah disunting senyum, ibarat pekerti disulam kasih, diharap dihalal makan dan minum, ibarat rezki yg tidak disisih”. SELAMAT HARIRAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN. Mä$äk £Ã¨mäñg $àmßil bdiri, Hè...

Seloka Puasa Ramadhan.

Seloka Puasa Ramadhan... Jalan jalan bazar Ramadhan Peniaga tumbuh bagaikan cendawan Rupa bentuk bikin hati tertawan Tapi sayang rasanya kurang Ini macam boleh bikin sawan Jalan jalan bazar Ramadhan Rambang mata membelinya sakan Tapi yang di beli bukan semuanya makan Banyak yang membazir ditongsampahkan Dah tentu itu sifat Syaitan Konon puasa nak jaga badan Tapi bila berbuka tak ingat sempadan Penuh semeja dengan makanan Dah tak peduli orang kiri kanan Sampai tersandar perut naik bagai dipam pam Bila pertengahan Ramadhan menjelang Masing masing sibuk memenuhkan balang Anak bulan raya belum kelihatan Kuih dah penuh lori satu tan Baru dua minggu puasa lagu raya dah berkumandang, Macam esok raya dah diumumkan Hello kawan kawan puasa korang sempat cukupkah sebulan?  Amal ibadat itu lebih  baik diutamakan Tahun depan entah sempat entah la kan Takut takut belum raya lagi dah jalan Baju raya berkain kapan Pagi raya ram...

Pantun Berbuka Puasa lawak.

Pantun Berbuka Puasa lawak... Sedapnya kuih buah rotan Sedaplah lagi kuih bahulu Perut kelaparan azan kedengaran Jom Buka! Tapi doa la dulu.. Mulut berleter ibarat bertih Mungkin mulut tak tahu letih Berbuka puasa jangan berlebih nanti tak larat pergi Terawih NotaKarut: hoho... Hari ni makan gulai udang besar... Gulai ikan masin campur nenas, semua masakan mak... dengan air soya nya... Syurga... Syurga dunia...

Seloka Puasa...

Bila tiba bulan Puasa, Ramai orang pasang niat, Nak meluangkan masa, Penuhkan masjid nak beramal ibadat... Malam pertama tarawih, Penuh masjid sampai ke jalan, Nak lagi bagus sampai akhir bulan, Alhamdulillah, Jangan pulak sekerat jalan... Pagi pertama dah muka toya, Nak menunjuk dia puasa, Dah petang baru nampak muka, Waktu rehat ghaib entah ke mana... Tadi toya sekarang ceria, Datang dekat bau rokok, Ape jenis punya manusia, Lebih kurang monyet di atas pokok...

Pantun Berbuka Puasa...

Burung enggang burung kelicap Terbanglah burung ke serata benua Tukang karut hanya nak mengucap Selamat berbuka puasa kepada semua NotaKarut: Otak tak boleh nak mengarut pasal otak tak dapat lagi zat besi yang mencukupi... Hoho... Selamat berbuka semua...

Pantun Karut Berbuka Puasa...

Jalan jalan pasar Keramat Jumpa pulak anak Pak Mat Masa puasa lesu tak bersemangat Bila berbuka hantu raya tabik hormat Resmi si ikan sepat Hujan rintik melompat lompat Sana tangkap sini pun rembat Lepas berbuka mata pun rapat NotaKarut: Nak komen? Sila komen dengan pantun...

Lawak Pak Pandir Bila Berpuasa.

Lawak Pak Pandir Bila Berpuasa. Pak Pandir dan Tukang Karut bersama sama ke masjid menunaikan Solat Zuhur. Kebetulan sebelum solat ada tazkirah... Lantas mendegar tazkirahlah mereka berdua dengan kusyuknya... Antara intipati isi tazkirah yang Pak pandir faham antaranya adalah membaca doa sebelum makan. "Ya tuan-tuan sebelum makan hendaklah kita membaca doa dahulu, ini adalah kerana syaitan akan makan makanan kita dan membuatkan kita makan tak kenyang-kenyang." kata ustaz itu... "Itu yang kadang kadang ada yang makan sampai tersandar dekat tiang seri rumah!" kata ustaz itu lagi... "Bila makan bayak, mata pun kuyu, badan pun jadi berat... Malas nak ke masjid menunaikan Solat Sunat Tarawih" tambah ustaz itu... Lalu pak pandir ni pun baliklah bersama bininya petang tue. Selepas berbuka puasa malam tu... Sambil berehat menantikan azan Isyak... Pak Pandir tiba-tiba bangun dan meluru ke tandas berkali-kali. Tak cukup dengan tu, tidur malam tu...