Langkau ke kandungan utama

Jemaah Jumaat Yang Tak Senonoh

Jemaah Jumaat Yang Tak Senonoh


1)Pergi masjid awal,tetapi tidak berniat iktikaf.Solat tahiyyat masjid pun dia tak buat.Cuma dia ingat baca doa tidur sahaja.

2)Pergi masjid dengan memakai attar original berperisa bawang atau malboro lights (dan seumpama dengannya).Bila dia kepak tangan nak angkat takbir,boleh kena athma orang sebelah tercium bau attar dia.
Kalau boleh,bagi yang attar originalnya kuat sangat bau,belilah minyak wangi.Begitu juga kalau anda seorang perokok(tulisan ini bukan untuk bahaskan hukum rokok ya!),tonyohlah miswak dan sapulah minyak wangi,haruman tembakau tidak harum pada hidung orang lain,walaupun kita suka.

3)Pergi masjid,pakai kain pelikat,naik motor,kain terselak nampak lutut.Cuma burung sahaja tak sempat terbang.Mujur.

4)Datang masjid,parking kereta dekat tempat yang tak sepatutnya.Lepas tu solat ba'diyah lama lama padahal orang di luar sudah mula menyumpah-nyumpah.

5)Kanak-kanak berumur 4-6 tahun bercakap ketika khutbah itu biasa,cuma ada sebahagian kanak kanak berusia 20an,30an,40an,50an yang masih juga tak faham kalau masa khutbah kena diam.

6)Mentang-mentang khatib berkhutbah tak sedap,dia balun tidur,tersengguk-sengguk sampai punggung terangkat.Bila orang qamat,boleh selamba sahaja standby nak angkat takbir.Oi bang,wudhu awak dah batal!

7)Kalau dekat kampung-kampung biasa hari Jumaat ada orang sedekah pisang.Patut sebiji seorang,dia bantai bawa lari sesikat isi dalan raga motor.

8)Pergi kerja pandai pakai baju kerja,pergi dating bukan main segak bergaya,tapi ke masjid baju macam sudah jadi papa kedana,bila ditanya zuhud katanya!Halo sedara,zuhud bukan kena pakai baju buruk!

9)AJK mesjid bersungguh nak kutip derma Jumaat sampai masa khatib tengah khutbah pun ada lagi budak budak jalan dalam saf bawak tabung.

10)Ni penyakit tak kena tempat.Masa khutbah bukan main lagi gentel tasbih.Masa khutbah bukan masa nak gentel tasbih,ini masa kena beri tumpuan dan dengar!

11)Ini lagi satu hal.Memang awak tak bercakap masa khutbah,tapi dok tulis status FB,scroll instagram,balas WhatsApp,search people neaeby kat wechat....ini sama sahaja dengan berborak dengan orang sebelah!

Jadi...
Kalau ada di antara kita pernah buat perkara tak senonoh di atas,bawa-bawalah bertaubat ya,dan sama-sama ubah.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Ucapan Hari Raya Kelakar...

Koleksi Ucapan Whatapp Hari Raya 2016...  Ketupat pulut di atas para, Hendak direbus di tepi perigi, SMS dihantar pengganti kad raya, Tanda ingatan tak luput di hati. Selamat Hari Raya Aidilfitri, Mohon maaf Zahir & Batin . Kalau dilipek sebosar kuku. Kalau dibontang sebosar alam. Kok hilang dicaghi. Kok hanyut dipinteh. Kok tonggolam disolam. Datang biarla nampak muko. Kok poei biarla nampak belakang. Jauh diimbau,dokek digamit. Seuntai salam,sojambak kato. Dogup bicagho,meghisik raso. Salam Aidilfitri Maaf Zahir & Batin “Biar hati sejernih air, jgn pula dipenuhi lumpur, kalau salah saya belum berakhir, diharap diampun dgn rasa bersyukur”.”Jika budi dipenuhi ikhlas, jgn ia disulam tuba, jika ada salah yg belum dibalas, harap diampun di hariraya”. “Biar amarah disunting senyum, ibarat pekerti disulam kasih, diharap dihalal makan dan minum, ibarat rezki yg tidak disisih”. SELAMAT HARIRAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN. Mä$äk £Ã¨mäñg $àmßil bdiri, Hè...

Anda Marah? Ni Pantun Kurang Ajar.

Jalan jalan naik basikal, Naik basikal di waktu malam, Ada otak ada akal, Jangan disimpan menjadi pekasam. Pekasam buruk di goreng orang, Bau semerbak serata alam, Tutur kata ibarat parang, Tersilap kata menikam dalam. Belakang parang diasah jangan, Tajam depan tajam belakangnya, Kurang ajar apakah hukuman, Buku lima di pipi la jawabnya.

Pantun Malam Jumaat...

Ubi kayu sedap dibuat pengat Lagi sedap kalau dimasak siti Malam Jumaat datang semangat Almaklum banyak agenda sedang menanti Sedapnya pengat ubi teringat ingat Manakan terlawan si roti jala Ambillah berkat malam Jumaat Mengerat kasih mendapat pahala Di malam hari terasa hangat Memang enak minum air kelapa Malam ni malam Jumaat Tongkat ali jangan dilupa Dah perkena tongkat ali secawan Dicecah bersama kuih bahulu Hendak berblog,berbloglah kawan, Saya bermohon tidur dahulu. NotaKarut: Nak komen? Sila pantun jua... Hahahahahaha... Sekadar gurauan di malam Jumaat... Tak ada apa agenda pun malam ni kecuali nak buat solat hajat dan zikir lebih sikit...