Dulu, masa mula2 kerja kilang suatu masa dulu, aku ada seorang rakan kerja yang sangat aku hormat. Aku panggil dia abang Azmi. Masih berkawan dengan dia IRL sampai hari ni. Laki bini bekerja kilang. Dengan masing2 gaji kasar atas sedikit dari RM1000, mereka pada aku sangat bahagia dalam menempuh hidup berkeluarga. Dengan 2 orang anak masa tu, aku menjangkakan kehidupan mereka agak sukar. Pernah satu hari, aku bertanyakan rahsia dia kekal tenang. Tak pernah sekali pun bercerita tentang kesempitan duit, meminjam duit kawan2 pun tak pernah. Aku yang masih bujang masa tu, gaji bulanan habis macam tu je tiap2 bulan. Dia pun bercerita tentang rezeki. Boleh tahan panjang juga dia huraikan perihal rezeki masa tu. Aku yang pada masa tu baru mula nak bertatih dalam membina kerjaya tak paham sebenarnya apa yang dia cuba sampaikan, lalu aku biarkan nasihat dia berlalu, hilang dari kotak memori. Belum sampai hidayah agaknya aku masa tu. Beberapa tahun selepas itu, selepas pindah ke beberapa...