Langkau ke kandungan utama

Mau Kahwin Lagi...

Petang semalam...

Setelah selesai solat Asar di sebuah masjid di Cheras... Disebabkan takut jem.. aku bergegas ke kereta. Tetapi ketika di parking, langkahku terhenti seketika... Aku nampak sebuah dompet besar betul betul terjatuh di tepi kereta ku. Dengan hati-hati aku angkat dompet itu. hummmmm.... Agak berat berisi.

Rasa serba salah, dengan terpaksa demi untuk mengetahui identiti pemiliknya, aku buka dompet itu dan menemukan sebuah envelop besar dari nama sebuah bank. Aku baca di dalamnya juga ada nama dan alamat,  serta sejumlah wang. Duit note RM100 dlm dlm 10 ikatan yg tebal. Aku panik gila. Antara keliru dan rasa amanah aku kembali ke masjid. Wang ini harus aku pulangkan kepada pemiliknya. Aku bertanya semua jemaah,  tak seorang pun yg kenal.

Aku tidak ada pilihan selain mencari pemiliknya..... Lantas aku bergegas memandu ke alamat yang ada di bungkusan wang itu. Ketika sampai, aku cuba beri salam dan mengetuk pintu pagar rumah. Keluar seorang lelaki yg sudah berumur berperawakan tinggi, berkulit putih cerah kearab-araban yang menjawab salam dan  bertanya mahu mencari siapa? Aku bagi tau dia, "Saya hendak berjumpa dengan Tn Haji Salim,  betulkah rumah ni?"

"Saya Hj Salim. Ada apa encik?"

"Pak Haji tadi solat di masjid di Cheras' ?", tanya ku

"Ya. Betul"

"Pak Haji tadi ada bawa apa-apa waktu pergi solat?"

Dia menjawab, "Astaghfirullah.. iya .. saya bawa dompet besar coklat dan dari tadi saya mencari-carinya.. Saya lupa dimana letaknya." Pandangannya ke arah aku penuh dengan tanda tanya.

Aku pergi ke kenderaan dan mengeluarkan dompet besar yang aku jumpa tadi. "Dompet yang ini ke Tuan Haji?"

"Ya..ya. yang itu..  Alhamdulillah.. terima kasih nak. Dalam tas ini Hj simpan wang yang Hj baru ambik dari Bank tadi."

Tanpa bnyk bicara,  aku serahkan dompet itu dan minta diri untuk pulang.

Tapi aku ditahan Haji Salim, "Tunggu nak, ada yang ingin saya hadiahkan padamu sebagai tanda terima kasih saya."

Hj Salim yang berwajah arab ini lalu memanggil nama seorang wanita. Tidak lama kemudian muncul seorang wanita berhijab .... mata bertentang mata... cair hati tak terkata... degup jantung kencang tak terkira....

"Nak ini anak saya. Dia belum menikah. Dia janji akan menikah dengan laki-laki yang baik dan jujur seperti kamu."

Aku terkejut gila. Dengan tergagap aku berkata, "Maaf Tuan Hj, saya sudah beristeri. Saya kena bincang dengan isteri saya..  dan mntak izin dgn dia tentang rancangan Tuan Hj ni."

Hj Salim tersenyum, dia kata, "Bertenang nak, nanti biar saya yang minta izin dari isterimu. Ada no hpnya?"

Aku mengangguk lesu..  malu tapi mau...mana tak maunya..... Anak dia punyala cun....  lalu aku pun bagi la no hp wife aku. Tuan Haji Salim terus dial nombor tu....dan dia bagi tau cerita sebenar........  .

Tubuh aku tiba-tiba mengigil, ...... apalagi saat telefon tu diberikan kepada aku.... katanya isteri ku mahu bercakap dengan aku, terlintas di fikiranku...... Apalah aku nk jawab...

Bagaikan halilintar membelah bumi.... Di saat terdengar suara isteri ku bercakap dengan agak kuat...

Bang.... bang....... Abangggg bangun.. Dah masuk maghrib ni..

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Ucapan Hari Raya Kelakar...

Koleksi Ucapan Whatapp Hari Raya 2016...  Ketupat pulut di atas para, Hendak direbus di tepi perigi, SMS dihantar pengganti kad raya, Tanda ingatan tak luput di hati. Selamat Hari Raya Aidilfitri, Mohon maaf Zahir & Batin . Kalau dilipek sebosar kuku. Kalau dibontang sebosar alam. Kok hilang dicaghi. Kok hanyut dipinteh. Kok tonggolam disolam. Datang biarla nampak muko. Kok poei biarla nampak belakang. Jauh diimbau,dokek digamit. Seuntai salam,sojambak kato. Dogup bicagho,meghisik raso. Salam Aidilfitri Maaf Zahir & Batin “Biar hati sejernih air, jgn pula dipenuhi lumpur, kalau salah saya belum berakhir, diharap diampun dgn rasa bersyukur”.”Jika budi dipenuhi ikhlas, jgn ia disulam tuba, jika ada salah yg belum dibalas, harap diampun di hariraya”. “Biar amarah disunting senyum, ibarat pekerti disulam kasih, diharap dihalal makan dan minum, ibarat rezki yg tidak disisih”. SELAMAT HARIRAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN. Mä$äk £Ã¨mäñg $àmßil bdiri, Hè...

Anda Marah? Ni Pantun Kurang Ajar.

Jalan jalan naik basikal, Naik basikal di waktu malam, Ada otak ada akal, Jangan disimpan menjadi pekasam. Pekasam buruk di goreng orang, Bau semerbak serata alam, Tutur kata ibarat parang, Tersilap kata menikam dalam. Belakang parang diasah jangan, Tajam depan tajam belakangnya, Kurang ajar apakah hukuman, Buku lima di pipi la jawabnya.

Pantun Malam Jumaat...

Ubi kayu sedap dibuat pengat Lagi sedap kalau dimasak siti Malam Jumaat datang semangat Almaklum banyak agenda sedang menanti Sedapnya pengat ubi teringat ingat Manakan terlawan si roti jala Ambillah berkat malam Jumaat Mengerat kasih mendapat pahala Di malam hari terasa hangat Memang enak minum air kelapa Malam ni malam Jumaat Tongkat ali jangan dilupa Dah perkena tongkat ali secawan Dicecah bersama kuih bahulu Hendak berblog,berbloglah kawan, Saya bermohon tidur dahulu. NotaKarut: Nak komen? Sila pantun jua... Hahahahahaha... Sekadar gurauan di malam Jumaat... Tak ada apa agenda pun malam ni kecuali nak buat solat hajat dan zikir lebih sikit...