Langkau ke kandungan utama

Mencari yang cukup.

Dulu, masa mula2 kerja kilang suatu masa dulu, aku ada seorang rakan kerja yang sangat aku hormat.

Aku panggil dia abang Azmi. Masih berkawan dengan dia IRL sampai hari ni. Laki bini bekerja kilang. Dengan masing2 gaji kasar atas sedikit dari RM1000, mereka pada aku sangat bahagia dalam menempuh hidup berkeluarga. Dengan 2 orang anak masa tu, aku menjangkakan kehidupan mereka agak sukar.

Pernah satu hari, aku bertanyakan rahsia dia kekal tenang. Tak pernah sekali pun bercerita tentang kesempitan duit, meminjam duit kawan2 pun tak pernah. Aku yang masih bujang masa tu, gaji bulanan habis macam tu je tiap2 bulan.

Dia pun bercerita tentang rezeki. Boleh tahan panjang juga dia huraikan perihal rezeki masa tu. Aku yang pada masa tu baru mula nak bertatih dalam membina kerjaya tak paham sebenarnya apa yang dia cuba sampaikan, lalu aku biarkan nasihat dia berlalu, hilang dari kotak memori. Belum sampai hidayah agaknya aku masa tu.

Beberapa tahun selepas itu, selepas pindah ke beberapa syarikat lain. Dengan gaji bulanan yang semakin tinggi.  Aku masih rasa gaji aku tak cukup. Gaji tetap habis akhir bulan.

Ada sekali tu, masa datang ke pejabat abang sulung. Aku bertanyakan balik soalan yang hampir sama. Lalu Along pun tanya balik.

"Dulu masa mula2 kerja. Gaji kau berapa?"
"850."
"Sekarang?"
"2000."
"Kalau dulu dengan gaji 850 kau boleh cukup makan. Kenapa sekarang dengan 2000 kau rasa tak cukup? Apa yang beza hidup kau masa baru kerja dengan sekarang?"

Satu yang aku suka minta nasihat dengan Along adalah dia tak akan bagi jawapan. Dia akan bagi aku perspektif lain dan biarkan aku mencari sendiri jawapan.

Masa tu, jawapan yang aku dapat pada masa tu adalah gaya hidup aku sendiri. Kurangkan bermewah2an dan aku akan ada lebihan duit. Masa tu pun aku memang sasarkan untuk menyimpan. Simpan duit nak pinang anak orang.

Lama dah perkara ni berlalu, sampailah dalam dua atau tiga tahun lepas aku terbaca satu cerita tentang mencari cukup. Ya! Itulah yang aku patut cari selama ni. MENCARI CUKUP.

Puas aku mencari apa sebenarnya dengan mencari cukup dan akhirnya awal tahun 2017 aku berazam untuk mencari cukup. Maksudnya mencari satu perasaan tentang apa yang aku ada memang dah berpadanan dengan hidup aku.

Mencari cukup ini adalah satu persoalan subjektif. Ia bukan satu garis yang mana ada rintangan di sepanjang garis itu dan berakhir dengan bertemunya mencari cukup. Pada aku ia diibaratkan satu garis bercabang2 yang mana setiap cabang tu tetap akan membawa kepada mencari cukup. Dan terpulang bagaimana kita memenuhi semua atau sebahagian cabang yang boleh membawa kita bertemu dengan mencari cukup ini.

Rezeki, gaya hidup, bersyukur, memperbaiki kewangan diri, mencari pendapatan sampingan dan banyak lagi, semua tu sebahagian daripada konsep mencari cukup.

Aku sendiri mengambil masa yang lama untuk memahami konsep mencari cukup ni. Aku nak cerita lebih, panjang sangat. Apapun benda ni semakin jelas pada aku. Nampaknya azam tahun 2017 telah aku capai sebahagiannya. Lagipun mencari cukup ni mana boleh berhenti.

Fahami konsep rezeki. Perhatikan jemaah tabligh, bagaimana mereka mencari cukup didunia. Semoga anda semua yang membaca coretan ini bertemu dengan mencari cukup.

Ulasan

Warisan Petani berkata…
Asyik tak cukup aje sebab mencari yang lebih.
Cik Nor berkata…
good sharing
Tanpa Nama berkata…
yes.

aku faham apa yang diperkatakan.

Catatan popular daripada blog ini

Ucapan Hari Raya Kelakar...

Koleksi Ucapan Whatapp Hari Raya 2016...  Ketupat pulut di atas para, Hendak direbus di tepi perigi, SMS dihantar pengganti kad raya, Tanda ingatan tak luput di hati. Selamat Hari Raya Aidilfitri, Mohon maaf Zahir & Batin . Kalau dilipek sebosar kuku. Kalau dibontang sebosar alam. Kok hilang dicaghi. Kok hanyut dipinteh. Kok tonggolam disolam. Datang biarla nampak muko. Kok poei biarla nampak belakang. Jauh diimbau,dokek digamit. Seuntai salam,sojambak kato. Dogup bicagho,meghisik raso. Salam Aidilfitri Maaf Zahir & Batin “Biar hati sejernih air, jgn pula dipenuhi lumpur, kalau salah saya belum berakhir, diharap diampun dgn rasa bersyukur”.”Jika budi dipenuhi ikhlas, jgn ia disulam tuba, jika ada salah yg belum dibalas, harap diampun di hariraya”. “Biar amarah disunting senyum, ibarat pekerti disulam kasih, diharap dihalal makan dan minum, ibarat rezki yg tidak disisih”. SELAMAT HARIRAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN. Mä$äk £Ã¨mäñg $àmßil bdiri, Hè...

Anda Marah? Ni Pantun Kurang Ajar.

Jalan jalan naik basikal, Naik basikal di waktu malam, Ada otak ada akal, Jangan disimpan menjadi pekasam. Pekasam buruk di goreng orang, Bau semerbak serata alam, Tutur kata ibarat parang, Tersilap kata menikam dalam. Belakang parang diasah jangan, Tajam depan tajam belakangnya, Kurang ajar apakah hukuman, Buku lima di pipi la jawabnya.

Pantun Malam Jumaat...

Ubi kayu sedap dibuat pengat Lagi sedap kalau dimasak siti Malam Jumaat datang semangat Almaklum banyak agenda sedang menanti Sedapnya pengat ubi teringat ingat Manakan terlawan si roti jala Ambillah berkat malam Jumaat Mengerat kasih mendapat pahala Di malam hari terasa hangat Memang enak minum air kelapa Malam ni malam Jumaat Tongkat ali jangan dilupa Dah perkena tongkat ali secawan Dicecah bersama kuih bahulu Hendak berblog,berbloglah kawan, Saya bermohon tidur dahulu. NotaKarut: Nak komen? Sila pantun jua... Hahahahahaha... Sekadar gurauan di malam Jumaat... Tak ada apa agenda pun malam ni kecuali nak buat solat hajat dan zikir lebih sikit...