Langkau ke kandungan utama

Rasanya Malam Ni Aku Tidur Luar...

"Ruang tamu ni tak pernah kemas. Kemas sikit sepah. Kemas sikit sepah balik. Zara! Bilik tu dah macam tongkang pecah! Bersepah dengan mainan." bebel si Suri

Aku dengan Zara yang tengah leka menonton tivi saling berpandangan. Aku pandang Zara. Zara pandang aku. Zara buat muka mencebik bibir kat aku.

"Zara la ni suka sepah-sepah. Kejap lagi pergi kemas bilik." balas aku menambahkan rencah bebelan suri.

"Papa la ni tak nak teman Zara kemas bilik." balas Zara pula. Bukan main lagi dia menjawab.

Kami berdua pun menyambung kembali menonton tivi. Masing-masing tak bergerak dari tempat duduk.

Memecahkan kesunyian aku pun cakap, "nak sentiasa kemas senang je. Ajak la orang datang rumah. Confirm rumah bersih."

Suri  menjeling tajam lebih tajam dari sembilu dari jauh bila aku cakap macam tu.

Aik. Aku salah cakap ke ni?

APA ITU SAKIT TENNIS ELBOW, KAEDAH RAWATAN DAN PEMULIHANNYA.

Ulasan

apekinahdotcom berkata…
Heheh dia nak mintak tolong kemas rumah sekali sebenarnya tu.
zuhdi sanusi berkata…
bab orng dtng rmh tu aku slalu rasa.,
kompom rmh kemas., haha

Catatan popular daripada blog ini

Ucapan Hari Raya Kelakar...

Koleksi Ucapan Whatapp Hari Raya 2016...  Ketupat pulut di atas para, Hendak direbus di tepi perigi, SMS dihantar pengganti kad raya, Tanda ingatan tak luput di hati. Selamat Hari Raya Aidilfitri, Mohon maaf Zahir & Batin . Kalau dilipek sebosar kuku. Kalau dibontang sebosar alam. Kok hilang dicaghi. Kok hanyut dipinteh. Kok tonggolam disolam. Datang biarla nampak muko. Kok poei biarla nampak belakang. Jauh diimbau,dokek digamit. Seuntai salam,sojambak kato. Dogup bicagho,meghisik raso. Salam Aidilfitri Maaf Zahir & Batin “Biar hati sejernih air, jgn pula dipenuhi lumpur, kalau salah saya belum berakhir, diharap diampun dgn rasa bersyukur”.”Jika budi dipenuhi ikhlas, jgn ia disulam tuba, jika ada salah yg belum dibalas, harap diampun di hariraya”. “Biar amarah disunting senyum, ibarat pekerti disulam kasih, diharap dihalal makan dan minum, ibarat rezki yg tidak disisih”. SELAMAT HARIRAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN. Mä$äk £Ã¨mäñg $àmßil bdiri, Hè...

Anda Marah? Ni Pantun Kurang Ajar.

Jalan jalan naik basikal, Naik basikal di waktu malam, Ada otak ada akal, Jangan disimpan menjadi pekasam. Pekasam buruk di goreng orang, Bau semerbak serata alam, Tutur kata ibarat parang, Tersilap kata menikam dalam. Belakang parang diasah jangan, Tajam depan tajam belakangnya, Kurang ajar apakah hukuman, Buku lima di pipi la jawabnya.

Pantun Malam Jumaat...

Ubi kayu sedap dibuat pengat Lagi sedap kalau dimasak siti Malam Jumaat datang semangat Almaklum banyak agenda sedang menanti Sedapnya pengat ubi teringat ingat Manakan terlawan si roti jala Ambillah berkat malam Jumaat Mengerat kasih mendapat pahala Di malam hari terasa hangat Memang enak minum air kelapa Malam ni malam Jumaat Tongkat ali jangan dilupa Dah perkena tongkat ali secawan Dicecah bersama kuih bahulu Hendak berblog,berbloglah kawan, Saya bermohon tidur dahulu. NotaKarut: Nak komen? Sila pantun jua... Hahahahahaha... Sekadar gurauan di malam Jumaat... Tak ada apa agenda pun malam ni kecuali nak buat solat hajat dan zikir lebih sikit...