Langkau ke kandungan utama

Resepi Donut Gebu - Belajar Semasa PKP

Banyak yang aku belajar semasa kita semua terkurung dalam tempoh PKP 2020. Antaranya donut. Nampak mudah resepinya, tapi jika tak kena cara donut tidak akan menjadi, keras dan tak sedap.

Selepas beberapa kali mencuba, aku rasa teknik dan resepi ini yang terbaik dan confirm akan menjadi.


DONUT GEBU TANPA ULI


Bahan asas donut:

1 paket yis kering

2 sudu susu pekat

1 cawan air suam ( air jangan terlalu panas @ sejuk, nanti yis akan mati atau tak diaktifkan )

1 sudu gula


- campur air suam, susu dan gula sehingga larut. Kemudian masukkan yis dan biarkan selama 10 minit. Yis akan mula mengembang sekiranya yis hidup.


Dalam tempoh menunggu yis diaktifkan, kita sediakan bahan-bahan kering.


4 cawan tepung gandum

2 sudu marjerin

1 sudu teh baking powder

1 sudu teh garam


  • satukan semua bahan kering dalam bekas
  • ramas-ramaskan semua bahan sehingga menjadi seperti serbuk roti.
  • Yis yang telah aktif dimasuk dan boleh mula menguli perlahan doh.
  • Biarkan doh selama 1/2 jam - 1 jam. Pastikan bekas ditutup. Doh akan mengembang 2 kali ganda dari saiz asal.
  • Selepas 1/2jam - 1jam, tumbuk doh untu mengeluarkan angin.
  • Bahagikan doh kepada beberapa untuk dicanai dan terap. Untuk mengelakkan doh melekat boleh taburkan tepung di atas papan canai 
  • Doh yang diterap dibiarkan rehat selama 30minit lagi untuk doh mengembang semula. Untuk mengetahui doh dah bersedia untuk digoreng boleh diuji dengan mengangkat doh- doh akan terasa ringan.
  • Goreng dengan minyak yang panas tetapi dengan api yang paling kecil. Setiap belah donut digoreng dalam tempoh 1/2minit dan tidak lebih 1 minit.


NotaKarut: Tanda, simptom, punca dan rawatan slip disc

Ulasan

Evercare Physiotherapy berkataā€¦
Terima kasih atas perkongsian

Catatan popular daripada blog ini

Ucapan Hari Raya Kelakar...

Koleksi Ucapan Whatapp Hari Raya 2016...  Ketupat pulut di atas para, Hendak direbus di tepi perigi, SMS dihantar pengganti kad raya, Tanda ingatan tak luput di hati. Selamat Hari Raya Aidilfitri, Mohon maaf Zahir & Batin . Kalau dilipek sebosar kuku. Kalau dibontang sebosar alam. Kok hilang dicaghi. Kok hanyut dipinteh. Kok tonggolam disolam. Datang biarla nampak muko. Kok poei biarla nampak belakang. Jauh diimbau,dokek digamit. Seuntai salam,sojambak kato. Dogup bicagho,meghisik raso. Salam Aidilfitri Maaf Zahir & Batin ā€œBiar hati sejernih air, jgn pula dipenuhi lumpur, kalau salah saya belum berakhir, diharap diampun dgn rasa bersyukurā€.ā€Jika budi dipenuhi ikhlas, jgn ia disulam tuba, jika ada salah yg belum dibalas, harap diampun di harirayaā€. ā€œBiar amarah disunting senyum, ibarat pekerti disulam kasih, diharap dihalal makan dan minum, ibarat rezki yg tidak disisihā€. SELAMAT HARIRAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN. MƤ$Ƥk Ā£ĆØmƤƱg $Ć mƟil bdiri, HĆØ...

Anda Marah? Ni Pantun Kurang Ajar.

Jalan jalan naik basikal, Naik basikal di waktu malam, Ada otak ada akal, Jangan disimpan menjadi pekasam. Pekasam buruk di goreng orang, Bau semerbak serata alam, Tutur kata ibarat parang, Tersilap kata menikam dalam. Belakang parang diasah jangan, Tajam depan tajam belakangnya, Kurang ajar apakah hukuman, Buku lima di pipi la jawabnya.

Pantun Malam Jumaat...

Ubi kayu sedap dibuat pengat Lagi sedap kalau dimasak siti Malam Jumaat datang semangat Almaklum banyak agenda sedang menanti Sedapnya pengat ubi teringat ingat Manakan terlawan si roti jala Ambillah berkat malam Jumaat Mengerat kasih mendapat pahala Di malam hari terasa hangat Memang enak minum air kelapa Malam ni malam Jumaat Tongkat ali jangan dilupa Dah perkena tongkat ali secawan Dicecah bersama kuih bahulu Hendak berblog,berbloglah kawan, Saya bermohon tidur dahulu. NotaKarut: Nak komen? Sila pantun jua... Hahahahahaha... Sekadar gurauan di malam Jumaat... Tak ada apa agenda pun malam ni kecuali nak buat solat hajat dan zikir lebih sikit...