Langkau ke kandungan utama

Lemang, resepi dan cara membuatnya dari mula hingga siap

Lemang adalah makan tradisi yang perlu ada setiap kali orang melayu menyambut perayaan. Namun, proses untuk membuatnya yang leceh dan renyeh, kebanyakan orang lebih rela mengeluarkan duit membelinya sahaja. Dibimbangi sekiranya budaya membeli ni berterusan, maka lambat laun akan hilanglah kemahiran membuat lemang ini dan tidak diwarisi generasi berikutnya.

Bahan-bahan untuk membuat lemang tidak banyak sebenarnya dan mudah untuk dicari. Bahan asasnya adalah beras pulut, santan dan garam. Bagi menghasilkan rasa lemak pada lemang, santan yang digunakan mestilah yang berkualiti daripada kelapa tua tidak dicampur dengan banyak air. 


Perkara yang membingungkan kebanyakkan orang yang hendak membuat lemang adalah NISBAH campuran lemang itu sendiri.


Resepi orang lama adalah kiraan nisbah berat ''gantang'' dan biji kelapa. Tetapi dengan arus pemodenan kini, nisbah kiraan ini agak membingungkan. Pada asasnya nisbah untuk membuat lemang adalah 1 gantang beras pulut memerlukan santan daripada 9-12biji kelapa. Segantang beras pulut boleh dimuatkan ke dalam 10-15 batang buluh lemang bergantung kepada saiz buluh tersebut.


Atau lebih memudahkan kiraan nisbah yang lebih mudah difahami adalah bagi setiap 1kg beras pulut sebanyak 1kg santan pekat diperlukan.


Nisbah garam pula adalah bagi setiap 3kg beras pulut, segenggam garam kasar dicampurkan. Manakala jarak tempat pembakaran yang yang dipanggil langai pula mestilah sesuai supaya lemang masak dengan sekata tanpa berkerak. 


Resepi Lemang Tradisional Sedap Asli

  1. Buluh perlu dibasuh bersih untuk menghilangkan miang buluh dan dikeringkan.
  2. Gulungan daun pisang dimasukkan ke dalam buluh. 
  3. Basuh beras pulut sebersihnya sekurang-kurang 3 kali dan kemudian direndam di dalam air sekurang-kurangnya selama 4 jam. Kemudian ditoskan airnya.
  4. Campurkan serta gaulkan santan dan beras pulut di dalam besen besar mengikut anggaran nisbah yang betul
  5. Masukkan beras pulut dan santan sehingga lebih kurang hampir penuh meninggalkan ruang sedalam 1 jari dari bahagian atas buluh sehingga habis beras pulut atau buluh.
  6. Ruas buluh yang telah dimasukkan bahan-bahan tadi kemudian diletakkan separa condong ke arah, ia mestilah dimasak dengan api yang sederhana kuat.
  7. Bagi memastikan lemang dimasak dengan betul, sekata dan tidak berkerak, buluh lemang perlu dipusing-pusingkan atau dibalik-balikan setiap 15 minit.
  8. Dalam 5 minit pertama, saya nasihatkan anda lihat lemang anda, jika nampak seolah agak kering, tuangkan sedikit santan.

Semasa menjaga api, sebaiknya carilah orang muda, supaya yang tua-tua ni tak sakit pinggang nak tunduk tunduk jaga api lemang.


Ulasan

EC berkata…
Terima kasih atas perkongsian cara-cara buat lemang.

Catatan popular daripada blog ini

Ucapan Hari Raya Kelakar...

Koleksi Ucapan Whatapp Hari Raya 2016...  Ketupat pulut di atas para, Hendak direbus di tepi perigi, SMS dihantar pengganti kad raya, Tanda ingatan tak luput di hati. Selamat Hari Raya Aidilfitri, Mohon maaf Zahir & Batin . Kalau dilipek sebosar kuku. Kalau dibontang sebosar alam. Kok hilang dicaghi. Kok hanyut dipinteh. Kok tonggolam disolam. Datang biarla nampak muko. Kok poei biarla nampak belakang. Jauh diimbau,dokek digamit. Seuntai salam,sojambak kato. Dogup bicagho,meghisik raso. Salam Aidilfitri Maaf Zahir & Batin “Biar hati sejernih air, jgn pula dipenuhi lumpur, kalau salah saya belum berakhir, diharap diampun dgn rasa bersyukur”.”Jika budi dipenuhi ikhlas, jgn ia disulam tuba, jika ada salah yg belum dibalas, harap diampun di hariraya”. “Biar amarah disunting senyum, ibarat pekerti disulam kasih, diharap dihalal makan dan minum, ibarat rezki yg tidak disisih”. SELAMAT HARIRAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN. Mä$äk £Ã¨mäñg $àmßil bdiri, Hè...

Anda Marah? Ni Pantun Kurang Ajar.

Jalan jalan naik basikal, Naik basikal di waktu malam, Ada otak ada akal, Jangan disimpan menjadi pekasam. Pekasam buruk di goreng orang, Bau semerbak serata alam, Tutur kata ibarat parang, Tersilap kata menikam dalam. Belakang parang diasah jangan, Tajam depan tajam belakangnya, Kurang ajar apakah hukuman, Buku lima di pipi la jawabnya.

Pantun Malam Jumaat...

Ubi kayu sedap dibuat pengat Lagi sedap kalau dimasak siti Malam Jumaat datang semangat Almaklum banyak agenda sedang menanti Sedapnya pengat ubi teringat ingat Manakan terlawan si roti jala Ambillah berkat malam Jumaat Mengerat kasih mendapat pahala Di malam hari terasa hangat Memang enak minum air kelapa Malam ni malam Jumaat Tongkat ali jangan dilupa Dah perkena tongkat ali secawan Dicecah bersama kuih bahulu Hendak berblog,berbloglah kawan, Saya bermohon tidur dahulu. NotaKarut: Nak komen? Sila pantun jua... Hahahahahaha... Sekadar gurauan di malam Jumaat... Tak ada apa agenda pun malam ni kecuali nak buat solat hajat dan zikir lebih sikit...