Langkau ke kandungan utama

RESEPI AIR JANDA PULANG RESEPI NOGORI SEMBILAN

Amaran: Jangan beritahu isteri anda nama Air ini jika hendak selamat dunia dan akhirat. 

RESEPI AIR JANDA PULANG RESEPI NOGORI SEMBILAN

- Gula enau seketul (kalau boleh dapatkan original dari Negeri Sembilan )

- Daun pandan 3  helai

- Air kelapa muda dan isi sebiji

- Buah beluluk/buah nau

- Ais kiub

Cara-caranya

  1. Masak seketul gula enau dengan sedikit air dan daun pandan untuk menaikkan bau air gula. Kalau nak tambah manis lagi boleh letak gula pasir tapi sekiranya sayang kaki boleh la elakkan.
  2. Masukkan ais kiub ke dalam jug air
  3. Tuang air gula tadi secukup rasa pokok dek kau la..
  4. Masukkan buah keluluk/nau & isi kelapa muda
  5. Masukkan air kelapa muda perlahan2..
  6. Kacau perlahan-lahan supaya sebati, dan jangan kau kacau janda pulak, confirm hidup kau tak tenang nanti.
  7. Tuang dalam gelas

Ingat! Jangan beritahu isteri anda nama air ini...

Sakit pinggang kau kena smackdown, acik tak tau.

Ulasan

EC berkata…
Bahaya sungguh la nama resei ni...
Laki mana tak minat janda wei...
Kawan Mengarut berkata…
Seram nama dia.

Catatan popular daripada blog ini

Anda Marah? Ni Pantun Kurang Ajar.

Jalan jalan naik basikal, Naik basikal di waktu malam, Ada otak ada akal, Jangan disimpan menjadi pekasam. Pekasam buruk di goreng orang, Bau semerbak serata alam, Tutur kata ibarat parang, Tersilap kata menikam dalam. Belakang parang diasah jangan, Tajam depan tajam belakangnya, Kurang ajar apakah hukuman, Buku lima di pipi la jawabnya.

Pantun Malam Jumaat...

Ubi kayu sedap dibuat pengat Lagi sedap kalau dimasak siti Malam Jumaat datang semangat Almaklum banyak agenda sedang menanti Sedapnya pengat ubi teringat ingat Manakan terlawan si roti jala Ambillah berkat malam Jumaat Mengerat kasih mendapat pahala Di malam hari terasa hangat Memang enak minum air kelapa Malam ni malam Jumaat Tongkat ali jangan dilupa Dah perkena tongkat ali secawan Dicecah bersama kuih bahulu Hendak berblog,berbloglah kawan, Saya bermohon tidur dahulu. NotaKarut: Nak komen? Sila pantun jua... Hahahahahaha... Sekadar gurauan di malam Jumaat... Tak ada apa agenda pun malam ni kecuali nak buat solat hajat dan zikir lebih sikit...

Pantun Seloka Selamat Malam

Pantun Seloka Selamat Malam Jangan sesekali menjadi lalang, Takut takut dibuang orang, Siang penat membanting tulang, Malam waktu melurus pinggang. Sedap sedap si ikan keli, Sedap lagi ikan siakap, Nak berpuisi terasa geli, Hanya ini mampu terucap. Pantun sudah, seloka pun sudah, Lepas ni tak tau apa pulak dah, Sebelum tidur jangan lupa Syahadah, Takut takut esok tak sempat dah.... Pantun Selamat Malam Lucu Pantun Selamat Malam Lawak RAWATAN SAKIT LUTUT. PEMULIHAN TOTAL KNEE REPLACEMENT (TKR)