Langkau ke kandungan utama

LAW OF THE GARBAGE TRUCK

As salam...


Satu hari, saya naik kereta kawan untuk pergi meeting. Tengah dalam perjalanan tu, tiba-tiba ada kereta Myvi hitam potong kami dari kiri dan membelok ke kanan tanpa beri signal pun. Nyaris-nyaris terlanggar kereta tersebut.


Nasib baik kawan saya ni sempat brake. Tapi yang peliknye, driver Myvi pulak yang berhenti tepi jalan tekan horn berkali kali, keluarkan kepala dari tingkap. Sambil maki hamun macam orang gila pada member saya ni. Siap tunjuk isyarat lucah lagi.


Member saya sorang ni rilex je, senyum dan angkat tangan kemudian dan teruskan perjalanan. 


Saya tanya beliau, “Ko tak rasa panas ke? Bro tadi tu duk maki-maki, padahal dia yang salah. Kalau kau ajak tadi, aku turun sekali dan balun budak tu. Kita dua-dua fighter kan, ape nak takut?”


Dia pusing pada saya, senyum dan cakap. "Kau pernah dengar tak 'Law of The Garbage Truck'?"


Hahahaha, ko nak merepek apa pulak ni? Mana ada 'Law of Garbage Truck', saya kata.


Beliau senyum dan teruskan. "Macam ni bro, ada sesetengah orang atas dunia ni, dia macam Lori Sampah. Hidup dia seharian dia asyik kutip sampah, kutip sampah, kutip sampah, dari pagi sampai ke malam. 


Sampai masa, lori dia penuh. Bila lori penuh, dia dah tak boleh nak kutip lagi dah sampah baru. Jadi dia akan cari tempat untuk buang dan longgokkan sampah-sampah dia tu.


Dan kadang-kadang, kau @ tempat kau akan dia jadi tempat longgok sampah dia.


Dan kau jangan take it personally. Kau just senyum, dan tutup diri kau. Supaya sampah dia tak masuk dalam kau. Kalau kau terima sampah dia, kau akan jadi tong sampah dan sama macam dia.


Now, you see. Hidup kita seharian, kita selalu jumpa orang-orang macam ni kan? Selalu nak marah, nak maki, nak pukul orang dan mcm2 nak. Tak ada pasal pun kadang-kadang nak mengamuk.


Kadang-kadang orang-orang ni adalah orang terdekat kita. Family kita, suami kita, anak kita, kawan-kawan kerja, bos kita, lecturer atau cikgu kita.


Don’t take it personally. Just faham, yang mereka telah kutip terlalu banyak perkara negatif seharian dalam hidup mereka. Dan mereka perlu tempat untuk humban sampah-sampah mereka, itu saja.


Anda cuma perlu senyum, dan tutup diri supaya sampah mereka tak masuk dalam anda.


Kalau anda beri mereka peluang untuk masukkan sampah mereka dalam anda, kini anda dah jadi tong sampah, sama seperti mereka. Eventually tong anda akan penuh dan anda pula terpaksa buang sampah anda pada orang lain.


Sebab tu hari ini terlalu banyak orang yang suka buat posting kecam sana, kecam sini, comment, maki orang sana, maki orang sini. Hina semua orang macam dia sorang je suci. Perli memerli dan sebagainya.


Kenapa? Kerana, bila mereka boleh buang sampah mereka pada orang lain, mereka rasa lapang sikit sebab lori dah kosong.


Dan sedihnya, ramai orang. Terlalu ramai orang yang buang sampah mereka pada orang-orang yang mereka sayang. Berapa ramai kita jumpa ayah dan ibu yang balik kerja penat, stress, mereka lepaskan penat dan stress mereka pada anak-anak? Ramai kan?


Berapa ramai bos, cikgu atau lecturer yang ada masalah dalam rumahtangga mereka. Mereka bawa masalah mereka ke tempat kerja, dan lepaskan sampah mereka pada pekerja, anak murid mereka? Ramai kan?


Agaknya apa yang akan jadi pada anak-anak, pekerja dan murid ni? Lama-lama tong mereka juga akan penuh, dan mereka akan buang sampah mereka pada orang lain.


Kerana itulah saya rasa semua orang perlu belajar ilmu untuk jadi orang yang bertenang, rasa aman damai, take control of our own feelings.


Perasaan orang pada kita, kita tak boleh kawal. Tapi perasaan kita pada diri kita. Itu 100% dalam kawalan kita. Kita boleh kawal sepenuh nya. Itu sepenuhnya dalam kuasa kita.


Kalau kita mula bagi kuasa untuk orang lain kawal perasaan kita, itulah satu bentuk penghambaan paling sadis. Jangan biarkan kata-kata orang, perbuatan orang, beri kesan pada inner peace anda.


Saya dah menjadi lori sampah all my life. Dari dulu selalu marah-marah, selalu mengamuk, selalu baran. Dan ia menyakitkan semua orang yang saya sayang. Alhamdulillah, mereka semua sabar, dan berkat sabar itu saya kini faham The Law Of Garbage Truck.


Dapat sesuatu? Jangan jadi sampah, dan tempat untuk orang buang sampah. Jangan jadi batu api menyemarakkan sampah yang terbakar. Hiasi taman hati dgn bunga2 yg harum dan cantik.


Wallahualam

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

HISAP ZAKAR SANGAT BAGUS UNTUK KESIHATAN...

HISAP ZAKAR SANGAT BAGUS UNTUK KESIHATAN. JOM RAMAI2 HISAP ZAKAR... MAAF INI BUKAN PORNO: Tapi untuk kesihatan terutama buat IBU-IBU@ISTERI. Manfaat menghisap ZAKAR (Titit/Penis). 1. Menghisap zakar boleh menjaga keseimbangan Sistem KARDIOVASKULAR. Ketika Anda menghisap zakar pasangan dalam waktu yang lama, Degupan Jatung boleh meningkat hingga 110 per minit. Ini boleh menjadi latihan yang bagus untuk kesihatan Jantung.  2. Menghisap zakar pun boleh membuat Berat Badan Anda tetap stabil atau bahkan Berkurang. Hal ini disebabkan, menghisap zakar selama 5 minit dapat membakar 12 KALORI.         3. Menghisap zakar juga dapat Mencegah Penghasilan Hormon STRESS, GLUKOKORTIKOID. Hormon inilah yang menyebabkan Tekanan Darah Tinggi, lemah otot dan INSOMNIA.         4. Inginkan wajah kekal muda?          Jika begitu, jangan ragu untuk lebih kerap menghisap zakar. Dengan memegang zakar, lebih daripada 30 otot w...

Anda Marah? Ni Pantun Kurang Ajar.

100+ Koleksi Pantun Kurang Ajar & Sindiran Pedas (Edisi Sentap 2026) Dalam dunia media sosial hari ini, pantun kurang ajar atau lebih dikenali sebagai pantun sentap menjadi cara unik untuk meluahkan perasaan. Sama ada untuk menyindir kawan yang 'lupa diri' atau membalas kata-kata musuh, penggunaan pantun melayu yang berbisa tetap mempunyai seninya yang tersendiri. Koleksi di bawah dihimpunkan khas untuk anda yang mencari idea kapsyen TikTok, status WhatsApp, atau sekadar hiburan santai. Ingat, pantun ini hanyalah sekadar gurauan kasar dan tidak bermaksud untuk menghina sesiapa secara melampau. Koleksi Pantun Kurang Ajar Klasik Pantun-pantun di bawah merupakan koleksi asal yang popular sejak 2014, membuktikan bahawa seni sindiran ini tidak ditelan zaman. Jalan jalan naik basikal, Naik basikal di waktu malam, Ada otak ada akal, Jangan disimpan menjadi pekasam. Pekasam buru...

Pantun Seloka Selamat Malam

50+ Koleksi Pantun Selamat Malam Terbaik 2026: Romantis, Lucu & Bermakna Mengucapkan selamat malam bukan sekadar rutin harian, tetapi ia merupakan cara paling santun untuk menutup hari dengan emosi yang positif. Di Malaysia, penggunaan pantun selamat malam tetap menjadi pilihan utama untuk dihantar melalui WhatsApp, Telegram, atau dijadikan kapsyen media sosial yang unik. Sama ada anda ingin mengusik rakan baik, menunjukkan kasih sayang kepada pasangan, atau sekadar memberi nasihat sebelum melelapkan mata, koleksi pantun Melayu klasik dan moden ini pasti akan menceriakan malam sesiapa sahaja yang menerimanya. 1. Pantun Selamat Malam Romantis (Buat Pasangan) Gunakan kategori ini untuk si dia yang tersayang agar tidurnya lebih lena dan dihiasi mimpi indah. Bunga melati harum mewangi, Dipetik satu di tepi taman; Selamat malam duhai bidadari, Hadirmu indah dalam impian. Indah cah...