Langkau ke kandungan utama

16 Contoh Ucapan Selamat Hari Guru 2024

Contoh Ucapan Hari Guru 1

Selama Hari Guru, Cikgu! Jasa guru tidak ternilai harganya. Guru ibarat lilin yang menerangi sekitarnya. Terima kasih kami ucapkan kerana mendidik kami dengan sabar.

 

Contoh Ucapan Hari Guru 2

Selamat Hari Guru, Cikgu!. Maafkan segala kesalahan kami sepanjang menjadi anak muridmu. Semoga cikgu terus berkhidmat dan diberkati olehNya.

 

Contoh Ucapan Hari Guru 3

Dikesempatan ini, saya ingin menzahirkan ucapan Selamat Hari Guru kepada seluruh warga pendidik, Terima Kasih Cikgu! Teruskan memberi inspirasi kepada anak bangsa dan pendidikan yang terbaik untuk semua.


Contoh Ucapan Hari Guru 4

Guruku,
Kau mengajariku pelbagai ilmu,
Kau memberiku nasihat setiap waktu,
Guruku kau ibarat ayah bondaku,
Guruku kau jangan lelah mendidikku,
Ajari aku tentang Rasulku,
Ajari aku tentang perilaku,
Guruku, jasamu akan ku ingat selalu,
Terima kasih guruku.

 

Contoh Ucapan Hari Guru 5

Selamat Hari Guru untuk semua guru yang kami sayangi. Untuk kalian yang banyak berjasa. Pengorbanan kalian amat kami muliakan. Teruskan mendidik anak bangsa dan menjadi pelita yang sentiasa menyala.

  

Contoh Ucapan Hari Guru 6

Jasa dan bakti Cikgu akan dikenang selalu. Minta halalkan segala ilmu yang telah diberikan. Semoga Allah sahaja mampu membalas segala keringat dan bakti Cikgu

 

Contoh Ucapan Hari Guru 7

Orang hebat boleh melahirkan karya bermutu. Akan tetapi, guru bermutu boleh melahirkan ribuan orang hebat. Selamat Hari Guru Tahun 2024


Contoh Ucapan Hari Guru 8

Selamat Hari Guru kepada semua guru-guru ku.
Semoga guru-guru ku dikurniakan kesihatan berpanjangan, sentiasa dilimpahkan rezeki, dipermudahkan semua urusan di dunia dan akhirat.

Selamat Hari Guru kepada semua warga pendidik.

  

Contoh Ucapan Hari Guru 9

Guru,
Kau umpama ilin yang menerangi kegelapan,
Setiap peluh dan lelah yang engkau curahkan,
Terlahirnya insan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara

 

Contoh Ucapan Hari Guru 10

“Kaulah pelita hidu bagi kami semua menuju jalan ke arah benar. Penuh ikhlas dan tulis membimbing dan mengajar untuk memastikan kami berjaya” TERIMA KASIH CIKGU

 

Contoh Ucapan Hari Guru 11

Selamat Hari Guru. Semoga semua ilmu yang cikgu berikan menjadi pahala yang mengalir tanpa henti.

 

Contoh Ucapan Hari Guru 12

Selamat Hari Guru.
Anda adalah percikan, inspirasi, buku panduan, lilin dalam hidup saya. Saya sangat bersyukur bahawa anda adalah guru saya.

 

Contoh Ucapan Hari Guru 13

Selamat Hari Guru! Terima kasih atas kesabaran, kebaikan dan dedikasi anda yang tiada henti.

 

Contoh Ucapan Hari Guru 14

Semoga engkau ikhlas selalu memberikan ilmu tanpa jemu. Semoga Allah membalas jasmu membimbing kami menjadi orang berilmu. Selamat Hari Guru!

 

Contoh Ucapan Hari Guru 15

Tiada wang tinggit, intan permata yang mampu menggantikan jasa guru sekalian. Hanya ucapan penuh ikhlas seadanya yang mampu kami layarkan. Selamat Hari Guru!

 

Contoh Ucapan Hari Guru 16

Guru,
Dalam ajarannya ada harapan,
Dalam tegurannya ada doa,
Dalam marahnya ada sayang,
Dalam diamnya ada kebijaksanaan,
Dalam tangannya ada sahsiah terbina.

SELAMAT HARI GURU, TERIMA KASIH CIKGU!

 

Ulasan

Warisan Petani berkata…
Selamat hari guru