Langkau ke kandungan utama

Umur Enam Tahun Masuk Sekolah: Atas Kertas Nampak Indah

Secara logiknya mudah saja. Bila kerajaan umumkan bahawa kanak-kanak enam tahun boleh mula masuk sekolah, kebanyakan ibu bapa memang akan rasa gembira.

Tak perlu sentuh soal akademik dulu. Kos sara hidup sekarang tinggi. Hantar anak ke taska, Montessori atau tadika swasta bukan murah. Untuk seorang anak, penjimatan sebulan boleh mencecah ratusan ringgit, malah ada yang sampai ribuan. Jadi bila wujud pilihan sekolah kerajaan, reaksi awal ramai ibu bapa memang rasa lega.

Itu cerita di atas kertas.

Bila masuk ke realiti di lapangan, mula timbul persoalan. Soalan yang biasa-biasa sahaja. Bukan melawan, bukan membantah. Tapi lumrah, bila ada ibu bapa bertanya atau mengkritik sedikit, terus dilabel macam-macam.

Katanya cerewet. Tak pandang jauh. Tak faham hala tuju pendidikan.

Kemudian muncullah hujah-hujah besar:

“Kita kena ikut piawaian global.”
“OECD dah lama buat.”
“Negara-negara EU semua dah mula umur enam tahun.”
“Minda kena ke depan.”

Cuma “minda yang ke depan” itu sendiri kadang-kadang tak begitu jelas.

Sebab kebanyakan ibu bapa yang bertanya ini bukan menolak dasar tersebut. Mereka cuma mahu faham — bila kita bandingkan dengan OECD dan EU, sebenarnya kita bandingkan bahagian yang mana?

Adakah sekadar umur kemasukan ke sekolah, atau keseluruhan sistem yang menyokong keputusan itu?

Kalau mahu menggunakan hujah “piawaian global”, secara logiknya kita juga perlu melihat keseluruhan gambaran. Saiz kelas bagaimana. Nisbah murid dengan guru bagaimana. Realiti sekolah di bandar dan luar bandar bagaimana. Tak boleh ambil satu komponen sahaja, kemudian mengharapkan hasil yang sama.

Sebab itu, untuk memurnikan perbincangan — dan mengelakkan budaya label-melabel — kenapa ramai yang skeptikal dengan pengumuman semalam, ada dua rajah yang wajar dikongsi.

Rajah 1: Saiz Kelas Sekolah Rendah (Kemasukan Umur 6 Tahun)
Rajah ini membandingkan purata saiz kelas sekolah rendah bagi beberapa sistem pendidikan OECD dan Kesatuan Eropah dengan Malaysia, termasuk perbezaan antara purata nasional dan kawasan bandar.

Rajah 2: Nisbah Murid kepada Guru (Pendidikan Sekolah Rendah)
Rajah ini menunjukkan nisbah murid kepada guru di sekolah rendah merentasi beberapa sistem OECD dan Kesatuan Eropah, serta perbandingan dengan purata nasional dan kawasan bandar di Malaysia.

Tujuannya sekadar meletakkan konteks. Supaya bila orang sebut OECD, EU, piawaian global atau “minda ke depan”, perbincangan itu berpijak atas realiti, bukan sekadar slogan.

Melainkan, secara ajaib, KPM mampu menambah bilangan kelas, sekolah, atau sekurang-kurangnya guru sehingga setara dengan negara-negara yang sering dijadikan model perbandingan ini.

Yang faham, akan faham.
Yang selebihnya, masing-masing boleh menilai sendiri.

Sekian.


NotaKarut: Ini belum lagi masuk isu silibus. Kalau nak tiru mereka, adakah kanak-kanak enam tahun di sini juga akan melalui silibus berasaskan permainan seperti di negara tersebut, atau kekal dengan pendekatan 3M seperti sekarang? Yang itu pun satu lagi cerita — dan satu lagi pening kepala.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

HISAP ZAKAR SANGAT BAGUS UNTUK KESIHATAN...

HISAP ZAKAR SANGAT BAGUS UNTUK KESIHATAN. JOM RAMAI2 HISAP ZAKAR... MAAF INI BUKAN PORNO: Tapi untuk kesihatan terutama buat IBU-IBU@ISTERI. Manfaat menghisap ZAKAR (Titit/Penis). 1. Menghisap zakar boleh menjaga keseimbangan Sistem KARDIOVASKULAR. Ketika Anda menghisap zakar pasangan dalam waktu yang lama, Degupan Jatung boleh meningkat hingga 110 per minit. Ini boleh menjadi latihan yang bagus untuk kesihatan Jantung.  2. Menghisap zakar pun boleh membuat Berat Badan Anda tetap stabil atau bahkan Berkurang. Hal ini disebabkan, menghisap zakar selama 5 minit dapat membakar 12 KALORI.         3. Menghisap zakar juga dapat Mencegah Penghasilan Hormon STRESS, GLUKOKORTIKOID. Hormon inilah yang menyebabkan Tekanan Darah Tinggi, lemah otot dan INSOMNIA.         4. Inginkan wajah kekal muda?          Jika begitu, jangan ragu untuk lebih kerap menghisap zakar. Dengan memegang zakar, lebih daripada 30 otot w...

Anda Marah? Ni Pantun Kurang Ajar.

100+ Koleksi Pantun Kurang Ajar & Sindiran Pedas (Edisi Sentap 2026) Dalam dunia media sosial hari ini, pantun kurang ajar atau lebih dikenali sebagai pantun sentap menjadi cara unik untuk meluahkan perasaan. Sama ada untuk menyindir kawan yang 'lupa diri' atau membalas kata-kata musuh, penggunaan pantun melayu yang berbisa tetap mempunyai seninya yang tersendiri. Koleksi di bawah dihimpunkan khas untuk anda yang mencari idea kapsyen TikTok, status WhatsApp, atau sekadar hiburan santai. Ingat, pantun ini hanyalah sekadar gurauan kasar dan tidak bermaksud untuk menghina sesiapa secara melampau. Koleksi Pantun Kurang Ajar Klasik Pantun-pantun di bawah merupakan koleksi asal yang popular sejak 2014, membuktikan bahawa seni sindiran ini tidak ditelan zaman. Jalan jalan naik basikal, Naik basikal di waktu malam, Ada otak ada akal, Jangan disimpan menjadi pekasam. Pekasam buru...

Ucapan Hari Raya Kelakar...

Pantun Klasik Ketupat pulut di atas para, Hendak direbus di tepi perigi, SMS dihantar pengganti kad raya, Tanda ingatan tak luput di hati. Selamat Hari Raya Aidilfitri, Mohon maaf Zahir & Batin. Dialek Nogori Kalau dilipek sebosar kuku. Kalau dibontang sebosar alam. Kok hilang dicaghi. Kok hanyut dipinteh. Kok tonggolam disolam. Datang biarla nampak muko. Kok poei biarla nampak belakang. Jauh diimbau, dokek digamit. Seuntai salam, sojambak kato. Dogup bicagho, meghisik raso. Salam Aidilfitri Maaf Zahir & Batin Gaya Nostalgia SMS Mä$äk £èmäñg $àmßil bdiri, Hèndäk makäñ di Aidifitri, Nàk häñtär käd räyä posmén däh cuti, SMS sahäjä dpt ku bèri. Bùkän lùpä trädi$ì täpì ìkùt tèknøløgi térkiñi yg ädæ d ùjùñg järi. SELÄMÄT HÄRI RÄYÄ ÄIDI£FITRI MAÄF ZÄHIR BÄTiN... Humor / Operator BiLe RaYa LiNe Bz GiLa, MaSa Tu MaKi Pun x GuNa, MaXis, CeLcoM, DiGi SuMenYa SaMa, OrG BiJa...