Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Pantun Ucapan

Pantun Malam Jumaat

Pantun Malam Jumaat Malam ini malam jumaat... Ibu2 nak kena ingat... Bapak2 siang dah penat... Malam jumaat bapak nak rehat... Anak2 janganlah bising... Bapak penat ..hati pun runsing... Siang hari dah macam gasing... Darah naik ..kepala pun pening... Ibu2 carikan ubat... Agar bapak segera dirawat.. sakit pinggang dan sakit urat... Ambil segelas air.. Bismillah Selawat... Ibu2 yang baik hati... Urutlah badan sampai ke kaki... Kalau memang sayang kan laki... Jangan mengelak..alasan dicari. Kena urut ..bapak pun segar... Badan lesu..segar bugar. Mata pejam..pintu di langgar... Pujuklah tidur..di dalam gebar... Pagi subuh bapak pun bangun... Bapak bangun tersenyum2... Wajib mandi jangan tayamum... Dirikn solat..isteri jadi makmum... Lepas solat bapak berdoa... Panjangkn umur..nak tambah dua... Ibu pun amin..dia tak dengar... Tambah rezeki...tambah semua...

Anda Marah? Ni Pantun Kurang Ajar.

Jalan jalan naik basikal, Naik basikal di waktu malam, Ada otak ada akal, Jangan disimpan menjadi pekasam. Pekasam buruk di goreng orang, Bau semerbak serata alam, Tutur kata ibarat parang, Tersilap kata menikam dalam. Belakang parang diasah jangan, Tajam depan tajam belakangnya, Kurang ajar apakah hukuman, Buku lima di pipi la jawabnya.

Pantun Hujung Tahun.

Tahun baru bakal menjelang, Saat semalam merangkak perlahan, Peristiwa pahit manis dikenang, Tersemat longgar di kotak ingatan. Idea datang bertalu talu, Jari menari mengikut rentak, Pena tajam bagai sembilu, Menusuk kalbu mual menjelak. Otak diperah bagaikan santan, Lenggok bahasa macam sasterawan, Sindir tidak mengata pun bukan, Cerita lawak mengukir senyuman. Mungkin ini akhir kalam karut, Bukan merajuk membawa badan, Otak dah penat nak mengarut, Jumpa lagi di tahun depan.

Pantun Selamat Malam Jumaat.

Pantun Selamat Malam Jumaat. Penat sungguh otak berfikir Senang senang orang datang curi Malam Jumaat ingat nak berdikir Tapi sayang tak dilayan suri Kiasan karut tak difaham orang Hanya jauhari yang mengenal manikam Malam Jumaat paling dinanti orang Tengok seksinya suri rasa nak terkam Senyum si kambing cantik berseri Telur tergantung Digelak buntal Suri sibuk mengurus Puteri Makan hati peluk la bantal... NotaKarut: Kalau ada gak yang copy entry ni, aku tak tau la nak kata apa...

Selamat Malam - Pantun.

Pecah kaca pecah pinggan... Terkena pula beg bonia... tukang karut tak menang tangan... Sibuk mengurus urusan dunia... Pahit pahit petai dibuat ulam... Manakan sama dengan pahitnya jering... Sesudah siang datangnya malam... Apa ditunggu, jom la kita pi baring...

Pantun selamat malam tak siap...

Hujan turun mencurah curah Bagai awan sepenuh lautan Apa lagi nak dikeluh kesah Marilah kita 'membunuh syaitan' Sejuk sejuk di malam hari Terasa hingga ke hujung tulang Hajat di hati ingin beradu Petir pula berdentum silang menyilang Otak beku! K. Tu je... Babai... Published with Blogger-droid v2.0.9

Raya AidilFitri 2012

Cerita Bergambar raya aildilfitri 2012 tukang karut... NotaKarut: Walaupun dah 2 minggu raya berlalu, baru terasa rajin nak upload gambar... Hahahahaha... Ada aku kesah? Raya haji pun dah dekat apa...

Taktik Nak Mengelak Dari Memberi Duit Raya...

Hai... Hari ni hari Isnin berkerja yang pertama selepas bercuti panjang... Dah tentu mood kerja ke laut... Dah... Jangan nak menipu... Confirm mood semua orang ke laut la... Atau hanya aku sahaja???? Raya ni untuk budak budak je... Betul tak? Untuk orang yang dah tua macam aku ni... Hukhukhukhuk... Tua nya aku ni? Hanya mampu berseronok bila melihat budak budak berseronok meraikan hari raya... Salah satu cara nak melihat keseronokan dan kemeriahan hari raya tu bila sampul berisi kertas bertukar tangan... Melihat budak budak beratur menunggu giliran bersalaman kaut mengaut... Melihat muka muka yang naif membuka sampul berisi... Ada yang berisi sehelai biru... Ada yang dua... Ada yang 3... Ada yang hijau, merah, dan yang terbaharu oren... Dan jarang jarang ada yang biru kundang... Ada yang tersenyum... Ada yang melompat... Ada yang terus di serah kepada makbapak... Tapi dengan aku... Kalau nak duit raya dengan aku... Aku paksa beratur panjang d

Anak Muda Zaman Sekarang... Isk... Isk... Isk...

Hai... Perbualan ini terhasil akibat pengaruh iklan RAYA Ribena... Makcik: ekau buek air apo tu ngah? Kalau setakat air oren, baik tak yah kuarkan la... TK: Acik nak air apo? Makcik: Kuarkan la air cam kat iklan tv tu ha... TK: Ha? Iklan? Air? Raya? Makcik: Ekau ni tak nengok tb ko? Tu la... Yang Sharifah Shahera dongan fauziah nawi ngan marlia gebu tu laaaaa.... Air apo tu... Ribena... Baru la ado class... TK: ooooooooo... Tak do... Kodai tutop... Rayo... Makcik: Dah tu? Air apo ado? Coke? Pepsi? Ado ko? TK: Tu pun tak ado... Kilang coke melotop kono mercun... Makcik: Abis tu? Kojo eh handal... Gaji ribu ribu... Tak kan air oren jo...Air apo ko buek? TK: Air ni special punya... Tak ado tompek lain... Air PAIPBESI... Sambil berlalu dwngan hidung kembang.... Sila baca dalam satu nafas dan nahu bunyinya seakan akan pepsi... NotaKarut: Horeyyyyy... Sampai jua di USJ... owh... Tilam ku... Rumah ku... Toilet ku... Owh... Perut ku dah lama kesebuan gara gara terlebih isi dan tak

Raya Punya Pasal...

Hai... Raya punya pasal... Jalan RAYA, lebuhRAYA tetap sesak... Tak kira siang ataupun malam... Raya punya pasal... Selagi barang dinamakan RAYA, confirm laku perhabis... Raya punya pasal... Duit dalam bank terasa macam meloncat loncat je nak keluar... Ada je nk dibeli... Ada la 3angka untuk teruskan hidup lepas raya ni... Tu pun segan segan je nak jadi 2angka... Raya punya pasal... Dompet dah jadi makin tipis... Kalau gemuk pun, sebab letak tisu... Nak berlagak dengan sepupu sedara mara... Raya punya pasal... Makan tak ingat dunia... Sana lantak sini baham sinun telan... Puasa kurang sekilo raya punya pasal 5kilo itu badan membelon naik! Raya punya pasal... Blog terbiar... Trafik hancur... Tapi tetiba pulak terlekat 2BE... Isk... Saja je tau en. Nuffnang ni... NotaKarut: Ok... Aku masih lagi beraya... Hohoho... Babai... Published with Blogger-droid v2.0.6

Sesudah Ramadhan...

Salam dan hai semua... Hai... Masih ada orangkah di dunia maya ini? Masih sempat lagi mengupdate sementara puan suri bersolek untuk balik kampung owh oho balik kampung... Hati terasa sayu yang sebenarnya cemburu bila membaca post post blog, fb kawan kawan yang dah pun berada di kampung... Tak... Ini giliran aku pulak yang nak memenuhkan lebuhrRAYA, dan jalanRAYA biar sampai sesak RAYA di balaiRAYA sampai kepala jabatankerjaRAYA pening... Ok... Termengarut sudah... Di kesempatan ini, saya, tukang karut a.k.a TK mengucapkan selamat hari raya dan maaf jika ada kesalahan... Published with Blogger-droid v2.0.6

Menari Nari Di Atas Jalan Raya...

Hai... Hohoho... Bila orang sudah bercuti raya... Jalan raya pun jadi lengang... Jalan bangsar yang tak pernah tak jem pun tak ada kereta sangat... Sampai boleh menari tari raya... Hari ni tercongok di pejabat... Ntah apa nak di buat... Nak kerja memang tak rajin la... Macam la sebelum ni agak rajin?

Raya Datang Lagi...

Hai... Di minggu akhir berpuasa ni... Pantang nampak perkataan raya... Habis semuanya nak di"raya"kan... Kalau boleh semua barang yang ada perkataan raya tu... Semuanya nak dibeli orang... Baju raya la... Ini opkos la kan... Seluar raya... Ini mesti ma... Kalau dah ada baju raya tak ada seluar macam diibaratkan makan nasi tapi tak ada kuah gulai ikan masin campur nenas... Kalau yang ada duit terlebih sikit tu mula la tukar langsir raya... Tukar kereta raya... Beli sofa raya... Ye la... Nak menunjuk dekat orang yang nak datang bertandang nanti kan... Baru la ada class ko jah!  Nasib baik tak ada bini raya baru... Hukhukhuk... Silap silap kalau batu pun dicat cantik cantik... lepas tu dinamakan "batu raya"... Jual pulak lelong 3 RM 10... Aku rasa, itu pun orang beli jugak! NotaKarut: Mood raya aku tak ada lagi sebab hanya menumpu beli beli barang baby...

Raya Je Semua Pun Kena Tukar Baru?

HikHikHikHik... Hai... Nak raya ni... Semuanya nak baru... Sofa nak baru... TV nak baru... Meja makan nak baru... Langsir baru... Baju baru... Serba serbi la nak baru... Aku pun terjebak dah ni... Perkenalkan Samsung S3 yang baru menjadi hakmilik... Babai HTC Desire HD... Nasib baik isteri je yang tak boleh nak diperbaharui... HikHikHikHik... NotaKarut: Jangan lupa Ikuti perlawanan separuh akhir badminton beregu lelaki Olimpik 2012, Malaysia (Koo Kien Keat & Tan Boon Heong) melawan China (Fu Haifeng & Cai Yun ) pada jam 4.00petang (waktu malaysia) di TV2...

Raya Ditangguhkan???

Wahai anak anak buah sekalian... Wahai sepupu sepupu aku yang kecik kecik sekalian... Wahai Suriku sayang... Dengan ini hamba istiharkan... Raya tahun ditangguhkan sehingga tahun hadapan... Ini kerana tahun ini tak cukup bajet lak... Servis kereta dah terlebih bajet... Oleh kerana itu, Bajet raya telah dibekukan sementara,,, Dibekukan pulak dalam peti sejuk! Sekian terima kasih... NotaKarut: Hari ni cuti... Nak servis kereta... Petang ni pulak nak teman suri pi checkup... Owh... Duit lagi...

Bila Tukang Karut Nak Ucap Selamat Malam...

Assalamualaikum... Kum apa? Kombet... Bet apa? Betman... Men apa? Mentol.. Tol Apa? Tol hangguk ko... Ada katil ada tilam... Ada siang ada malam... Dah penat bagi salam... Sampai sekarang tak ada sambutan Jawap soalan jawap salam... Assalamualaikum waalaikumussalam... Jangan marah jangan geram... Tukang Karut nak ucap Selamat Malam ... NotaKarut: Aku sedih... Traffic yang selalu ke sini dah kurang angkara TERtukar link.... Sob Sob Sob...

Sajak Kadang Kadang...

Hai... Kadang kadang aku berfikir... Sampai bila aku harus menulis begini? Membuatkan aku terfikir... Adakah kamu suka aku menulis begini? Kadang kadang aku berfikir... Apakah kamu mendapat manfaat dari penulisan aku... Membuatkan aku berfikir... Apakah perlu aku menulis sesuatu yang berilmu tapi bosan? Kadang kadang aku berfikir... Apa yang kamu cari di sini... Membuatkan aku berfikir... Mungkin kamu hanya ingin berseronok... NotaKarut: Malam ini malam yang sungguh panas... Fuhhh!

Selamat Pagi.

Hai... Selamat pagi malaysia... Guten morgen... Lama dah tak berbahasa German ni... Wie geht es Ihnen?  Errr... Tetiba rasa ada "connection lost" ddalam otak pulak... Dah la... Itu je... Tschüss! Bis später!  NotaKarut: Hari ni nak pi rantau panjang lak... Nak ukur panjang manakah rantau panjang tu! Ada pesanan dari si suri, nak tudung bawal katanya... Ehem... Tudung bawal tak reti la ambo nak belikan... Kalau ikan bawal masak kicap tau la ambo nak masakkan...

Pantun Malam Jumaat...

Ubi kayu sedap dibuat pengat Lagi sedap kalau dimasak siti Malam Jumaat datang semangat Almaklum banyak agenda sedang menanti Sedapnya pengat ubi teringat ingat Manakan terlawan si roti jala Ambillah berkat malam Jumaat Mengerat kasih mendapat pahala Di malam hari terasa hangat Memang enak minum air kelapa Malam ni malam Jumaat Tongkat ali jangan dilupa Dah perkena tongkat ali secawan Dicecah bersama kuih bahulu Hendak berblog,berbloglah kawan, Saya bermohon tidur dahulu. NotaKarut: Nak komen? Sila pantun jua... Hahahahahaha... Sekadar gurauan di malam Jumaat... Tak ada apa agenda pun malam ni kecuali nak buat solat hajat dan zikir lebih sikit...

Pantun Selamat Malam...

Malam Jumaat Malam Berkat Diibarat Malam Tujuh Likur Kelopak Mata Semakin Berat Memandang Suri Menelan Liur Tinggi Tinggi Bukit Larut Mendaki Mencari Si katak budu Gelap Malam Semakin Larut Hamba Memohon Diri Berangkat Beradu NotaKarut: Selamat malam semua... Kalau nak komen, sila berpantun yea... VERTIGO, RAWATAN DAN PEMULIHAN. RAWATAN DAN PEMULIHAN SYMPHYSIS PUBIS DYSFUNCTION (SPD) PHYSIOTHERAPY PUCHONG