Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Photography karut

penangan hari jumaat

Lokasi di luar masjid sebelum Solat Jumaat... Nampak durian, baham durian... Nampak beriani kambing... Balun dulu... Dah lepas baham itu semua... Sekarang ni lepak tepi masjid... Cari tiang seri... Dah nampak bintang bintang berpusing pusing atas kepala... Terasa seperti mahu ku petik satu bintang untuk dijadikan perhiasan... Ok. Mengarut sudah. NotaKarut: kepala sudah pusing berpeluh peluh... Aduyai... Published with Blogger-droid v2.0.1

HoneyMoon At Bali ~ Pura Tanah Lot...

Hai... Nak update cerita yang dah basi lagi ni... Akan update cerita BulanMadu Di Bali sampai la korang jadi muak nak tengok baru aku berhenti... Hohoho... Owh... Kemana sahaja aku pergi, mesti akan diberikan bunga ni... Kalau dekat malaysia bunga ni banyak dekat kubur je! Owh... macam petanda je... Tanah Lot merupakan tebing tinggi menganjur ke laut di pulau Bali, Indonesia. Di atasnya telah dibina kuil agama Hindu, Pura Tanah Lot dan menjadi tarikan utama para pelancong. Tanah Lot terletak di Tabanan, kira-kira 20 km daripada Denpasar. Tebing tinggi ini terbentuk jutaan tahun akibat hakisan semasa pasang surut lautan. Tanah Lot dikatakan dibina oleh sami abad ke-15 bernama Nirartha. Semasa dia mengembara sepanjang pantai selatan dia melihat batuan tinggi yang menarik dan berehat di sana. Nelayan-nelayan ada yang memberi hadiah-hadiah kepadanya. Nirartha memberitahu para nelayan untuk membina sebuah makam, satu tempat suci untuk mengagungkan Tuhan laut Bali. Kuil Tanah Lot adalah satu

HoneyMoon At Bali ~ Pura Taman Ayun...

Lokasi : Taman Ayun Temple, Bali. Taman Ayun Temple adalah kuil Diraja Empayar Mengwi yang dibina pada abad ke9 dan ia terletak di Mengwi Village, kira-kira 18 Km sebelah utara bandar Denpasar. Ia terletak di atas tanah yang dikelilingi oleh kolam ikan yang besar dan kelihatan seperti terapung di atas air. Ia memiliki bangunan kuil yang indah dengan bumbung bertingkat dan Senibina Bali . NotaKarut: Hari ni Rabu tanpa kata kan? ~~ Terperangkap di pejabat kerana hujan lebat di Kuala Lumpur! Aduyai... Basah la kuda aku kat bawah tu...

HoneyMoon At Bali ~ Pengantin Adat Bali...

Amaran: Sebelum membaca dan menengok entry ini, anda dinasihatkan supaya tidak memakan sesuatu kerana takut tersembur atau tercekit! Anda juga dinasihatkan supaya menyediakan sebiji baldi berdekatan dengan anda... Mana la tau kot kot termuntah hijau pulak kan kan kan... Kan senang kalau ada baldi dekat!!! Gagah perkasa tak gambar ni? Baik korang angguk cepat kalau tak aku sunat korang kali kedua (bagi yang lelaki)... Tak pun aku belanja makan aiskrimsoda bagi perempuan yang angguk kata aku gagah perkasa! Pak mertua kata pipi aku sangat sentul! Huh! Sampai hati... Sentul ke? Aku rasa sangat cabi ada la! Eh... Sat... Sentul tu apa ye? Lokasi : Puri Cendana Photo Adat Bali... Jl. Nangka Gg. Kenari No. 5A Denpasar Phone: 0361 231435 Kos: 400,000 Rupiah untuk 10 keping gambar bersaiz 4R dan sekeping cd... Kira kira RM140.00... Sangat puas hati kerana solekan dan gambar yang diambil sangat cantik kerana berlatarbelakangkan rumah adat Bali yang sebenar... NotaKarut: Tiada gambar pengantin per

Saya Budak Baru Belajar...

NotaKarut: tengah belajar nak edit edit gambar... Hoho... Hasilnya... Tak tau la... Dah namanya pun budak baru belajar! kalau suka boleh like 1000x... Hohoho... Habis la, lepas ni boleh la jadi photograper pro... update: setelah dipiat telinga oleh bini tercinta, beberapa gambar telah di buang... Aduyai...

666...

Hallo... Guten Morgen... =-) 666... Apa yang ada pada nombor 6... Kalau diterbalikan 6 jadi la 9... Cantik jugak kalau diterbalikan jadi 999... Jangan gatal jari nak telefon 999... Itu hanya untuk kecemasan... Sekian pesanan ikhlas dari tukang karut... Kalau 696... Owh... Itu belum pernah ada orang nak buat lagi... Yang biasanya orang buat teknik 69 je... Eh... Aku ni cakap pasal apa ni??? Sebelum aku melalut ke laut, baik kita kembali ke jalan yang benar... Angka 666... Cantik nombor bertuah tu... Nombor bertuah yang menjadi milik Hanih Borhan pemilik blog hanifborhanchanglun.blogspot.com... Terima kasih la sebab turut sama terjerumus dalam kancah alam pengarutan ini... NotaKarut: Seronok, beronok ronok, multironok bila bos-bos tak ada... Yang paling best, anak buah pun tak ada! Semua kena buat sendiri... Aduyai...

Pantun Selamat Malam...

Surinya Tukang Karut Cantik Bermekap Berbaju Tidur Serta Bercelana Tukang Karut Hanya Nak Ucap Selamat Malam Dan Tidur Lena ... NotaKarut: Malam ini malam Sumaat... Adei! Kena cubit lagi!!! Pantun Selamat Malam

HoneyMoon At Bali 1st Day...

Lokasi Menginap: The Khayangan Dreams Villa, Bali ~~Rooms~~ One Bed Suite Private Villa... Gambar di atas dengan pose paling menggoda! Agak agak tergoda tak? Atau terasa nak muntah hijau??????? NotaKarut: Tanpa karangan mengarut! Malas! Aku tau korang bukan baca pun!!!

Rutin...

Hai... Hai Isnin yang melemaukan! Ok... Cukup satu intro yang malas... Sejak kaki dan tangan dah kena ikat dan telinga kena piat ni, rutin harian dah mula berubah... Yang paling ketara sekali waktu untuk bersosial di alam maya... Hoho... Cuba menyesuaikan diri untuk mencuri curi masa untuk mengarut... Bukan itu sahaja, rutin harian waktu bangun pagi juga cuba disesuaikan... Iaitu rutin kentut kuat kuat semasa mengeliat sebelum bangun... Aduyai... Sudah 27 tahun mengamalkan... Susah sekali mahu menahan kentut supaya berbunyi senyap! Penyelesaiannya, bangun pagi pagi mengendap ke ruang tangga... Kat situ boleh mengebom sekuat hati! Hohoho... Owh... Tetiba terasa kelopak mata ini bikin hal pulak... Terasa memberat... Layu... dan kuyu... NotaKarut: Bos besar tarak... Bos sedang sedang jugak tarak... Yang tinggal bos kicik kicik juga ada... Hoho... Tidur time!

Cerita Lawak... Lawak Ke???

Pada suatu pagi, di perkampungan orang asli di Cameron Highlands yang tenang lagi mendamaikan... Ketika sibuk sang Jurutera menjalankan tugas hakikinya memeriksa keadaan cerun di salah satu lokasi yang runtuh, beliau ternampak akan seorang pemuda orang asli sedang menjual selonggok petai... Sang jurutera sangat berminat dengan petai pemuda orang asli tersebut kerana buah buahnya besar besar dan panjang panjang belaka... Maka dengan tanpa segan silunya si sang jurutera menghampiri pemuda orang asli tersebut.... Arakian, bertanyalah sang jurutera tersebut... Jurutera: Abe, seikat bapo be... Pemuda Orang Asli: Seikat sepuluh ringgit... Jurutera: Huh! Mahe nya... Ngaloh hargo KL... Pemuda Orang Asli: Macam itu Encik beli di KL la... Jurutera: Kalau se, sepuluh riyyal, dua ikat bapo? Pemuda Orang Asli: ~~(tak menjawab dan garu garu kepala) Jurutera: Maknanya kalau dua ikat, lima belas ringgit la kan? Pemuda Orang Asli: Ha'ah... Betul la tu encik... Pandai encik kira kan... Jurutera: Kam

Penyakit...

Kalau lapar, kena makan... Kalau tak makan, perut jadi kembung... Bila dah makan, mata jadi mengantuk... Kalau mata dah mengantuk, kena tidur... Bila dah tidur lepas makan, perut jadi buncit dan sihat... Kalau buncit, kena buat senaman selalu... Bila nak buat senaman, mula la ada sahaja halangan... Kalau macam itu, confirm jadi malas... Entry tanpa hala tuju kerana otak tak berapa nak centre... Sekian... Ebtry penyakit otak tanpa halu tuju dan manfaat kepada semua... NotaKarut: Nak ke Lumut, Perak... Sayang isteri tinggal tinggalkan... Aduyai... Motip????

KANDUNGAN PENTING DALAM SBPA 2012 | PEKELILING SISTEM SARAAN BARU PERKHIDMATAN AWAM 2012

STRUKTUR GAJI Gaji Single Point 27. Gaji Single Point adalah diperuntuk bagi Jawatan Premier di bawah Kumpulan Premier. Gaji Minimum – Maksimum 28. Gaji Minimum – Maksimum adalah diperuntuk untuk Jawatan Utama dan Jawatan Gred Khas di bawah Kumpulan Pengurusan Tertinggi. Gaji Sebaris 29. Jadual Gaji Sebaris (JGS) adalah dibentuk bagi menggantikan JGM sedia ada yang terpakai bagi Kumpulan Pengurusan dan Profesional, serta Kumpulan Pelaksana. 30. Struktur JGS mempunyai ciri-ciri seperti berikut: 30.1 matagaji mengikut susunan Tangga (T) dalam sebaris bagi setiap gred gaji. 30.2 bilangan Tangga (T) yang sama di gred gaji yang sama dalam semua Klasifikasi Perkhidmatan. 30.3 kadar Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) yang sama bagi setiap gred yang setaraf dalam semua Klasifikasi Perkhidmatan dengan pola peningkatan KGT lebih baik berbanding gred lebih rendah. 31. JGS untuk skim perkhidmatan tetap adalah seperti di Lampiran C1 manakala JGS untuk skim perkhidmatan jumud di bawah SBPA adalah seperti d

Makin Comel La...

Hai... Semalam kan kan kan... Aku kan lupa bawak kasut kerja... Jadi seharian pakai selipar jamban je... Hari ni pulak kan... Aku lupa hari ni hari Khamis... Aduyai... bagi pekerja gomen yang berivonasi dan berdisplin aku rasa bersalah kerana tidak memakai baju batik... Hari ini jugak kan... Aku kan kan kan... Aku tertinggal pulak Handphone kesayang aku dekat rumah! Aduyai... Penting tu... Dah la selalu menteri call aku ajak main golf! Mesti dia akan marah aku kalau aku tak jawab call dia... Aduyai... Mesti korang nak cakap... Aku ni makin comel kan kan kan... Baik cakap sebelum aku sula bontot sengsorang! NotaKarut: Aduyai... Cam mana ni... Biasanya aku berurusan menggunakan handphone... Jarang guna telefon pejabat ni... Makin teruk pulak penyakit pelupa aku ni... Ni mesti terlebih mensia siakan nutrisi baik ni...

Ahli Mesyuarat Tingkap Kena Tarik Telinga...

Akibat dan kesan entry yang sebelum ini ... Ada orang yang terasa macam nak baling kelapa... Ada jugak yang terasa tak tentu arah... Dan ada jugak yang nak!!! Aduyai... Yang sebenarnya aku tak beli pun menatang tu... Hoho... Nak buat apa... Sendiri punya pun ada... Eh... Sedikit kelucahan di situ... Akibat entry itu, telinga terasa sebal... Kena tarik... Aduyai... Lepas ni betul2 kena buat entry yang sopan la... NotaKarut: Melihat gambar2 di Bali... Owh... Cantiknya... Tapi kalau aku update cerita berbulan madu ni berjela jela rasanya korang baca tak? P/S: Setakat ini ada seorang sahaja yang mampu mengarut dalam contest paling mengarut... Sila terjah beliau sekarang jugak jika tidak kamu kamu dan kamu akan terkena sumpahan kodok hensome!

Canggung Dan Lemau...

Hai... Sambil melambai lambaikan tangan laksana putera kayangan yang baru lepas kentut dan tak basuh... Dah... Tak payah nak mencebik! Hari ni hari rabu... So... bermakna aku dah mula berkerja semula... Sibuk? Ermmm... Tak ada la sangat... buat buat sibuk je lebih... Sampai2 je dah kena mengadap ke bawah duli bos... Al maklum la... Bos rindu kot! Huh! Breakfast pun tak sempat... Nasib baik sempat makan pau dan karipap pagi tadi... Eh... Abaikan... Hari ni hari rabu... Bermakna hari pertama aku berkerja sebagai suami orang... Dan hari ni aku terpaksa tersenyum je... Jumpa orang ni, duk pegang kepala lutut aku... nak tengok longgar ke tak... Duduk dalam mesyuarat, kalau menguap je, mula la kena jadi bahan! Cait!!! Hari ni duk jadi bahan je... Tapi tak pe... Aku senyum je... Ikhlaskan hati... Hoho... lantak la nak kata apa pun... Hari ni aku canggung dan lemau... Nak buat kerja pun rasa macam baru masuk kerja... Hoho... Tu la kan... Cuti lama sangat... Ada orang bertanya apakah hadiahnya

Contest Paling Mengarut!... Ole Ole Bali...

Ehemmm! Hai... Amboi... Korang ni... Nampak je ada ole ole dari Bali je nak kan... Benda free cepat je nak kan... Nak macam tu je pulak tu... Oit... Kentut pun kena bayar sekarang tau... Ok... Sebelum itu... Aku bagitau hadiahnya dibeli dari Bali... (Apa bendanya? Ntah... Aku pun belum tahu lagi... Mungkin kopi luwak... (kopi luwak??? Tak tau? sila bertanya kepada encik google ye!) mungkin jugak hadiahnya... Keychain je... Hummmpppp... Ntah la... Banyak sangat ole olenya... Nanti la aku suruh bini aku pilih ole ole untuk dijadikan hadiah!) Contestnya... Humpppppp... Part ni yang buat aku termenung ni... Apa yang aku nak buat ni yea... Ok... Buat satu entry paling mengarut yang boleh buat aku tersenyum mengenai blog tukang karut! Simple dan sangat mudah kan? Kira macam review blog la... Tak pun pantun ke... Puisi ke... Dondang sayang ke... Dikir barat ke... Ah!!! Lantak korang la nak buat macam mana pun... Jangan lupa bagi link dekat komen ye ... Peraturannya: Tak ada!!! Aku tak suka

Perasaan...

Sejak bergelar suami dan balik dari berbulan madu di bali ni aku perasan satu benda la... Rasanya tak macam dulu... Walaupun dulu rasa gak macam ni... Tapi tak la ketara sangat... Lepas 2minggu lebih kahwin ni aku terasa sangat sangat... Terasa sangat sangat pipi makin menggebu! Perut terasa makin maju ke hadapan... Aduyai... Owh... Apakah ini tanda kebahagiaan dan kemakmuran? NotaKarut: Macam ni tiap tiap malam kena bersenam la... Mari kita ke ladang untuk bercucuk tanam! Horeyyyyy...

Ole Ole Bali...

Hai... Hari tu aku ada TERbeli ole ole dari bali... Aku ingat nak bagi pembaca BERTUAH blog tukang karut ni... Tapi macam mana nak dikira bertuahnya itu ye? Aduyai... Kepala pusing sungguh la... Pada pendapatan korang yang tinggi itu, nak buat macam mana ye? Kalau nak buat giveway yang macam mana? Atau kuiz? Teka teki? Atau peraduan yang macam pernah aku buat dahulu? Apa!!! Tak pernah masuk? Ermmmm... Pi la tengok entry entry aku yang lama tu... Aku pasti pembaca yang dah lama membaca blog tukang karut ni tau dan faham peraduan karut itu! NotaKarut: Sakit pinggang la! Aduyai...

Selepas Menjadi Jutawan Menjadi Cendawan Pula...

Hai... Ada orang lalu lalang lagi ke kat sini... Halllllooooooo!!! Ada orang tak? Ehemmmm!!! Nak mengarut apa pun dah tak reti dah sekarang ni... Huhu... Idea nak mengarut tu tak berapa nak ada pasal jari jari telah diikat supaya bersopan santun dalam penulisan... Aduyai! Tak siyokkkkk langsung... Ok... Berbalik kepada tajuk... Jutawan... Ye... Aku dah menjadi jutawan... Jutawan selama 4 hari! 4 Hari sahaja... Terima kasih di atas ucapan tahniah kerana telah menjadi jutawan... Tapi tak best pun bergelar jutawan ni sebenarnya... Ye la... Jutawan Rupiah! Nak buat apa pun... Beli barang pun main puluh dan ratus ribu!!! Apakejadahnya... Poning palo den ni ha nak ngiro duit ratus ratus ribu... Paling gampang bagi kepada pedagang itu sekelepuk uang rupiah... biarin dia yang hitung... ~~ Ayat bajet orang Indonesia! Lepas jadi jutawan rupiah... Balik ke dunia realiti... Kembali ke dunia cendawan... Menghitung duit dalam bank... Dalam poket... Dalam dompet... Lepas tu tepuk dahi... Aduyaiiiii!!