Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel deco rumah

Lam Alif Mim Ba Alif Ta...

Assalamualaikum... Salam sejahtera... Mulakan hari ini dengan senyuman... Bagi mereka yang tengah berkerja tu... Kerja la rajin rajin... Jangan nak mengulo... Jangan jadi seperti anjing dan tuannya ... Hari ni aku Offday... Ada urusan maharani yang perlu diselesaikan... Lam Alif Mim Ba Alif Ta... Apa tu? Kalau aku salah eja... Sila betulkan... Al maklum la... Sekolah agama dulu selalu ponteng lari dalam hutan... Nasib baik dah besar tak jadi orang utan... Ok... Mengarut dah... Kembali kepada titik... Dulu aku dah tulis dah pasal ni... Di sini kalau nak baca la... kalau tak nak, nak buat cam ne... bukan senang nak paksa paksa orang ni... Kalau nak jumpa pukul 9 pagi... Jangan kata pukul 9... Tapi kata nak jumpa pukul 8 pagi... Itu pun kadang2 terlajak jugak sampai pukul 9.30 pagi... Owh... lupa... Dia mangsa keadaan... Pinjam sat yea Fida ... Dah... Dah... Bukan itu nak dicerita... Hari ahad lepas... Hajat di hati nak pergi temankan cik tunang ke kenduri kahwin kawan sekolahnya... Dia

Berkerut Memerut...

Assalamualaikum... Salam sejahtera... Idea... Mana korang yang bijaksana dan bijaksini dapat idea nak menulis di blog ye? Ada tu memang idea yang sangat Bernas (jenama beras berkualiti)... Ada tu, idea yang boleh membuka minda... Idea yang tak pernah dibuat orang... Macam yang pernah Incik Jepun buat teori zero gravity ... Ada jugak yang dapat idea yang mengarut yang sangat kreatif... Itu aku la... Hohoho... Siapa lagi nak puji diri sendiri kan... Jom... Jom jawab survey ni... Mana la tau kot2 ada yang tengah tak ada idea... Boleh la cuba cuba try test acu cara cara nak dapatkan idea... Tempat dan cara mendapatkan yang selalu mendatangkan idea... Sila pilih satu jea... a)- Sedang khusyuk membuat urusan peribody di dalam tandas... Tetibe masa muka tengah berkerut kerut memerah tenaga membuang sisa sisa buangan... Masa itulah encik idea akan sampai... mencurah curah bak air yang di curah di daun keladi... b)- Sedang asyik lena dibuai mimpi... Bukan dibuai Intan... Itu cerita lain... Nan

Langgar Perintah...

Semalam... Incik Bos bagi arahan jangan lagi keluar site... Hati sudah berbunga bunga keriangan... Pasal boleh bersenang lenang di pejabat... Tapi pagi2 lagi dah tengok surat atas meja... Siap dengan minitnya... "sila siasat dan lapor..." Adei... Perlu ingkar arahan pertama atau menurut perintah ni? Notakarut: Sangat terkeliru...

Saya Yang Menurut Perintah...

Encik Bos: "Kamu... Kamu jangan pergi keluar site lagi selagi laporan bergambar ni tak siap... Selagi tak siap jangan keluar kecuali dengan arahan saya..." Baik Encik Bos... Hoho... Saya yang menurut perintah... Tak keluar sampai hujung tahun ni pun saya tak kisah... Pasal saya nak memerap dalam aircond supaya kulit saya akan menjadi cerah semula... Hoho... Tunang saya dah komplen kata saya dah kena hitam kena bakar asyik kerja di bawah matahari jea... Yahooo.... Boleh duduk ofis... Selamat duit aku... Boleh simpan untuk kahwin... NotaKarut: Kalau hari hari mandi susu, agak agak kulit yang hitam legam boleh jadi putih tak ek???

Mari Mari Dengar Ini Cerita...

Assalamualaikum... Salam Sejahtera... Salam petang Isnin... (sangat berterima kasih kepada jat pasal menegur aku hari ni adalah hari isnin... kenapa ntah aku tulis hari sebagai hari jumaat... owh... apakah yang ada dalam otak aku sekarang ni...) Yang jauh tu mai rapat rapatkan saf... Yang dekat tu himpit himpit bagi ruang orang yang jauh... Mai dengar ini cerita... Aku kan kan kan... Ada cerita menarik nak cerita ni... Nak tau tak??? Aku kan kan kan... Ala... Eh... Tak pe la... Lain kali la aku cerita... NotaKarut: Sakit hati tak kalau korang terkena macam ni... Muka dah excited sangat nak dengar cerita.... Alih alih, si pencerita tak cerita pun! Sangat sakit hati...

Kenapa Ek???

Kenapa tiga empat orang yang aku jumpa hari ni... Mesti akan check zip seluar masing masing... Owh... Adakah zip seluar aku??? Notakarut: Tak ada... Mood bz...

Banyak makna...

Goeienag / Nag, Natën e mirë, Güet' Nàcht, تصبح على خير, وأنت من أهله , শুভরাত্রি।, Laku noć, Noz vat, Лека нощ, Буьйса дика хуьлда хьан 早抖, 晚安, Laku noć, God nat, Goedenacht, good night, Night night, Nighty Night, Good night, sleep tight, hope the bedbugs don't bite!, Bonan nokton, Guten Nacht, Selamat malam,.. NotaKarut: Apa pun bahasanya... maknanya tetap satu... selamat berehat dan selamat malam... Semoga mendapat rehat yag cukup supaya bertenaga esok hari jika masih hidup... InsyaAllah...

Hujan... Roti... Banjir...

Salam hujung minggu... Buat apa di hari cuti ni? Ada orang yang mengukur jalanraya memenuhi jemputan "orang mengawan"... Ada orang yang mengukur mall2 di bandar2 utama... Ada orang yang mahu menonton wayang... tengok wayang jea... jangan buat wayang mengukur kuih pau pulak yea... Menjadi rutin hujung minggu dimulakan dengan bersarapan di kedai yang biasa... Kedai bawah kanopi di tepi jalan... Sambil menikmati pemandangan pagi hujung minggu melihat anak2 dara yang baru bangun pagi pergi ke pasar tani dengan baju tidur... Zruuuppp... huhu... Pemandangan yang indah... haha... Abe... Macam biaso... Roti tolo banjir... Nescafe tarik se... Ok... Siap! Berasap asap roti banjir yang dihidangkan... Sambil menikmati kesedapan nescafe gara2 mengantuk tidur lewat semalam... Tiba tiba... Setitis... Demi setitis... Menjadi banyak titis... Menjadi lebat dengan tiba tiba... Hujan turun dengan lebatnya... Ahhh... Potong stim betul la... Tempias sana sini... Kanopi 10 x 40 kaki tak dapat menge

Serba Salah...

Assalamualaikum ... salam sejahtera... salam satu malaysia... salam satu melayu... satu jea melayu... yang lain orang lain punya... Pelik dengan sifat perempuan... Diminta pendapat, dah diberi, ditarik muncung sampai boleh sangkut hanger baju... Diminta pendapat... Tak diberi pasal tak nak dia merajuk... Merajuk jugak kononnya pasal nak dengar pendapat kita... Diminta bercakap... Dah cakap banyak... Mula pening kepala... Tarik muka lagi... Diminta bercakap... sepatah haram pun tak keluar... Pun tarik muka jugak... Diminta memilih... Dah dipilih... Banyak komplain pulok... Tarik muka lagi... Diminta untuk memilih... Langsung tak endah... Sila pilih sendiri... Pun merajuk jugak... Agaknya betul la kot LELAKI yang kerja bidang engineering ni tak romantikadiamor... NotaKarut: hahahaha... Ramai yang tak faham cerita aku dalam entry sebelum ni... Pergi la pejabat pos... Kerani pejabat pos tu akan hentak2 meja... buat urusan contohnya bayar roadtax... nkerani pos akan hentak meja ( cop tarikh

Soalan yang rasa nak jawab dengan penampar jea V5...

U... Dah lama kita tak gaduh2 manja kan u... Selama ni kalau i buat lawak, ada jea kena sedebik dekat pipi hartamodal yang cabi ni... Rindu pulak dekat u... (sila baca dengan keluar muntah hijau... Sebab bukan cara aku pun cakap macam tu... Hoho...) U... U boleh tolong i tak u... U tolong hantarkan tak hadiah untuk contest ntahapaapantah tu tak? I bukannya malas nak pergi Pejabat POS... Cuma... Ala... Boleh la yea u... U kan rajin... I bukannya apa... Tiap kali i pergi Pejabat POS tu... Mesti kerani pos tu marah dekat i... Tiap kali i nak berurusan dengan dia... Mesti dia akan hentak-hentak meja kuat kuat... Dummmm!!! Dummmm!!! Cam tu la bunyinya u... U... U nak pergi mana tu... Tolong la i... NotaKarut: Faham? Atau tak sampai? Fikir lagi... Tak dapat jugak? Fikir lagi... Lambat! Soalan yang rasa nak jawab dengan penampar jea V1 , V2 , V3 & V4 ...

Untuk LELAKI Sahaja...

Assalamualaikum... Orang yang membaca ni... Sihat ke? Mesti la sihat kan... Kalau tak sihat mana larat nak baca blog kan kan... Pagi tadi ada staff sokongan di sini melapor diri sebagai pegawai professional dan pengurusan... Kira macam naik pangkat la ni...(Tahniah la... Pasal lepas ni dah boleh pakai title Penolong Pengarah dah...) Tapi bukan itu yang ingin dikarutkan ini... Dia cerita kat aku... Dia yang kata... Aku tak kata... Dia kata yang lapor diri tadi... Nisbahnya 50% Perempuan - 50% Lelaki... Aku pun garu2 dagu yag tak gatal... Berfikir mencongak masa depan... Dah sama dah nisbahnya... Bidang engineering yang lasak ni dah semakin dikuasai oleh perempuan!!! Wahai LELAKI LELAKI budiman sekalian... Kemanakah kamu menghilangkan diri... Malulah jika perkerjaan yang sinonim dengan LELAKI diambil alih oleh perempuan!!! Cukup cukup la bidang pendidikan yang dikuasai oleh perempuan... Sehingggakan nisbah sekarang 5 orang guru perempuan bersamaan SEORANG guru LELAKI!!! Itu pun guru lela

Kata Kata Hari Ini...

Bila berkata kata dengan perempuan yang berada disekeliling... Berhati hati la kamu wahai kaum lelaki sekalian... Kerana perkara yang benar kamu katakan itu belum tentu dapat diterima bulat bulat oleh perempuan... Kerana dia lebih senang mendengar sesuatu yang lain yang lebih manis walaupun perkara itu terang terang tidak benar... Sekian... NotaKarut: betulkan aku kalau aku salah...

Bila... Bila... Dan Bila... V2

Bila aku nak menulis tapi aku tak tahu mana nak mula... Bila aku nak menulis tapi aku tak tahu apa isi nak tulis... Bila aku rasa aku patut menulis tapi yang sebenarnya aku duduk termenung depan screen... Yang sebenarnya... Bila Bila Bila aku nak tidur ni... Penat la nak paksa mata ni lelap... Sunyi sepi pulak malam ni... Tak ada yang tolong dodoikan pulok... NotaKarut: Haihhhh la mata... 2.30AM... Tidur la kamu sebelum kamu ditiduri... Memimpikan mimpi yang kering, basah atau pun lembab... Tidur la... Esok pagi pagi ada urusan Parlimen nak diuruskan...

Lembut Kulitmu...

Asal malam jea nafsu menggila... Asal datang tengah malam jea mula la nafsu menggila... Asal nafsu menggila jea malam... Terbayang kelembutannya... Kalau dipicit... Erm... Lembut... Dengan kulit sehalus mulus... Yummy... Tak cukup satu... Mesti nak dua... Kalau boleh nak pegang kiri kanan... Pau... Oh pau... Kenapala nafsu tercari2 kau malam2 buta ni... Dah dah... dalam proses menguruskan perut... tak boleh nak makan malam malam buta... NotaKarut: Jom tengok rancangan dialog di TV satu... My Big Bos ada masuk tv malam ni... Aku tak boleh masuk... Pasal TV tu kecik sangat... Tak muat nak masuk...

Adei... Kenapa Cepat Sangat...

Hari ni hari Rabu yea kawan kawan... Hari ni jugak hari susu sedunia (aku pun tak tahu dan tak pernah nak ambil tahu pun)... Bukan hari Khamis yea kawan kawan... Ingat tu... Bukan hari KHAMIS taw... Pasal apa... Pasal pagi tadi aku ingat hari ni hari Khamis... Dah bersiap pakai baju batik dah... Nasib baik masa keluar tadi sempat tengok kalendar... Kalau tak hari ni aku terpaksa jalan kengkang pasal kemaluan yang besar... ** Fida ... Pinjam sat istilah ni yea... NotaKarut: Adei... Kenapa dengan aku ni...

Apa Yang Dicari Tu?

Nasriq JKR menjawab pantun di blog Tukang Karut di alamat mnasriq.blogspot.com yang kadang kadang ada bercerita pasal gadis sabah yang cun melecun yang body mantop sehingga perut merembeskan asid. Kalau perut dah merembeskan asid, nak menyesal tiada gunanya... Malahan tanah tepu jua tidak akan meninggalkan apa apa kesan... Ayat tukang karut bisa membuatkan aku rasa nak tukar kerja... NotaKarut: Siapa pulak la cari aku di alam maya ni... Terperasan popular la pulok dah ni... Tapi kan... Apa la pelik sangat keyword yang dicari tu... Tau la dalam blog ni hanya berisikan karutan sehidung hidung jea...

Haha... Naik lagi... Naik la...

Hahaha... Jom gelak sama sama beramai ramai... Naik... Semua nak naik... Naik la... Aku tak hairan sikit pun... KERAjaan umumkan menaikkan atau dalam bahasa halusnya penyelarasan harga tarf elektrik... Apa la sangat kalau naik 2.23 sen tu kan... Sikit jea... Bukannya boleh nak beli McD pun kan... Kalau betul la kenaikan itu untuk menampung kos operasi yang betul2 naik... Aku pun tak kesah sangat... Lantak la kan... Itu hak KERAjaan... Lagipun kan KERAjaan menanggung subsidi yang banyak... Tapi yang tak menariknya... masa rugi jea umum... Masa rugi jea nak rakyat tanggung... Rugi jea rakyat tanggung... Masa untung billion2 tak nak umum pulak kan... Masa untung billion2 tak nak pulak turunkan harga kan... Masa untung billion tak nak kongsi pulak kan... Kenyang sendiri jea... Nak suruh rakyat berjimat cermat... Hahaha... gelak besar berguling guling tergolek tertungging aku... Tang mana nak berjimat cermat? Habaq mai dekat aku... Tang mana? NotaKarut: Kalau nak berjimat... Jimat dekat pro

Ini Ingatan Untuk Diri Sendiri...

Amaran oleh KERAjaan Uganda... Maksud tersirat entry ini adalah untuk si tukang tulis yakni si tukang karut bukannya tukang urut mahupun tukang cucu hatta jauh sekali tukang rumah... Semalam... Dah pun berlalu... Apa yang dah pun kau capai... Adakah bertambah harta kau... Adakah bertambahnya ilmu di dada kau... Adakah bertambahnya amalan kau... Atau adakah kau makin menimbun menambah dosa... Atau adakah kau makin tersesat jauh mendekati dosa... Atau... Atau... Atau semuanya sekali... Hari ini... Bertambah lagi angka itu... Angka yang meningkat naik yang bermakna makin singkat masa kau... Masa yang makin lama makin kesempitan... Masa yang telah kau sia siakan... Adakah sempat kau???????? Notakarut: Baca tanpa menilai...Sesuatu untuk diri sendiri... Apalah ada pada angka jika angka itu tak menunjukkan keperibadian yang sepatut dan sekehendaknya...

Off Day...

Dah separuh tahun dah... Cuti aku langsung tak terusik lagi... Dulu dah masa cuti raya cina dah amik dah dua hari... Tapi kena tarik balik pasal dapat arahan kerahan tenaga berkhidmat untuk negara... Hari ni... Aku nak cuti... Niat pertama... Sebab nak pergi kenduri dekat kampung... Petang ni sepupu aku kahwin... Muda lagi tau... Bergetah lagi... Baru 18 tahun dah kahwin dah... Abang sepupu dia yang tua ni pun tak kahwin lagi... Niat kedua... Alasan jea niat pertama tu... Nak larikan diri sebenarnya... Penat la... Semua urgent... Semua cemas... Semua panik... Semua pun nak cepat... Dapat memo menteri la... Dapat memo KSN la... semua la... Berlambak2 surat dan laporan atas meja tak terusik lagi... Semua aku serahkan pada budak praktikal untuk buat... hahaha... patut tak? Babai... NotaKarut: ada sesiapa nak ikut lari?

Sok Sek Sok Sek...

Pakar Universiti A: pong pang pong pang... cerun... hujan... runtuh... pong pang pong pang... Pakar Universiti B: Bla... Bla... Blah la lu... High goundwater... Bla... Bla... Bong... Runtuh dummm!!!... Bla... Bla... Professional Engineer: Sok sek... Sok sek... Soil Structure... No piling... Sok sek... Sok sek... Geotechnical Engineer: Hum... Ham... Hum... Ham... Buat tanpa input geology... Hum... Ham... Ham... NGO Alam Sekitar: Pot... Pet... Pot... Pet... Buat bangunan tanpa penilaian alam sekitar... Pot... Pet... Menteri Banyak Bunyi: Kui... Kuh... Krogh... Tak daftar... Tak selamat... Kroghhhh... Kui... Kui... Menteri Sikit Bunyi: Shyyhhh... Shyhhhh... Pokok condong... Pangggil JKR... Panggil PBT... Syhhh... Syhhh... Semua banyak bunyi... Cakap pong pang pong pang berdegar degar... Kalau korang berani sangat... Kalau korang tu betul betul pandai cakap... Cuba la cakap dekat tuan tanah macam engineer cabuk yang perasan kacak bergaya ni cakap... Engineer Cabuk Cawangan Kejuruter