Langkau ke kandungan utama

Catatan

Mulakan Hari Ini Dengan...

Selamat Pagi... Mulakan hari ini dengan senyuman... Senyum semua... Senyum la... Senyum la!!! Degil ni... Nak kena campak ke laut dalam ke? Biar jerung2 datang memamah daging yang ada... Ni nak marah ni... Tak mengikut arahan... Suruh senyum pun susah... Sampai gigil2 bibir suruh senyum... (eh... Tu aku la... kena marah dengan cik tunang pasal suruh berlatih senyum...) Senyum lebaq lebaq sampai koyak bibir lebaq macam Ning Baizura... "Keasyikan layananmu Menggambarkan kemesraan Diantara sejuta kenangan... " Eh... Ternyanyi pulak... jangan hujan lebat sudah la... Kang banyak lagi pulak yang runtuh kang... NotaKarut: Ada urusan negara yang perlu diselasaikan... Urusan rakyat jelata yang kepanikan...

Tak... Tak... Bukan Macam tu...

Tak faham tak bermakna tak tahu... Tak tahu tak semestinya tak pandai... Tak pandai tak semestinya tak bodoh... Tak bodoh tak semestinya tak faham... Faham ke? Ntah... Macam faham... Tapi rasa rasa macam tak faham... Atau buat buat faham? Atau buat buat faham yang sebenarnya tak faham tapi buat buat faham? adei... tak faham... aku pun terkeliru sekejab... NotaKarut: Tak perlu menilai jika terbaca entry di blog orang yang mempunyai banyak maksud tersirat... Yang tersurat pun belum tentu lagi faham...

Hot Hot Chicken Shit...

Panas... Panas... Panas... Apa yang panas? Ku sangkakan panas hingga ke petang, rupanya hujan ditengahari... Eh? Ah... Lantak la walaupun macam tak kena jea... Telefon pejabat hari ni tak henti2 berbunyi... Masing masing cuak... Tak percaya... Tanya Fida dan Bunga ... Diorang dah jadi operator sepenuh masa buat seharian di pejabat... Menjawab segala permasalahan rakyat jelata... Tak perlu la kalau telefon tu nak meletakkan emosi kehadapan daripada akal... Tak perlu marah marah... Mungkin rakyat jelata ada yang tak faham... Tak siapa pun suruh beli dan buat rumah di lereng bukit... Tak siapa pun paksa anda untuk melihat pemandangan indah dari bukit... Tak siapa pun... Anda beli dengan rela hati... Anda buat rumah dengan rela hati... Susah berurusan dengan orang yang terlebih pandai ni... Lagi lagi jika orang itu kononnya professional... Lagi lagi jika orang itu kononnya kaya... Lagi lagi jika orang itu kononnya ada kabel besar punya! Lagi lagi jika orang itu kononnya ada setakuk atas d

Bangau ke Langau?

Oh Bangau oh Bangau Kenapa engkau kurus Macam mana aku tak kurus Ikan tidak timbul Oh ikan oh ikan Kenapa engkau tidak timbul Macam mana aku nak timbul Rumput panjang sangat Rumput panjang sangat Oh rumput oh rumput Kenapa panjang sangat Macam mana aku tak panjang Kerbau tak makan aku Kerbau tak makan aku Oh kerbau oh kerbau Kenapa engkau tak makan rumput Macam mana aku nak makan Perut aku sakit Perut aku sakit Ok perut oh perut Kenapa engkau sakit Macam mana aku tak sakit Makan nasi mentah Makan nasi mentah Oh nasi oh nasi Kenapa engkau mentah Macam mana aku tak mentah Kayu api basah Kayu api basah Ok kayu oh kayu Kenapa engkau basah Macam mana aku tak basah Hujan timpa aku Hujan timpa aku Hujan oh hujan Kenapa engkau timpa kayu Macam mana aku tak timpa kayu Katak panggil aku Katak panggil aku Katak oh katak Kenapa engkau panggil hujan Macam mana aku tak panggil Ular nak makan aku Ular nak makan aku Ular oh ular Kenapa engkau kau nak makan katak Macam mana aku tak makan katak Memang m

Tanah Runtuh di Hulu Langat...

Tanah runtuh di rumah anak yatim Batu 14, Hulu Langat berlaku jam 2.30 petang tadi... Setakat ini, 1 orang disahkan maut. 24 orang tertimbus. (20 orang anak yatim, 4 penjaga) Update: masih lagi menunggu arahan untuk bertindak. Update 2: masih lagi menunggu arahan... Satu unit dah ke sana untuk membantu khidmat nasihat pakar... Unit aku ni berkaitan dengan jalan, so macam tak ada kena mengena sangat kalau berkaitan tanah runtuh di kawasan perumahan... tapi masih lagi dalam standbymode... takut2 dipanggil. 10 orang dah disahkan meninggal dunia, 6 orang masih terperangkap lagi...

Khas Untuk Seseorang... V2...

“Zum Geburstag viel Glueck..., zum Geburstag viel Glueck..., zum Geburstag liebe "Story Of Me" (21May) & "FidaGhazi" (23May) . .., zum Geburstag viel Glueck!...” Notakarut: Happy Birthday... Selamat Hari Ulang Tahun Kelahiran... Selamat menjadi orang tua... Adei... Maknanya dah tak lama dah aku pun nak jadi orang tua dah... Semoga mereka murah rezeki dan dilimpahi kebahagian seumur hidup...

Tersadai... Update...

Salam petang Jumaat... Selamat bercuti bagi yang tak berkerja esok... Yang berkerja esok, jangan nak malas malas... Khidmat anda sangat diperlukan negara... Sekian pesanan khidmat nasihat dari radio buruk... 4.00 pm... Masih lagi di KKIA... Tersadai di sini disebabkan oleh system down (technical error: jawapan standard jika berlaku kelewatan penerbangan) di KKIA... Sepatutnya aku naik belon jam 5.30pm... Tapi gatal mengada ngada nak balik cepat... Macam la ada bini di rumah tu! Ingat nak tukar belon pukul 3.30 pm... Itu yang semangat nak pergi KKIA cepat... Pukul 1.00pm dah sampai dah... Tapi tak dapat pasal dah penuh... Sekarang ni, belon yang patutnya berlepas pukul 5.30pm dibatalkan dan ditukarkan kepada pukul 7.00pm... Maknanya? Tak ada maknanya... Tersadai la aku di sini lagi buat 3 jam lagi... Adei... Bosannya! NotaKarut: Bos... dimanakah kamu... aku kebosanan di sini... Update 9.00pm: Lepas jea aku habis menaip entry di atas, tetiba je nama aku dipanggil... nama penuh... jenuh o