Langkau ke kandungan utama

Catatan

Kisah Bunga, Romantik Dan Amoi...

Kisah 19.11.2014 Suri: Wuaaaaa... Romantiknya abang ni... TK: Ha? Awat? Suri: Diam diam je letak bunga dalam bilik... Sorok sorok lak ek... Suprise la tuh! TK: Ehmmm... Suri: Selamat Ulang Tahun perkahwinan abang... Tak sangka abang ingat... Romatik sangat... TK: Hmmmmmmm... Suri: Tapi kan... Kenapa ada 6 kuntum je bunga ni... TK: Hmmmmmm... Tak ada maksud deh... Suri: Ni mesti ada apa apa ni ni kan? Sweet ni... TK: Dok aik... Tu je yang mampu beli... Gaji lambat lagi... Kisah amoi... Ini amoi sulah gunting lambut... Ayakkkk... Aku pun tak tau dia ikut siapa... Bapak kulit manggis... Mak kulit melayu... Dapat anak macam kulit amoi...

Orang Perak...

TK : Awak ni orang Johor kan? Awek Perak : Ye, ada masalah ngan Perak??? TK : Amboi... Garangnya orang Perak... Bahasa korang berbeza sikit kan??? Awek Perak: Ada le sikit sikit je berbeza... TK: Kalau terbakar, korang panggil apa? Awek Perak: Terbako, terbako... TK: Hmm.. Memang lain bunyinya... Kalau orang KL panggil lain... Awek Perak : Korang panggil ape??? TK : Kalau terbakar, kitorang  panggil Bomba je..

Suami Suka Kentut.

TK: Yang... ooo Yang... Sejuk kan aircond kereta ni... Abang baru servis... Suri: Patut la sejuk semacam je... Sedap ooo tidur dalam kereta... TK: Yang... Oooo Yang... Suri: Apa??? Orang nak tidur pun tak senang la... TK: Kalau kita buat sesuatu... Tanpa sengaja... Kita tak salah kan... Suri: Erm... Ye la kot... TK: Yang... Abang kan... Abang terkentut tadi...

Tanda Tanda Isteri Nak Bersama.

Tanda Tanda Isteri Nak Bersama. Isteri: apa isi perut papa? Suami: usus2 dan makanan. Isteri: salaaahh... Isinya gajah. Suami: kenapa gajah? Isteri: ye lah. Tu ada belalai dia ( smbil pegang belalai suami) Suami: papa tau jugak isi perut mama. Isteri: ada apa pa? Suami: public phone... Hahahaha!!!! Isteri: kenapa? Suami: tuuu!! Kan nampak lubang syiling. (Suami ketawa smbil berguling). Isteri: benci!! Papa jahat!!! ( Katanya smbil menutup pintu bilik) Suami: alamak!!! Dia mengamuk la...!!! 2 minit kemudian si isteri buka pintu bilik dan tanya kepada suami. " Gajah nak pakai public phone x...? Suami: yeeehaaaaa. NotaKarut: entry salin dan tampal...

Bonus penjawat awam dibayar bersama gaji Januari

PUTRAJAYA 15 Okt. - Bonus setengah bulan gaji atau minimum RM500 yang bakal dinikmati kira-kira 1.5 juta penjawat awam akan dibayar bersama dengan gaji bulan Januari 2015. Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa berkata, bonus yang telah diluluskan dalam Bajet 2015 itu perlu mengikut peraturan kewangan iaitu bermula 1 Januari 2015. "Bonus berkenaan tidak boleh diawalkan atau dibayar pada tahun ini. Bonus seperti mana yang diumumkan akan masuk dalam gaji bulan Januari," katanya kepada pemberita dalam sidang akhbar Persidangan Serantau Persatuan Pentadbiran Awam dan Pengurusan Komanwel (CAPAM) 2014. - UTUSAN ONLINE Artikel Penuh: Utusan. NotaKarut: Cehhhhh!!! Pertama kali aku dengar kena ikut peraturan kewangan...

Komen Bajet 2015...

Assalamualaikum... Gegak gempita bumi Malaysia semalam... Dek keriuhan pembentangan Bajet 2015 oleh Menteri Kewangan Malaysia... Ramainya orang mengutarakan pendapat... Meluahkan rasa keluh kesah... Di FB, di tweet... Dan di kedai kopi... Bila aku baca komen komen yang ditulis Rakyat Malaysia... Aku perasan satu perkara... Rakyat Malaysia TIDAK FAHAM apa tujuan sebenar pembentangan bajet ini... Bajet kerajaan dibentang bertujuan menggunakan wang untuk tujuan pentadbiran kerajaan dan pembangunan... Kerajan yang bermaksud di sini bukan kerajaan BN... Bukan PR... Tapi kerajaan Malaysia... Dan bukan juga untuk rakyat... Terutama... Bukan Pekerja swasta... TAPI... Ada sedikit gula gula yang tempiasnya dapat kepada sebahagian Rakyat Malaysia dan penjawat awam... Bila aku selidik, ramai yang duk kutuk sebenarnya Kebanyakannya timbul rasa dengki... Kerana mereka tak dapat gula gula daripada kerajaan... Aku jua tak layat dapat BR1M... PP1AM... Dan lain lagi

Bina Kabinet Dapur, Apa Yang Perlu Diketahui.

Beli rumah baru? Perkara apa yang pertama di fikirkan? Ubahsuai dapur??? Yup... Dapur, ruangan rumah yang menjadi nadi ibarat jantung kepada sesebuah rumah... Namun, kos yang besar untuk mengubahsuai dapur menjadi ruangan impian sering menjadi halangan sekaligus membantutkan hasrat. Di sini aku coretkan beberapa perkara yang aku buat dalam usaha mendapatkan kontraktor dengan harga yang aku mampu dengan material yang berkualiti. 1. BERKUNJUNG KE TAPAK EKSPO Rajin rajinkan diri mengunjungi ekspo berkaitan hiasan dalaman. Di sini aku mendapat banyak idea, ilmu dan peluang untuk memiliki set rekaan kabinet pada harga yang istimewa. Biasanya syarikat yang terlibat didalam ekspo akan memberi tawaran yg menarik. Tapi awas, jangan percaya bulat bulat, buat sedikit kajian tentang material yang digunakan. 2. BUAT PENAWARAN Pernah dengar 'free quoatation'? Jangan segan jangan malu untuk emel kan 'need statement' anda kepada kontraktor. Kontraktor akan membalas emel