Langkau ke kandungan utama

Entry Edisi Sengal... bab 3...

Bagaimanakan ku mula…Dan apakah kata-kata…
Atau bisikan mesra…
Yang dulu ku cari…
Rupa-rupanya ada di sini…
Ada yang tertinggal…
Setelah terbenam Mentari…
Ada yang tertinggal…
Setelah kering air di kali…

Sesungguhnya banyak ragam manusia…
Namun segala hanyalah bak lakonan semata…
Misteri dalam hidup ini rentak kembara…
Insan dunia satu enigma satu enigma...

Belum pernahku kesali hidupku…
Lahir kedunia pun begitu…
Suka dukaku tanggung sendiri…
Dengan ketabahan hati…
Mana saudara manakah teman teman…
Disaatku memerlukan…
Kepalsuanmu makin menjadi nyata…
Kemesraan sementara…

Oh! bilakah gerhana kan pergi dari sisiku…
Ku rindu sentuhanmu…
Ku damba sentuhanmu…
Tiada lain yang ku inginkan…
Hanyalah…Hanya sentuhanmu…
oppppsss.... sejak bila pulak si tukang karut dah mula bersajak berpuitis bagai pulak ni kan... Jangan salah faham... Ini hasil rojakkan lirik2 lagu yang popular... (aku rasa la)... so... ni nak buat teka teki lagi la ni... Siapa yang dapat menjawab dengan tepat kesemua lagu (5lagu) akan dapat hadiah yang setakat ini dirahsiakan... jangan risau... hadiah yang berharga dan bernilai... tak percaya tanya Cik Eda...(bila nak tuntut hadiah ni?)
Malas nak tiru bunga... siapa yang nak jawab, jawab jea la... tak ada syarat, tak ada peraturan dan tiada tarikh tamat...

Ulasan

-- berkata…
Hello.. ai nak mencuba.. muda2 dulu..orang kata.. ai ni juxebox bergerak..juxebox ok..bukan jubox..

1. Suatu Masa - M. Nasir

2. Mustika - M. Nasir

3. Mentari Merah di Ufuk Timur - Search

4. Enigma - Wings

5. Sendiri - Jamal Abdillah


Saya nak hadiah henbek Coach okeh!!!
-- berkata…
eh..taipo.. juxebox = jukebox
-- berkata…
eh.. aku lagi yg komen..

5 lagu ke 6 lagu neh??

kenape macam ade lagu Sentuhan Listrikmu - M. Nasir je??
NasQ berkata…
huhu... no komen... memang ada lagu terlebih...

pandai2 la...
nohfee berkata…
berpujangga pulak dh. haha
NasQ berkata…
semalam baru jea hantar surat resign jadi tukang karut...

pagi tadi apply mintak jadi pujangga pulak...
Eda Latiff berkata…
oh..kamu tanya bila saya nak tuntut hadiah tu ke?...nnt roger2 k..


untuk teka lagu2 ni tak brape nak tau la...bagi peluang kat org lain je la..hehe

*padahal semua lirik tu pun mcm penah x penah dgr jer..huhu*
NasQ berkata…
Eda: kalau lambat tuntut takut terjual jea nanti...
muahahahahah
NasQ berkata…
Pengumuman: 7 lagu yang sebenarnya, bukan 5 lagu...
Juraidah Hashim berkata…
aku mmg xdapat nk teka lagu yg terlampau puitis tu matnor..ko wat la teka teki len kt aku...hihihi
NasQ berkata…
jue: ko pun nak gelang mutiara ke?


kalau senang sangat nanti xbest la pulak...
Juraidah Hashim berkata…
siot jer matnor..bg je la teka teki len yg susah pon..
NasQ berkata…
Jue: otak aku tak berfungsi la pagi ni...tak dapat nak berfikir teka teki lain...
bunga_rose berkata…
Nak try:

1. Suatu masa - M. Nasir
2. Sentuhan Listrik Mu - M Nasir
3. Mustika - M Nasir
4. Mentari di ufuk timur - search
5. Enigma - wings
6. Sendiri - Jamal Abdillah
7. Gerhana - hattan

Yey.. saya betul semua.. cepat2 nak hadiah best2 okeh!!!!
bunga_rose berkata…
cop2.. yang last tu pun lagu sentuhan listrik mu.. ooii poning laaa
NasQ berkata…
hahaha...bunga...banyak lagi lagu tu... dah dirojakkan...

Catatan popular daripada blog ini

Ucapan Hari Raya Kelakar...

Koleksi Ucapan Whatapp Hari Raya 2016...  Ketupat pulut di atas para, Hendak direbus di tepi perigi, SMS dihantar pengganti kad raya, Tanda ingatan tak luput di hati. Selamat Hari Raya Aidilfitri, Mohon maaf Zahir & Batin . Kalau dilipek sebosar kuku. Kalau dibontang sebosar alam. Kok hilang dicaghi. Kok hanyut dipinteh. Kok tonggolam disolam. Datang biarla nampak muko. Kok poei biarla nampak belakang. Jauh diimbau,dokek digamit. Seuntai salam,sojambak kato. Dogup bicagho,meghisik raso. Salam Aidilfitri Maaf Zahir & Batin “Biar hati sejernih air, jgn pula dipenuhi lumpur, kalau salah saya belum berakhir, diharap diampun dgn rasa bersyukur”.”Jika budi dipenuhi ikhlas, jgn ia disulam tuba, jika ada salah yg belum dibalas, harap diampun di hariraya”. “Biar amarah disunting senyum, ibarat pekerti disulam kasih, diharap dihalal makan dan minum, ibarat rezki yg tidak disisih”. SELAMAT HARIRAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN. Mä$äk £Ã¨mäñg $àmßil bdiri, Hè...

Anda Marah? Ni Pantun Kurang Ajar.

Jalan jalan naik basikal, Naik basikal di waktu malam, Ada otak ada akal, Jangan disimpan menjadi pekasam. Pekasam buruk di goreng orang, Bau semerbak serata alam, Tutur kata ibarat parang, Tersilap kata menikam dalam. Belakang parang diasah jangan, Tajam depan tajam belakangnya, Kurang ajar apakah hukuman, Buku lima di pipi la jawabnya.

Pantun Malam Jumaat...

Ubi kayu sedap dibuat pengat Lagi sedap kalau dimasak siti Malam Jumaat datang semangat Almaklum banyak agenda sedang menanti Sedapnya pengat ubi teringat ingat Manakan terlawan si roti jala Ambillah berkat malam Jumaat Mengerat kasih mendapat pahala Di malam hari terasa hangat Memang enak minum air kelapa Malam ni malam Jumaat Tongkat ali jangan dilupa Dah perkena tongkat ali secawan Dicecah bersama kuih bahulu Hendak berblog,berbloglah kawan, Saya bermohon tidur dahulu. NotaKarut: Nak komen? Sila pantun jua... Hahahahahaha... Sekadar gurauan di malam Jumaat... Tak ada apa agenda pun malam ni kecuali nak buat solat hajat dan zikir lebih sikit...