Langkau ke kandungan utama

Esok Dah Mula Sekolah...

Eh! Tetiba pulak nak cerita pasal sekolah pulak... Sebab bagi orang yang berkerja yang tinggal di KL, pagi2 di waktu musim cuti sekolah ibarat berada di syurga... Boleh meluncur laju... Boleh keluar lambat... Tak banyak kereta...

Bagaikan ada persamaan matematik mudah yang budak darjah 3 pun dapat selesaikan...

PAGI=SEKOLAH=HANTAR ANAK=JEM!!!

Agak2, mana semua kereta yang banyak masa persekolahan ni pergi masa cuti sekolah yea?

Esok, akan berakhir la masa selesa berada di atas jalan raya...Macam2 ragam pemandu terpaksa hadapi... Ada yang potong barisan... Ada yang suka cucuk... Ada yang suka tukar2 lane... Dan ada yang suka2 jea tukar lane tanpa bagi signal... Bagi yang dah masak dengan jalan KL, terpaksa la keluarkan skill memandu anda yang dah berkarat tu... Asah bagi tajam balik...

Aku... Tak ambil kisah sedikit pun... Lantak la nak jem panjang mana pun... Sebabnya, aku menunggang kuda putih kesayangan... Jem atau tak, tetap akan sampai di pejabat sebelum 7.30am...



Teringat zaman muda2 dulu (macam la sekarang ni dah tua sangat!), waktu pembukaan sekolah, semangat nak sekolah tu lain macam... Membuak-buak... Pernah sekali tu, tidur pakai kasut baru... Dan yang paling tak boleh lupa... Masa masuk tadika, sebab sangat PEMALU, PENDIAM, aku duduk di penjuru kelas, duduk menyangkung sambil termenung dan nyaris2 nak banjir... sekadar memerhati... Dan mak, sehari itu sahaja yang dia tunggu, walaupun aku buat muka seposen... Tapi tak dilayan pun...

Ulasan

CekLa berkata…
semangat buka sekolah dulu2, hanya sebab dapat pakai uniform dan semuanya serba baru.. :P
NasQ berkata…
bangun pun tak payak mak kejut, kan CekLa..
Eda Latiff berkata…
skolah....syoknye masa skolah rendah..huhu
NasQ berkata…
syok jadi budak2 kan...
bunga_rose berkata…
dah stat jem...tak leh dah naik kete... kena naik kuda kelabu asap jugak balik..
NasQ berkata…
Bunga : jom sama 2 naik kuda...

Catatan popular daripada blog ini

Ucapan Hari Raya Kelakar...

Koleksi Ucapan Whatapp Hari Raya 2016...  Ketupat pulut di atas para, Hendak direbus di tepi perigi, SMS dihantar pengganti kad raya, Tanda ingatan tak luput di hati. Selamat Hari Raya Aidilfitri, Mohon maaf Zahir & Batin . Kalau dilipek sebosar kuku. Kalau dibontang sebosar alam. Kok hilang dicaghi. Kok hanyut dipinteh. Kok tonggolam disolam. Datang biarla nampak muko. Kok poei biarla nampak belakang. Jauh diimbau,dokek digamit. Seuntai salam,sojambak kato. Dogup bicagho,meghisik raso. Salam Aidilfitri Maaf Zahir & Batin “Biar hati sejernih air, jgn pula dipenuhi lumpur, kalau salah saya belum berakhir, diharap diampun dgn rasa bersyukur”.”Jika budi dipenuhi ikhlas, jgn ia disulam tuba, jika ada salah yg belum dibalas, harap diampun di hariraya”. “Biar amarah disunting senyum, ibarat pekerti disulam kasih, diharap dihalal makan dan minum, ibarat rezki yg tidak disisih”. SELAMAT HARIRAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN. Mä$äk £Ã¨mäñg $àmßil bdiri, Hè...

Anda Marah? Ni Pantun Kurang Ajar.

Jalan jalan naik basikal, Naik basikal di waktu malam, Ada otak ada akal, Jangan disimpan menjadi pekasam. Pekasam buruk di goreng orang, Bau semerbak serata alam, Tutur kata ibarat parang, Tersilap kata menikam dalam. Belakang parang diasah jangan, Tajam depan tajam belakangnya, Kurang ajar apakah hukuman, Buku lima di pipi la jawabnya.

Pantun Malam Jumaat...

Ubi kayu sedap dibuat pengat Lagi sedap kalau dimasak siti Malam Jumaat datang semangat Almaklum banyak agenda sedang menanti Sedapnya pengat ubi teringat ingat Manakan terlawan si roti jala Ambillah berkat malam Jumaat Mengerat kasih mendapat pahala Di malam hari terasa hangat Memang enak minum air kelapa Malam ni malam Jumaat Tongkat ali jangan dilupa Dah perkena tongkat ali secawan Dicecah bersama kuih bahulu Hendak berblog,berbloglah kawan, Saya bermohon tidur dahulu. NotaKarut: Nak komen? Sila pantun jua... Hahahahahaha... Sekadar gurauan di malam Jumaat... Tak ada apa agenda pun malam ni kecuali nak buat solat hajat dan zikir lebih sikit...