Langkau ke kandungan utama

Mana-mana pun boleh...

Lokasi 1:

Tuan Besar: "Tuan kecik, Tuan Teramat Besar dah tandatangan surat belum?"
Tuan Kecik: "Belum lagi Tuan Besar"
Tuan Besar: "Kamu followup nanti"
Tuan Kecik: "Saya menurut perintah Tuan Besar"

Lokasi 2:

Tuan Besar: "Berapa banyak kita dapat duit tahun ni?"
Tuan Sedang2: "Entah la... Kena tanya Tuan Kecik dulu."
Secara tak sengaja Tuan Kecik pun termasuk la...
Tuan Sedang2: "Ha! Berapa dapat duit tahun ni?"
Tuan Kecik: "Dalam 30.3juta dari bank kecik, Tuan-Tuan... 60Juta dari bank besar"
Tuan Besar: "Ok... Nanti kamu followup."
Tuan Kecik: "Saya menurut perintah Tuan Besar"

Lokasi 3:

Tuan Besar: "PA saya cuti hari ni, kamu tolong book hotel untuk saya"
Tuan Kecik: "Tuan Besar nak duduk mana?"
Tuan Besar: "Mana-mana jea la... Jangan mahal sangat dah la..."
Tuan Kecik: "Saya menurut perintah Tuan Besar"

Lokasi 4:

Tuan Besar: "Kamu kena pergi Mesyuarat nanti... Cakap dengan Tuan Kecik Sorang lagi..."
Tuan Kecik: "Saya menurut perintah Tuan Besar... Tapi saya banyak kerja Tuan Besar..."
Tuan Besar: "Tak pe... Biar Tuan Kecik Sorang lagi buat..."
Tuan Kecik: "Baik tuan..."

Lokasi 5:

Tuan Besar: "Apa cerita LOI tu... Dah tandatangan?"
Tuan Sedang2: "Belum lagi rasanya..."
Tuan Sedang2: "Tuan Kecik, kamu pergi followup nanti..."
Tuan Kecik: "Saya menurut perintah Tuan-Tuan"

Cuba teka dekat mana perbualan di atas berlangsung:
a) Bilik Tuan Besar.
b) Bilik Tuan Sedang.
c) Bilik Tuan Kecik.
d) Di atas kabinet depan meja PA Tuan Besar.
e) Di dalam Tandas!!!

























Lokasi 1 : Di dalam tandas...
Lokasi 2 : Tandas lagi...
Lokasi 3 : Lagi-lagi didalam tandas...
Lokasi 4 : erm... Tandas lagi...
Lokasi 5 : Korang faham sendiri la yea... Takkan tak faham2 jugak...

Tengok la, berapa effektifnya pegawai gomen ni... dekat mana-mana pun boleh mesyuarat...
Dulu, tempat paling disukai untuk bermesyuarat, bukan di bilik mesyuarat, tapi di atas kabinet depan meja PA...

Di situ la mesyuarat pagi, mesyuarat teknikal, mesyuarat skt dan segala bagai mesyuarat...
Tapi sekarang dah berubah... Haihhhhh!!!!

Ulasan

bunga_rose berkata…
hhaahahaha.. bos bosa sempoi sangat.. tu yg bole meeting mane2 tu.. n tu la yg buat slope branch ni beshhhhh!! sbb bos gegile sporting
NasQ berkata…
sport ke sporting???

=P
-- berkata…
ooo patutlah kabinet ni kemas je skarang..kalo tak macam tempat kucing mengawan..selerak!

ape ke toilet pulak peginya? tau la baru dapat nombo 3 tandas terbaik..
NasQ berkata…
Eh, kabinet tu fida punya ke?
Eh, Fida ke PA tu?
Eda Latiff berkata…
flexible orang putih ckp...
Fadzli Amir berkata…
Dalam toilet tu tengah buang yang besar ke yang kecik tak pun yang sedang...?
NasQ berkata…
depan cermin ma...bukan kecik bukan besar...
NasQ berkata…
Eda: Orang melayu kata flexible tu "boleh lentur" kan?
AfiqahZ berkata…
hahax~
kelakaaa :D
NasQ berkata…
kui..kui...kui...

Catatan popular daripada blog ini

Ucapan Hari Raya Kelakar...

Koleksi Ucapan Whatapp Hari Raya 2016...  Ketupat pulut di atas para, Hendak direbus di tepi perigi, SMS dihantar pengganti kad raya, Tanda ingatan tak luput di hati. Selamat Hari Raya Aidilfitri, Mohon maaf Zahir & Batin . Kalau dilipek sebosar kuku. Kalau dibontang sebosar alam. Kok hilang dicaghi. Kok hanyut dipinteh. Kok tonggolam disolam. Datang biarla nampak muko. Kok poei biarla nampak belakang. Jauh diimbau,dokek digamit. Seuntai salam,sojambak kato. Dogup bicagho,meghisik raso. Salam Aidilfitri Maaf Zahir & Batin “Biar hati sejernih air, jgn pula dipenuhi lumpur, kalau salah saya belum berakhir, diharap diampun dgn rasa bersyukur”.”Jika budi dipenuhi ikhlas, jgn ia disulam tuba, jika ada salah yg belum dibalas, harap diampun di hariraya”. “Biar amarah disunting senyum, ibarat pekerti disulam kasih, diharap dihalal makan dan minum, ibarat rezki yg tidak disisih”. SELAMAT HARIRAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN. Mä$äk £Ã¨mäñg $àmßil bdiri, Hè...

Anda Marah? Ni Pantun Kurang Ajar.

Jalan jalan naik basikal, Naik basikal di waktu malam, Ada otak ada akal, Jangan disimpan menjadi pekasam. Pekasam buruk di goreng orang, Bau semerbak serata alam, Tutur kata ibarat parang, Tersilap kata menikam dalam. Belakang parang diasah jangan, Tajam depan tajam belakangnya, Kurang ajar apakah hukuman, Buku lima di pipi la jawabnya.

Pantun Malam Jumaat...

Ubi kayu sedap dibuat pengat Lagi sedap kalau dimasak siti Malam Jumaat datang semangat Almaklum banyak agenda sedang menanti Sedapnya pengat ubi teringat ingat Manakan terlawan si roti jala Ambillah berkat malam Jumaat Mengerat kasih mendapat pahala Di malam hari terasa hangat Memang enak minum air kelapa Malam ni malam Jumaat Tongkat ali jangan dilupa Dah perkena tongkat ali secawan Dicecah bersama kuih bahulu Hendak berblog,berbloglah kawan, Saya bermohon tidur dahulu. NotaKarut: Nak komen? Sila pantun jua... Hahahahahaha... Sekadar gurauan di malam Jumaat... Tak ada apa agenda pun malam ni kecuali nak buat solat hajat dan zikir lebih sikit...