Langkau ke kandungan utama

Raja Lawak??? Lawakkah???

Aku rasa aku lebih gelak ketawa berguling-guling menonton juri-juri mengomen terutamanya apabila David Teo cuba berbahasa melayu dengan betul dan membuat cubaan untuk meniru Karam Singh Walia dengan trademark berperibahasa.... Tapi dalam nada dan nahu yang tunggang langgang... Kelaut la dalam bahasa mudahnya...

"Buah Cempelak Diluar Pagar"
"Alang-alang menggenggam bara, biar sampai jadi batu arang"

Kah...Kah... Kui... Kui... Memang Astro tak salah memilih juri... Memang lawak betul Juri-Juri kali ni...


Aku jugak ketawa berkahak-kahak menonton Johan serta Zizan mengacara dan mengharubluekan rancangan raja lawak... Memang budak dua ekor ni bagus kalau digandingkan bersama-sama...

Tapi kenapa aku senyap kaku bila menonton peserta raja lawak tu... Tak ada perasaan betul nak gelak... sebabnya? Aku rasa tak tengok seorang pelawak, tapi pelakon cuba buat lawak...

Mungkin terlalu awal untuk menilai...

Tapi ada orang kata aku buat lawak dan aku rasa tak buat lawak pun sebenarnya... Lawak ke?

Ulasan

-- berkata…
tak ..tak lawak langsung.. dah la muka belagak!

oh yeye.. rumah ai tade astro.

dah takyah komen.
NasQ berkata…
HUHU... muka berlagak... huhu... no komen jugak la.... huhu... diawang-awangan kena puji...
bunga_rose berkata…
haahhahaah.. betul laa tgk muka pun dah boleh gelak.. ok next year masuk ujibakat RL6 ek kuikuikui
NasQ berkata…
vote la ai ek... boleh ganti tempat Nabil...
Eda Latiff berkata…
haha..biar sampai jadi batu arang...sib baik tak cakap biar sampai tanjung karang...kui3x..;-)
NasQ berkata…
ikan bakar tanjung karang....erm...yummmyyy...
nohfee berkata…
tak tengok pon. adeh~~
NasQ berkata…
lagi bagus tengok iklan digi...lagi lawak...huhu...

Catatan popular daripada blog ini

Ucapan Hari Raya Kelakar...

Koleksi Ucapan Whatapp Hari Raya 2016...  Ketupat pulut di atas para, Hendak direbus di tepi perigi, SMS dihantar pengganti kad raya, Tanda ingatan tak luput di hati. Selamat Hari Raya Aidilfitri, Mohon maaf Zahir & Batin . Kalau dilipek sebosar kuku. Kalau dibontang sebosar alam. Kok hilang dicaghi. Kok hanyut dipinteh. Kok tonggolam disolam. Datang biarla nampak muko. Kok poei biarla nampak belakang. Jauh diimbau,dokek digamit. Seuntai salam,sojambak kato. Dogup bicagho,meghisik raso. Salam Aidilfitri Maaf Zahir & Batin “Biar hati sejernih air, jgn pula dipenuhi lumpur, kalau salah saya belum berakhir, diharap diampun dgn rasa bersyukur”.”Jika budi dipenuhi ikhlas, jgn ia disulam tuba, jika ada salah yg belum dibalas, harap diampun di hariraya”. “Biar amarah disunting senyum, ibarat pekerti disulam kasih, diharap dihalal makan dan minum, ibarat rezki yg tidak disisih”. SELAMAT HARIRAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN. Mä$äk £Ã¨mäñg $àmßil bdiri, Hè...

Anda Marah? Ni Pantun Kurang Ajar.

Jalan jalan naik basikal, Naik basikal di waktu malam, Ada otak ada akal, Jangan disimpan menjadi pekasam. Pekasam buruk di goreng orang, Bau semerbak serata alam, Tutur kata ibarat parang, Tersilap kata menikam dalam. Belakang parang diasah jangan, Tajam depan tajam belakangnya, Kurang ajar apakah hukuman, Buku lima di pipi la jawabnya.

Pantun Malam Jumaat...

Ubi kayu sedap dibuat pengat Lagi sedap kalau dimasak siti Malam Jumaat datang semangat Almaklum banyak agenda sedang menanti Sedapnya pengat ubi teringat ingat Manakan terlawan si roti jala Ambillah berkat malam Jumaat Mengerat kasih mendapat pahala Di malam hari terasa hangat Memang enak minum air kelapa Malam ni malam Jumaat Tongkat ali jangan dilupa Dah perkena tongkat ali secawan Dicecah bersama kuih bahulu Hendak berblog,berbloglah kawan, Saya bermohon tidur dahulu. NotaKarut: Nak komen? Sila pantun jua... Hahahahahaha... Sekadar gurauan di malam Jumaat... Tak ada apa agenda pun malam ni kecuali nak buat solat hajat dan zikir lebih sikit...