Langkau ke kandungan utama

Yea, Baik Laaaaa...

Tuan Kecik: "Bos, esok saya kena pergi kursus di Intekma, Shah Alam..." (dengan muka bersinar2 penuh harapan supaya diluluskan...dengan niat nak larikan diri dari pejabat...)

Tuan Besar: "Berapa hari?"

Tuan Kecik: "Esok jea bos"

Tuan Besar: "OK... Kamu tak payah pergi, suruh engineer baru tu pergi, kamu kena kuarantin... Banyak yang nak kena buat esok..."

Tuan Kecik: "***Yea... Baik la, bos..." (berlalu dengan muka penuh kegelapan kehampaan, harapan berkecai berkaca-kaca kerana niat nak melarikan diri musnah didepan mata, nak MC esok boleh tak ek?)

***p/s: sila baca dalam nada budak nakal, shin chan...

Ulasan

saiful berkata…
ambik je MC,hehehe
NasQ berkata…
klinik mana ada jual mc?
Unknown berkata…
alaa..tak yah la cuti..klo cuti tataw nak bt ap gak kan..bek duk kat opis..he3
NasQ berkata…
bukan nak cuti sebab nak bercuti, tapi nak melarikan diri ke dalam gua...
-- berkata…
enjiniye baru dah masok eh?

mana? mana? lawo?
NasQ berkata…
ntah... ai kan baru masuk ofis ari ni...
bunga_rose berkata…
hikhik.. lawo ke?? hahahaahahahah..

weh, padan la pagi tadi dok ikot montot kk hikhik laksana anakanda mengikot montot ayahanda haahahha
NasQ berkata…
ikut jea montot laksana kerbau dicucuk hidung...
Yutaka Mushimura berkata…
aigoo...berkemungkinan besar pangkat akan dinaikkan secara mendadak....

:)
NasQ berkata…
nak naik pangkat sarjan mejar boleh tak mr. jepun?

Catatan popular daripada blog ini

Ucapan Hari Raya Kelakar...

Koleksi Ucapan Whatapp Hari Raya 2016...  Ketupat pulut di atas para, Hendak direbus di tepi perigi, SMS dihantar pengganti kad raya, Tanda ingatan tak luput di hati. Selamat Hari Raya Aidilfitri, Mohon maaf Zahir & Batin . Kalau dilipek sebosar kuku. Kalau dibontang sebosar alam. Kok hilang dicaghi. Kok hanyut dipinteh. Kok tonggolam disolam. Datang biarla nampak muko. Kok poei biarla nampak belakang. Jauh diimbau,dokek digamit. Seuntai salam,sojambak kato. Dogup bicagho,meghisik raso. Salam Aidilfitri Maaf Zahir & Batin “Biar hati sejernih air, jgn pula dipenuhi lumpur, kalau salah saya belum berakhir, diharap diampun dgn rasa bersyukur”.”Jika budi dipenuhi ikhlas, jgn ia disulam tuba, jika ada salah yg belum dibalas, harap diampun di hariraya”. “Biar amarah disunting senyum, ibarat pekerti disulam kasih, diharap dihalal makan dan minum, ibarat rezki yg tidak disisih”. SELAMAT HARIRAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN. Mä$äk £Ã¨mäñg $àmßil bdiri, Hè...

Anda Marah? Ni Pantun Kurang Ajar.

Jalan jalan naik basikal, Naik basikal di waktu malam, Ada otak ada akal, Jangan disimpan menjadi pekasam. Pekasam buruk di goreng orang, Bau semerbak serata alam, Tutur kata ibarat parang, Tersilap kata menikam dalam. Belakang parang diasah jangan, Tajam depan tajam belakangnya, Kurang ajar apakah hukuman, Buku lima di pipi la jawabnya.

Pantun Malam Jumaat...

Ubi kayu sedap dibuat pengat Lagi sedap kalau dimasak siti Malam Jumaat datang semangat Almaklum banyak agenda sedang menanti Sedapnya pengat ubi teringat ingat Manakan terlawan si roti jala Ambillah berkat malam Jumaat Mengerat kasih mendapat pahala Di malam hari terasa hangat Memang enak minum air kelapa Malam ni malam Jumaat Tongkat ali jangan dilupa Dah perkena tongkat ali secawan Dicecah bersama kuih bahulu Hendak berblog,berbloglah kawan, Saya bermohon tidur dahulu. NotaKarut: Nak komen? Sila pantun jua... Hahahahahaha... Sekadar gurauan di malam Jumaat... Tak ada apa agenda pun malam ni kecuali nak buat solat hajat dan zikir lebih sikit...