Langkau ke kandungan utama

Jual Beli Pantun

Asyik mengarut jea kan... penat la otak ni... Apa kata kalau kita berpantun pulak...Boleh jugak menajamkan otak... biar semua sel-sel otak bersambung... Tak perlu la nak beli susu yang mahal semata-mata nak sambungkan sel-sel otak tu kan... Kalau ada yang sudi, boleh la kita berbalas... bukan saling tembak menembak... baling batu pun jangan... Kalau nak baling batu sangat, pergi ke Mesir... Kawan dengan Hosni Murtabak...

Ok... Intro jea pun dah mengarutkan... Tadi kata tak mau mengarut... Lurus kepada titik la yea...


I follow u,
U follow i back,
kau sape nak paksa aku,
Ikut suka aku nak follow ke tak.









Dah... tu jea... malas nak mengarut... pantun pun tunggang langgang... nahu ntah kemana... lenggok bahasa langsung ke laut... yang nampak lenggok mak janda jea... Tettttt.... nanti marah pulak orang melaka nanti...

Ulasan

KUREKURE COMEL berkata…
u follow i...
i follow u...
u tak follow i..
i tak follow u...


kahkahkahkah.....
NasQ berkata…
nak jawab dengan pantun jugak... lepas ni sape2 nak komen sila komen dalam pantun yea...
-- berkata…
follow me bedak badan wangi

tak follow pon aku mencarut jugak

follow me badan tak semestinya wangi

tak follow u aku jangan dicarutkan pulak!



ehwah!! ehwaH!! jawab.. jawab...
Ze_Mhis berkata…
nampak buffalo tepi telaga
buffalo nak naik sampan
i folo sebab i suka
u tak folo i tak heran



jawab?????
NasQ berkata…
Fida:
bedak wangi bedak follow me,
Lagi sesuai dipakai budak-budak,
pening kepala nak buat pantun ni,
Rasa macam nak mencarut jugak....



Ok ke? Ha.... jawab la...
NasQ berkata…
Piah becok:

Buffolo lalu depan rumah,
Depan rumah ada sawah,
Kalau follow sebab suka aku tak kesah,
Bab paksa2 ni yang nak melucah...





Jawab jangan tak jawab...
Intan7 berkata…
bola bulat melantun-lantun..
t'kena pasu lalu pecah..
komen ari nie kena b'pntun..
psl follow pn blh melucah?

pegi penang cari pak lah..
i nk follow u lah..

cik ct pakai beg merah
kalo u x follow, i x marah..

amek.. sampai 3 rangkap tu..haha
NasQ berkata…
intan:
Hari ni kalau nak komen kena berpantun,
Dah berpantun moh ke sawah,
Selalu komen bersopan santun,
Sesekali nak jugak melucah.

pak lah tokey buffolo,
Esok sajalah i follow...

Pen biru pen merah,
Bagus la kalau tak marah...



Adeiiiii.... rosak bahasa melayu aku kali ni... nahu, tatabahasa, lenggok pantun semua ke laut... layak dicampak dalam zoo jea...
Ze_Mhis berkata…
paksa folo menari cha-cha
menari sampai putus jari
daripada berdosa kau melucah
sembelih je diorang dalam mimpi
NasQ berkata…
aduh... tak habis lagi rupanya...

tak pe...tak pe....aku jawab...

Kalau menari terputus jari
tak usah la nak menari
hanya Melucah didalam hati
Nak sembelih orang tak sampai hati
Ze_Mhis berkata…
oleh kerana ku suka berfantun,
sile baca yang ni:


melucah dikau di dalam hati
sembelih pun tak sampai ati
if tak melucah even dalam ati
aminnnn, kau mithali!!


happy blogging!

Catatan popular daripada blog ini

Ucapan Hari Raya Kelakar...

Koleksi Ucapan Whatapp Hari Raya 2016...  Ketupat pulut di atas para, Hendak direbus di tepi perigi, SMS dihantar pengganti kad raya, Tanda ingatan tak luput di hati. Selamat Hari Raya Aidilfitri, Mohon maaf Zahir & Batin . Kalau dilipek sebosar kuku. Kalau dibontang sebosar alam. Kok hilang dicaghi. Kok hanyut dipinteh. Kok tonggolam disolam. Datang biarla nampak muko. Kok poei biarla nampak belakang. Jauh diimbau,dokek digamit. Seuntai salam,sojambak kato. Dogup bicagho,meghisik raso. Salam Aidilfitri Maaf Zahir & Batin “Biar hati sejernih air, jgn pula dipenuhi lumpur, kalau salah saya belum berakhir, diharap diampun dgn rasa bersyukur”.”Jika budi dipenuhi ikhlas, jgn ia disulam tuba, jika ada salah yg belum dibalas, harap diampun di hariraya”. “Biar amarah disunting senyum, ibarat pekerti disulam kasih, diharap dihalal makan dan minum, ibarat rezki yg tidak disisih”. SELAMAT HARIRAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN. Mä$äk £Ã¨mäñg $àmßil bdiri, Hè...

Anda Marah? Ni Pantun Kurang Ajar.

Jalan jalan naik basikal, Naik basikal di waktu malam, Ada otak ada akal, Jangan disimpan menjadi pekasam. Pekasam buruk di goreng orang, Bau semerbak serata alam, Tutur kata ibarat parang, Tersilap kata menikam dalam. Belakang parang diasah jangan, Tajam depan tajam belakangnya, Kurang ajar apakah hukuman, Buku lima di pipi la jawabnya.

Pantun Malam Jumaat...

Ubi kayu sedap dibuat pengat Lagi sedap kalau dimasak siti Malam Jumaat datang semangat Almaklum banyak agenda sedang menanti Sedapnya pengat ubi teringat ingat Manakan terlawan si roti jala Ambillah berkat malam Jumaat Mengerat kasih mendapat pahala Di malam hari terasa hangat Memang enak minum air kelapa Malam ni malam Jumaat Tongkat ali jangan dilupa Dah perkena tongkat ali secawan Dicecah bersama kuih bahulu Hendak berblog,berbloglah kawan, Saya bermohon tidur dahulu. NotaKarut: Nak komen? Sila pantun jua... Hahahahahaha... Sekadar gurauan di malam Jumaat... Tak ada apa agenda pun malam ni kecuali nak buat solat hajat dan zikir lebih sikit...