Langkau ke kandungan utama

Lelaki vs Bola...

Awat la 2,3 hari ni aku nak tulis yang kontroversi jea ni... Banyak lagi benda lain nak tulis... Tapi tu la... Idea tu ada... Bila nak start menulis jea, mula la penyakit lupa ni datng menyerang... kadang-kadang dah tulis tu, saja simpan dalam draf... memang tak nak, dan tak akan publish pun...

Lelaki dan bola, memang tak dapat dipisahkan...
Macam perempuan jugak, perempuan dan make up menang kembar siam...
Perempuan dan handbeg ibarat isi dan kuku...
Wanita dan shopping ibarat aur dan tebing... Ada yang marah ni kang... huhuhu... tettttt!!!!

Ada lelaki yang kaki bola memang minat gila bola... makan bola.. minum bola... terberak pun bola jugak... silap2 tengah bersedap-sedapan pun, mata tu nak jugak tengok bola... jangan tanya la apa sedap-sedapan tu... kalau nak tau... tanya la orang dah kahwin...

Ada jugak lelaki yang kaki bangku, tapi still minat bola... dan gaya lelaki ni, kalau tengok bola, macam dia la pemain terhebat di padang, dia la juara... macam dia la coach... macam2 la... Pada hal, dema ni hampeh tahap gaban... kalau sepak penalti dengan pintu gol kosong pun belum tentu gol lagi.... apatah lagi kalau letak tunggul pun... lagi la... kalau kita tengok perhati dekat kedai makan masa perlawanan bola... ramai jugak golongan yang macam ni... percayalaaaaaa....

dah la... malas nak membebel meroyan meraung... bukan ada orang nak baca pun... aku marah dengan seorang mamat ni... macam la dia sorang jea yang tau pasal bola... dia la yang hebat... habis semua pemain dimakinya...potong stim jea nak tengok Malaysia negaraku yang tercenta ni berlawan dengan HongKong KingKong...

baik tengok dekat rumah...aman... tapi tak best la jerit sorang2...

Ulasan

zati embong berkata…
sebabkan marah kat seorg mamat ni,panjang berjela entry dia buat.haha O.o..smpai perempuan2 kena tempias sekali.haha
NasQ berkata…
huhu...

baru tempias tu... belum kena hujan guruh ribut petir lagi...
Eda Latiff berkata…
biaq p dema la...u kan lagi arif dr dema yg kaki bangku tu..
NasQ berkata…
masalahnya... tukang karut ni pun kaki bangku jugak....tettttttt
KUREKURE COMEL berkata…
ehh....i like spain je...hehehe...

duk la sorang2 kt umah...nnti ade tuuttt teman tgk bola skali...kehkehkeh
NasQ berkata…
huh....meh la tutttt...meh kita sama2 tengok bola... dapat paku tengkok nanti jadi la lawa tu...
-- berkata…
tak suka mekap
tak suka henbek
tak suka soping..

hmmm...











bukan aku la tuh. aku suka tu sumer tapi mampu yg murah2 je lah!
NasQ berkata…
ok...nanti i bg hadiah henbek harga 3 seploh ek...
Intan7 berkata…
abg intan ske bola.. abis satu bilik di tampalnye poster..isk2
NasQ berkata…
Tu baru betul minat... lepas ni kalau intan masak, jangan lupa letak bebola ikan,ketam dan udang... baru la ada semangat bola...
HaN WarreN berkata…
hahahahah mamat tu nak jadi pengulas perlawanan tu agaknya...
NasQ berkata…
pengulas sukan tak berbayar...
HanaHideaki berkata…
haha...tu la kan..tgk bola sambil kritik player tu mcm dia berskil sgt la main...cer try test jap main..lg hancuss agknya...muahaha....

errkk..
x suka make-up..
x suka handbag kecuali terdesak..
x suka shopping unless dah lama x shopping..hahaha..
NasQ berkata…
cik anna: yea ke tak suka makeup, handbeg, shopping...
bunga_rose berkata…
woii woiii sama pangai cam laki aku tu... klu tengok bola.. aku panggil suh buat susu anak pun dia buat tak tau.. hahhaahha..
NasQ berkata…
cuba try suruh minum susu lak...mesti laju nya...muahahahahah
nohfee berkata…
hiyaaaaa. tak suka bola.
NasQ berkata…
sapa pun yang suka bola...aku suka makan...

Catatan popular daripada blog ini

Ucapan Hari Raya Kelakar...

Koleksi Ucapan Whatapp Hari Raya 2016...  Ketupat pulut di atas para, Hendak direbus di tepi perigi, SMS dihantar pengganti kad raya, Tanda ingatan tak luput di hati. Selamat Hari Raya Aidilfitri, Mohon maaf Zahir & Batin . Kalau dilipek sebosar kuku. Kalau dibontang sebosar alam. Kok hilang dicaghi. Kok hanyut dipinteh. Kok tonggolam disolam. Datang biarla nampak muko. Kok poei biarla nampak belakang. Jauh diimbau,dokek digamit. Seuntai salam,sojambak kato. Dogup bicagho,meghisik raso. Salam Aidilfitri Maaf Zahir & Batin “Biar hati sejernih air, jgn pula dipenuhi lumpur, kalau salah saya belum berakhir, diharap diampun dgn rasa bersyukur”.”Jika budi dipenuhi ikhlas, jgn ia disulam tuba, jika ada salah yg belum dibalas, harap diampun di hariraya”. “Biar amarah disunting senyum, ibarat pekerti disulam kasih, diharap dihalal makan dan minum, ibarat rezki yg tidak disisih”. SELAMAT HARIRAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN. Mä$äk £Ã¨mäñg $àmßil bdiri, Hè...

Anda Marah? Ni Pantun Kurang Ajar.

Jalan jalan naik basikal, Naik basikal di waktu malam, Ada otak ada akal, Jangan disimpan menjadi pekasam. Pekasam buruk di goreng orang, Bau semerbak serata alam, Tutur kata ibarat parang, Tersilap kata menikam dalam. Belakang parang diasah jangan, Tajam depan tajam belakangnya, Kurang ajar apakah hukuman, Buku lima di pipi la jawabnya.

Pantun Malam Jumaat...

Ubi kayu sedap dibuat pengat Lagi sedap kalau dimasak siti Malam Jumaat datang semangat Almaklum banyak agenda sedang menanti Sedapnya pengat ubi teringat ingat Manakan terlawan si roti jala Ambillah berkat malam Jumaat Mengerat kasih mendapat pahala Di malam hari terasa hangat Memang enak minum air kelapa Malam ni malam Jumaat Tongkat ali jangan dilupa Dah perkena tongkat ali secawan Dicecah bersama kuih bahulu Hendak berblog,berbloglah kawan, Saya bermohon tidur dahulu. NotaKarut: Nak komen? Sila pantun jua... Hahahahahaha... Sekadar gurauan di malam Jumaat... Tak ada apa agenda pun malam ni kecuali nak buat solat hajat dan zikir lebih sikit...