Langkau ke kandungan utama

Logik... Logik Ke?

Muak la dengar alasan yang sama jea...
Lagi2 orang yang pakai jam jenis jam matahari ni...
Jawapan standard jea... Dah macam ada skema jawapan pulak...

Skema jawapan on the way tu dah lapuk la...
Zaman-zaman retro 70an boleh la guna alasan tu...
Cuba la berfikiran kreatif dan kritis sikit...
Tak ada nanti la sel-sel otak tu tak bersambung, asyik terlupa jea...

Pakar kata, bukan aku yang kata, orang kalau malas berfikir, cepat nyanyuk!!!
Pakar jugak berkata, dah tentu bukan aku yang kata,... ntah la... Aku pun dah lupa..
Mungkin susu yang aku minum masa kecik2 tu tak ada zat besi aluminium... Tu yang sel-sel otak tak bersambung sangat...

Dah... Start dah mengarut... Ok la lurus kepada titiik la yea...

Alasan... Apa lagi alasan yang logik yang boleh buat orang percaya seseorang yang lambat tu bersebab, hatta sekalipun sebenarnya kelambatan sesorang itu memang sebab dia yang lambat...

Faham ke bahasa sasterawan carut ni?

Permudah kata la kan...
Ni aku nak tanya dekat korang yang bijak pandai menyusun kata-kata, apa alasan paling tak logik yang pernah korang guna, tapi boleh diterima semua orang...

Jangan nak menipu la kalau korang tak pernah cipta alasan... orang Negeri Sembilan kata, "pembongak bosar" la kalau korang tak pernah cipta alasan untuk melepaskan diri kan...
Kongsi2 la sikit... Silap2 lepas ni boleh la aku buat tip...
Tak kisah la tip tu mengarut pun.... mana tau, sok2 aku terpakasa cipta alasan pulak...

Ulasan

Arpiiz berkata…
untuk yang tak siap assignment biasanye aku cakap nak hantar hari esok.. tapi hantarnye minggu depan..hehe
NasQ berkata…
Tu alasan biasa... nak yang luar biasa...
Fadzli Amir berkata…
aku tak paham satu abuk pun...samada ko yang tulih tuk bagi aku tak paham atau aku dulu tak minum susu ada zat besi yg membuatkan saraf2 otak tak bersambung atau aku dah mengantuk sangat sampai baca tunggang tebalik,,,,tapi aku nak komen gak...
NasQ berkata…
Bukan kau jea yang tak faham... aku sendiri tukang tulis ni pun tak faham...
NasQ berkata…
Bukan kau jea yang tak faham... aku sendiri tukang tulis ni pun tak faham...
KUREKURE COMEL berkata…
ekkk...mina lg sempoi....xdtg opis alasan arnab mati...perhhhhhh...

mantop.....hahahaha
NasQ berkata…
Ha... nampaknya mina sorang je yang sel2 otak bersambung...
NasQ berkata…
Tak mau la mr jepun... nak cuba susu ibu pulak...
Yutaka Mushimura berkata…
susu ibu memang terbaik di alam semesta raya....arrr
NasQ berkata…
ni yang tak sabar nak kawen ni... nak rasa susu ibu...muahahahahahahaha,,,gelak gatal!
Yutaka Mushimura berkata…
oh....ade terkesima jap....grrr..;)
NasQ berkata…
hahahahaha...ha!!!

terkesima terdiam seribu bahasa!!!

Nak buat ayat maut lagi...

ayat maut dijawab dengan dengan ayat membunuh jugak!
Yutaka Mushimura berkata…
hahhaha..ayat maut bender....aigooo..)
zati embong berkata…
alasan plg x logik jat

"jat xpujuk en bf sebab jat x reti pujuk" haha..tp dia xleh terima gak..haha

tp org plg xleh terima alasan bos jat..jgn cube sekali2 x angkat call dia or x reply msg dia, habes kena bebel sebakul.

ade bg alasan, xde kredit bos,2yg x reply

"sy xleh terima alasan 2,bt malu je engr xde kredit"

huahuahua.bos psiko!
-- berkata…
ai jujur..
tak penah beralasan..kalo ai dtg lambat *hari2 pon kan?* ai ngaku je ai lambat sebab lambat bangun..

hari2 pon lambat bangun.

sebab tu tak penah kene tindakan kot! jujur!! heh!

Catatan popular daripada blog ini

Ucapan Hari Raya Kelakar...

Koleksi Ucapan Whatapp Hari Raya 2016...  Ketupat pulut di atas para, Hendak direbus di tepi perigi, SMS dihantar pengganti kad raya, Tanda ingatan tak luput di hati. Selamat Hari Raya Aidilfitri, Mohon maaf Zahir & Batin . Kalau dilipek sebosar kuku. Kalau dibontang sebosar alam. Kok hilang dicaghi. Kok hanyut dipinteh. Kok tonggolam disolam. Datang biarla nampak muko. Kok poei biarla nampak belakang. Jauh diimbau,dokek digamit. Seuntai salam,sojambak kato. Dogup bicagho,meghisik raso. Salam Aidilfitri Maaf Zahir & Batin “Biar hati sejernih air, jgn pula dipenuhi lumpur, kalau salah saya belum berakhir, diharap diampun dgn rasa bersyukur”.”Jika budi dipenuhi ikhlas, jgn ia disulam tuba, jika ada salah yg belum dibalas, harap diampun di hariraya”. “Biar amarah disunting senyum, ibarat pekerti disulam kasih, diharap dihalal makan dan minum, ibarat rezki yg tidak disisih”. SELAMAT HARIRAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN. Mä$äk £Ã¨mäñg $àmßil bdiri, Hè...

Anda Marah? Ni Pantun Kurang Ajar.

Jalan jalan naik basikal, Naik basikal di waktu malam, Ada otak ada akal, Jangan disimpan menjadi pekasam. Pekasam buruk di goreng orang, Bau semerbak serata alam, Tutur kata ibarat parang, Tersilap kata menikam dalam. Belakang parang diasah jangan, Tajam depan tajam belakangnya, Kurang ajar apakah hukuman, Buku lima di pipi la jawabnya.

Pantun Malam Jumaat...

Ubi kayu sedap dibuat pengat Lagi sedap kalau dimasak siti Malam Jumaat datang semangat Almaklum banyak agenda sedang menanti Sedapnya pengat ubi teringat ingat Manakan terlawan si roti jala Ambillah berkat malam Jumaat Mengerat kasih mendapat pahala Di malam hari terasa hangat Memang enak minum air kelapa Malam ni malam Jumaat Tongkat ali jangan dilupa Dah perkena tongkat ali secawan Dicecah bersama kuih bahulu Hendak berblog,berbloglah kawan, Saya bermohon tidur dahulu. NotaKarut: Nak komen? Sila pantun jua... Hahahahahaha... Sekadar gurauan di malam Jumaat... Tak ada apa agenda pun malam ni kecuali nak buat solat hajat dan zikir lebih sikit...