Langkau ke kandungan utama

Nak Salahkan Siapa?

Ada lagi 2 jam untuk berbuka...
Lama lagi tu...
Tapi tak apa...
Asal tiada makanan lagi di depan mata...
Boleh saje menahan diri...

Serius... Puasa dari kecik sampai dah tua bangka ni...
5minit terakhir sebelum waktu berbuka adalah waktu yang sangat sangat sangat mencabar...
Penantian itu satu penyeksaan!
Nampak pulak air tembikai laici yang berpeluh peluh kesejukkan tu kan...

Kalau boleh nak putarkan jam tu biar cepat...
Hohoho...

Dalam otak dah berkira kira nak ke bazar Ramadhan...
Dalam otak terbayang dah ayam golek...
Dalam otak dah terlintas dah keenakan caramel puding...
Dalam otak dah teringin nak makan murtabak daging...
Dalam otak dah terngiang ngiang air kelapa dengan isi kelapa nya yang putih lembut jea...
Dalam otak jua dah dah dah!!!... Terliur lak orang lain kang!

NotaKarut: Kalau syaitan dah terikat di bulan puasa ni kan... Tu... Yang kat atas semua tu... Siapa yang hasut tu? Nak makan sedap sedap jea... hoho... Maknanya... Tak ada maknanya... Dalam diri tu... Ada lagi nafsu yang perlu dikawal... Kalau tak, sama je la macam syaitan... Membazir kan amalan syaitan... tapi syaitan dah di berlenggu? Siapa syaitan yang sebenarnya ni ek? Aduyai... Pening... Dah dah dah... Moh ke bazar...



Ulasan

Muttallif berkata…
Rindu ngn Ayam Percik :)
Lea Isnawi berkata…
hahaha..ko tuh asyik terbayang makanan je dr tadi...ish..

jom jom g bazar
zati embong berkata…
ni bt takat tk,leh buat org baca ni pun lapar.haha.

selamat berbuka dgn makanan yg banyak TK!haha
Unknown berkata…
kawal nafsu bro..hehe
Tinta Lana berkata…
nas, selamat berbuka! hang ni,dari gayo, tak mampu kuruih ni, bedal jela..jnji tak lagi montel dri skrg,hahaahah
dill berkata…
selamat berbuka puase, mista karut!

dill.
iem berkata…
ingatkan tukang karut dah kena ikat tadi..
haha
BubuBobot berkata…
rindu kat air khatira
Tanpa Nama berkata…
Pergi bazaar, jumpa ramai perempuan pakai legging. Haish. Kurang pahala tu. ermm...
Unknown berkata…
yes dgr ckap cucu tu, kena kawal nafsu jer
Tanpa Nama berkata…
dugaan d bulan pose. cam xbese kann, haha
Mr iz berkata…
bazar man nak jalan tu ...kalau tamn tun bole jumpa aku...he he he....
Oh Lady berkata…
ouh dugaan sungguh...posa2 jgn xposa tau..
Unknown berkata…
slmt bsahur la plak
ORLANDO AHMAD berkata…
nafsu lagi hebat...
Wanie berkata…
haha..bagus2 pandia kawal nafsu..keep it up utk sblan ye..hehe
L berkata…
pon2..lori milo L dtg dh... sori lambat seket.. xsempat nk dtg time shurnk supot milo ais 3in 1 utk berbuka nt.. k.. =)
http://lolz-l.blogspot.com/2011/08/bangun-sahur-buat-aper.html
scya lollita berkata…
wuuu smoge nafsu bisa dikawal
Bunga berkata…
nak ikan goreng berlada..heee
blog-tips-kurus berkata…
baru terbaca; syaitan besar je diikat. syaitan cinonet banyak berkeliaran. tapi sebenarnya nafsu sendiri yg susah nak kawal.. :-)

*waktu nak dkt berbuka=waktu terbaik untuk berdoa..
khaifaiz berkata…
mkn nk buka mkn galak aku main game
bunga_rose berkata…
kawin nanti suh isteri masak sumer tu.. tak payah nak seboko g bazar dah...
deeya berkata…
dah terbiase tak pegi bazar ramadhan .. dari kecik blajar kawal nafsu makan . kalau x , hurm ~ pegi bazar sume nak . haha
Daddylicious berkata…
teringat pulak air nira kat tepi jalan di terengganu tu...ish ..
emarieys berkata…
nafsu anak tekak menguasai diri tu
-- berkata…
napsu..sila tambat..
Sutera_suci berkata…
Tu la pasai..nafsu semata-mata. Habaq nak diet.
syiela berkata…
kasi hubby pegi sorang2 je bazar ramadhan.. kalau tidak habis semua syiela borong apa yg ada d sana
Waqheh berkata…
salam ramadan bro..salam singgah berbuka...
Izzlorna berkata…
slhkn diri ler jwp yer...
duit kuar cam air jer bila gi bazar..kena btl2 kawal nafsu ooo...
slmt berpuasa n berbuka kang tk...

Catatan popular daripada blog ini

Ucapan Hari Raya Kelakar...

Koleksi Ucapan Whatapp Hari Raya 2016...  Ketupat pulut di atas para, Hendak direbus di tepi perigi, SMS dihantar pengganti kad raya, Tanda ingatan tak luput di hati. Selamat Hari Raya Aidilfitri, Mohon maaf Zahir & Batin . Kalau dilipek sebosar kuku. Kalau dibontang sebosar alam. Kok hilang dicaghi. Kok hanyut dipinteh. Kok tonggolam disolam. Datang biarla nampak muko. Kok poei biarla nampak belakang. Jauh diimbau,dokek digamit. Seuntai salam,sojambak kato. Dogup bicagho,meghisik raso. Salam Aidilfitri Maaf Zahir & Batin “Biar hati sejernih air, jgn pula dipenuhi lumpur, kalau salah saya belum berakhir, diharap diampun dgn rasa bersyukur”.”Jika budi dipenuhi ikhlas, jgn ia disulam tuba, jika ada salah yg belum dibalas, harap diampun di hariraya”. “Biar amarah disunting senyum, ibarat pekerti disulam kasih, diharap dihalal makan dan minum, ibarat rezki yg tidak disisih”. SELAMAT HARIRAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN. Mä$äk £Ã¨mäñg $àmßil bdiri, Hè...

Anda Marah? Ni Pantun Kurang Ajar.

Jalan jalan naik basikal, Naik basikal di waktu malam, Ada otak ada akal, Jangan disimpan menjadi pekasam. Pekasam buruk di goreng orang, Bau semerbak serata alam, Tutur kata ibarat parang, Tersilap kata menikam dalam. Belakang parang diasah jangan, Tajam depan tajam belakangnya, Kurang ajar apakah hukuman, Buku lima di pipi la jawabnya.

Pantun Malam Jumaat...

Ubi kayu sedap dibuat pengat Lagi sedap kalau dimasak siti Malam Jumaat datang semangat Almaklum banyak agenda sedang menanti Sedapnya pengat ubi teringat ingat Manakan terlawan si roti jala Ambillah berkat malam Jumaat Mengerat kasih mendapat pahala Di malam hari terasa hangat Memang enak minum air kelapa Malam ni malam Jumaat Tongkat ali jangan dilupa Dah perkena tongkat ali secawan Dicecah bersama kuih bahulu Hendak berblog,berbloglah kawan, Saya bermohon tidur dahulu. NotaKarut: Nak komen? Sila pantun jua... Hahahahahaha... Sekadar gurauan di malam Jumaat... Tak ada apa agenda pun malam ni kecuali nak buat solat hajat dan zikir lebih sikit...