Langkau ke kandungan utama

Status Terkini...

Hoho... Status terkini...
Macam berita terkini di tivi tiga suku(fida... pinjam sat ek istilah ni)...

Menaip sambil garu garu agak hairan...
Kenapakah berat sangat kelopak mata aku ni...
Nak kata syaitan bergayutan di kelopak mata, tak mungkin la...
Semua syaitan iblis jin kan dah dibelenggu bulan puasa ni... Mana mungkin...

Mengantuknya...
Serius... Ni kalau dapat lelap ni dua tiga minit syok ni...
Silap silap boleh terlajak sampai pukul lima...

NotaKarut: Baru sahur 3 bijik kurma dan air sejuk... Kepala dah tintong... hoho... Azam nak kuruskan badan konon... caitttt!

Korang mengantuk tak ek? Ke aku sorang je yang mengantuk ni?
Sekian status terkini hiburan sensasi... Kurangkan mengumpat di bulan puasa, tingkatkan produktiviti pahala... hohoho...

Ulasan

-- berkata…
ai tak sahur..bangun pukul 5.49

tak lapar
tak ngantuk
tak lesu
tak haus..

eceh.. kudus kan? kekekek

sila la gambo.. mane gambo? gambo di hotel H dan kat dewan mahfuz khalid..

nk up entry tade gambo..
Lea Isnawi berkata…
ko niat x semalam? biasanya kalo kite niat..tak rasa lapo sgt...
haaa
Prince Halilintar berkata…
setakat ni masih cergas lagi prince..hehe
bunga_rose berkata…
ko ni... kalah mak buyong tau.. aku still segar, tak mengantuk pun... tapi kepala aa pening nak baca tulisan hakim ni.. dah la dia tulis dalam bahasa ibunda ko.. pening aku nak translate weh!!!! meh tlg aku, meh!!
iem berkata…
laen kali minum air suam nak kurus..
hihi

aku ngntuk, aku boleh tido.
haha
Tinta Lana berkata…
Hang betoi ka nak kuruskan badan nas?hhahahah.gelak jap,hahaha. eh..tpi..aku pun nak jugak T___T kih3

~~ oh..pasal penanda aras aku tu..yg pastinya..bukan lah dirimu,hahahaha
dill berkata…
ngantuk lak. nak tdo jap.

dill.
~Sal Ismail~ berkata…
Aku masih bertenaga sampai skrg ni..semangat hari pertama =p
meh aku kasi turun semangat sket~ puh puh..
Unknown berkata…
blogwalking
ieza ashaari berkata…
kahkahkah.. alasan !

lek lah, baru 1st day.. hihi..
Unknown berkata…
ayie lepas subuh terus tido..hehe
Tanpa Nama berkata…
Tak mengantuk, tapi, saya asik menggeliat je. huhu. Tak tahu kenapa. ermmm. hee. :)
Unknown berkata…
amboi diet,huhu
Mr iz berkata…
sama lah kita pun ni..ngantuk ngantuk ayam je ni...he he he he

Catatan popular daripada blog ini

Ucapan Hari Raya Kelakar...

Koleksi Ucapan Whatapp Hari Raya 2016...  Ketupat pulut di atas para, Hendak direbus di tepi perigi, SMS dihantar pengganti kad raya, Tanda ingatan tak luput di hati. Selamat Hari Raya Aidilfitri, Mohon maaf Zahir & Batin . Kalau dilipek sebosar kuku. Kalau dibontang sebosar alam. Kok hilang dicaghi. Kok hanyut dipinteh. Kok tonggolam disolam. Datang biarla nampak muko. Kok poei biarla nampak belakang. Jauh diimbau,dokek digamit. Seuntai salam,sojambak kato. Dogup bicagho,meghisik raso. Salam Aidilfitri Maaf Zahir & Batin “Biar hati sejernih air, jgn pula dipenuhi lumpur, kalau salah saya belum berakhir, diharap diampun dgn rasa bersyukur”.”Jika budi dipenuhi ikhlas, jgn ia disulam tuba, jika ada salah yg belum dibalas, harap diampun di hariraya”. “Biar amarah disunting senyum, ibarat pekerti disulam kasih, diharap dihalal makan dan minum, ibarat rezki yg tidak disisih”. SELAMAT HARIRAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN. Mä$äk £Ã¨mäñg $àmßil bdiri, Hè...

Anda Marah? Ni Pantun Kurang Ajar.

Jalan jalan naik basikal, Naik basikal di waktu malam, Ada otak ada akal, Jangan disimpan menjadi pekasam. Pekasam buruk di goreng orang, Bau semerbak serata alam, Tutur kata ibarat parang, Tersilap kata menikam dalam. Belakang parang diasah jangan, Tajam depan tajam belakangnya, Kurang ajar apakah hukuman, Buku lima di pipi la jawabnya.

Pantun Malam Jumaat...

Ubi kayu sedap dibuat pengat Lagi sedap kalau dimasak siti Malam Jumaat datang semangat Almaklum banyak agenda sedang menanti Sedapnya pengat ubi teringat ingat Manakan terlawan si roti jala Ambillah berkat malam Jumaat Mengerat kasih mendapat pahala Di malam hari terasa hangat Memang enak minum air kelapa Malam ni malam Jumaat Tongkat ali jangan dilupa Dah perkena tongkat ali secawan Dicecah bersama kuih bahulu Hendak berblog,berbloglah kawan, Saya bermohon tidur dahulu. NotaKarut: Nak komen? Sila pantun jua... Hahahahahaha... Sekadar gurauan di malam Jumaat... Tak ada apa agenda pun malam ni kecuali nak buat solat hajat dan zikir lebih sikit...