Langkau ke kandungan utama

Tak Boleh Fikir Tajuk....

Hoho... Halloooo...
Guten morgen... Selamat Pagi...
Korang kerja ke hari ni?
Kerja la rajin rajin ek...
Jangan nak ngulo jea...
Aku tau la kalau dah masuk minggu terakhir sebelum raya ni, kebiasaannya mood berkerja sangat la merudum...

Aku offday hari ni...
Agung bagi cuti... Hoho...
Ada Urusan Sang Puteri yang perlu diselesaikan...

Copppp!!!... Aku terkesima sekejab...
Aduyai... Terdengar pulak lagu raya yang... Humpppppp... Sedihnya...

Kenapa la lagu raya hanya terkesan di hati ini sebelum raya sahaja...
Tapi bila masa hari raya... Atau lebih tepat di pagi raya, lagu raya ni macam tak membawa erti pun... Terasa nak dengar lagu Wings dan Search jea... Atau aku sorang je yang rasa macam tu?

Seminggu jea lagi nak raya...
Dah beli ke apa apa yang patut dan tak patut?
Asyik tanya orang jea kan...
Nyibuk jea... Lantak pi la... Duit dema... Pandai pandai dema la...
Aku? Satu benda pun aku tak beli lagi... Muhahaha...

Aduyai... Mood nak membeli tu tak kesampaian lagi...

Copppp!!! Aduyai... Lagu raya sedih lagi!!!
Aduyai... Spoil mood aku pepagi ni!

Lambaian Aidil Fitri

Suara takbir berkumandang
Membisik di hati
Sebak terasa di dada
Ku teringat kampung halaman

Di pagi indah aidilfitri
Yang mulia ini
Sayup jauh dingatan
Ayah bonda sanak dan saudara

Jangan sedih
Usahlah kau berduka
Melayan gundah di hati
Gema takbir menambat di jiwa

Aidilfitri
Disambut penuh gembira
Walaupun di perantauan
Bersyukurlah kepada Illahi

Ku terharu
Merindukan gurauan

Lambaian di desa
Ayah bonda sanak dan saudara

Ampun maaf
Ku pohonkan di angin lalu

Ampuni anakmu
Dari segala keringan dosa

Ayah dan ibu
Dengarilah rintihan ku
Di hari yang mulia
Aidilfitri penuh syahdu

Jangan sedih
Usahlah kau berduka
Melayan gundah di hati
Gema takbir menambat di jiwa

Ampun maaf
Ku pohonkan di angin lalu

Ampuni anakmu
Dari segala keringan dosa

Ayah dan ibu
Dengarilah rintihan ku
Di hari yang mulia
Aidilfitri penuh syahdu

NotaKarut: Hoho... Korang... Korang pening kepala berpusing pusing ke tak bila baca entry si tukang karut ni... Macam "Kakak Ipar" aku ni? Atau korang pening pasal gaya bahasa yang aku gunakan agak kebanglaan sikit... Tengok... Ayat bangla lagi!


Ulasan

budakijaupendek berkata…
ntah knpa time nk raya je ske dgr lagu raya. haha
Memori Kekasih berkata…
hadui...pening lah CMK bace entri neh...banyak sangat cop...hehehe
Rina Rahamat berkata…
akak suka dgr lagu raya lama-lama lebih menusuk ke hati sbb akak membesar dgn lagu raya zaman tu..lagu raya moden akak x rase pape pon..
Prince Halilintar berkata…
almaak prince pun turut terasa hiba dan sayu ni dgr lagu raya....waaaa..nak balik kampong!!
Ann Huda (Ate) berkata…
Ramadhan no mood waiting raya mood. Boleh letak tajuk cam tu? :)
scya lollita berkata…
meh dtg raye rumah ahaha
emarieys berkata…
tak beli apa2 juga ni..
syiela berkata…
suka dengar lagu raya... nak2 lagu raya lama .. syahdu
celamat ari raye broo..
~Sal Ismail~ berkata…
aku kalo dengar lagu raya time sorang2 je terkesan..kalo tgh reramai lagu sedey mcmna pun xde feel~
Unknown berkata…
hai selamt hari raye...haha :D
Daddylicious berkata…
semakin dekat nak raya karutnya semakin menjadi2 pulak yer...hehe
Yutaka Mushimura berkata…
den mealayan lagu2 jiwang rock leleh weh..seb bek tak bukak radia...kalu dengar lagu raya...makanya

jatuhlah semangat bekerja....woohaaa
Lea Isnawi berkata…
wah cuti!
jelesnya....
chiLleD...!! berkata…
biasalah tu..pagi raya kita dengar takbir raya lah..=)
Ct Aja berkata…
hahhahaha, ade gak cm 2 time raya nak dgr lagu search..huhuhuhu, saya tak suka dgr lagu raya skang, dah raya baru dgr kalau idak tak sabo nak balik kmpg..hu3
zati embong berkata…
eleh,mujur jat bukak blog bla dah balik rumah,kalau x sure jeles tk cuti.

dgr lagu raya,tp serius feel raya x dtg lagi.
.drakula. berkata…
aku rasa biar budak tu jer "reno" rumah kau ni ....keh3...tak lama lagi cantik arr rumah kau kan...
blog-tips-kurus berkata…
same la.. Agong sayang kita. :-)

*kalau bangla baca ni, kecik hati mereka..
Wanie berkata…
haha..pening gak kadang2 tu..:D
mungkin sbb freestyle? <-- betul ke ayat ni?huhu

esok nak raya, mood tu baru ade kot..hehe
ILA HonEyBuNNy berkata…
jom shopping untuk raya TK..hehe..

ne xsabar nak raya neh..eheheh
Bunga berkata…
amboi..ni jels..kak ipar pun nak off gak..haha..

ari ni paham cikip..hahah..

lagu raya best..haha..
Unknown berkata…
haha..lagu raya sudah lma berkumandang..haishhh mcm xsyok plak..btw, biasa je blog bro..sempoi gitu..
dill berkata…
janji faham, beb

dill.

Catatan popular daripada blog ini

Ucapan Hari Raya Kelakar...

Koleksi Ucapan Whatapp Hari Raya 2016...  Ketupat pulut di atas para, Hendak direbus di tepi perigi, SMS dihantar pengganti kad raya, Tanda ingatan tak luput di hati. Selamat Hari Raya Aidilfitri, Mohon maaf Zahir & Batin . Kalau dilipek sebosar kuku. Kalau dibontang sebosar alam. Kok hilang dicaghi. Kok hanyut dipinteh. Kok tonggolam disolam. Datang biarla nampak muko. Kok poei biarla nampak belakang. Jauh diimbau,dokek digamit. Seuntai salam,sojambak kato. Dogup bicagho,meghisik raso. Salam Aidilfitri Maaf Zahir & Batin “Biar hati sejernih air, jgn pula dipenuhi lumpur, kalau salah saya belum berakhir, diharap diampun dgn rasa bersyukur”.”Jika budi dipenuhi ikhlas, jgn ia disulam tuba, jika ada salah yg belum dibalas, harap diampun di hariraya”. “Biar amarah disunting senyum, ibarat pekerti disulam kasih, diharap dihalal makan dan minum, ibarat rezki yg tidak disisih”. SELAMAT HARIRAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN. Mä$äk £Ã¨mäñg $àmßil bdiri, Hè...

Anda Marah? Ni Pantun Kurang Ajar.

Jalan jalan naik basikal, Naik basikal di waktu malam, Ada otak ada akal, Jangan disimpan menjadi pekasam. Pekasam buruk di goreng orang, Bau semerbak serata alam, Tutur kata ibarat parang, Tersilap kata menikam dalam. Belakang parang diasah jangan, Tajam depan tajam belakangnya, Kurang ajar apakah hukuman, Buku lima di pipi la jawabnya.

Pantun Malam Jumaat...

Ubi kayu sedap dibuat pengat Lagi sedap kalau dimasak siti Malam Jumaat datang semangat Almaklum banyak agenda sedang menanti Sedapnya pengat ubi teringat ingat Manakan terlawan si roti jala Ambillah berkat malam Jumaat Mengerat kasih mendapat pahala Di malam hari terasa hangat Memang enak minum air kelapa Malam ni malam Jumaat Tongkat ali jangan dilupa Dah perkena tongkat ali secawan Dicecah bersama kuih bahulu Hendak berblog,berbloglah kawan, Saya bermohon tidur dahulu. NotaKarut: Nak komen? Sila pantun jua... Hahahahahaha... Sekadar gurauan di malam Jumaat... Tak ada apa agenda pun malam ni kecuali nak buat solat hajat dan zikir lebih sikit...