Langkau ke kandungan utama

Seloka Puasa Ramadhan.

Seloka Puasa Ramadhan...


Jalan jalan bazar Ramadhan
Peniaga tumbuh bagaikan cendawan
Rupa bentuk bikin hati tertawan
Tapi sayang rasanya kurang
Ini macam boleh bikin sawan

Jalan jalan bazar Ramadhan
Rambang mata membelinya sakan
Tapi yang di beli bukan semuanya makan
Banyak yang membazir ditongsampahkan
Dah tentu itu sifat Syaitan

Konon puasa nak jaga badan
Tapi bila berbuka tak ingat sempadan
Penuh semeja dengan makanan
Dah tak peduli orang kiri kanan
Sampai tersandar perut naik bagai dipam pam

Bila pertengahan Ramadhan menjelang
Masing masing sibuk memenuhkan balang
Anak bulan raya belum kelihatan
Kuih dah penuh lori satu tan

Baru dua minggu puasa lagu raya dah berkumandang,
Macam esok raya dah diumumkan
Hello kawan kawan
puasa korang sempat cukupkah sebulan? 
Amal ibadat itu lebih  baik diutamakan
Tahun depan entah sempat entah la kan
Takut takut belum raya lagi dah jalan
Baju raya berkain kapan
Pagi raya ramai saudara datang
Lepas tu tinggal la dalam kubur sorang sorang

Owh sungguh kasar bahasa ni kawan
Kalau terasa, mintak diampunkan
Bukan apa, sekadar ingin mengingatkan...

Ulasan

Unknown berkata…
Beli lah makanan sekadarnya saja. satu hari satu juadah, dapat juga merasa semua makanan yang diidam-idam kat bazar Ramadhan tu.. hik hik hik
syiela berkata…
setuju TK!
Unknown berkata…
paling suka ayat nie...

Hello kawan kawan
puasa korang sempat cukupkah sebulan?
Amal ibadat itu lebih baik diutamakan
Tahun depan entah sempat entah la kan
Takut takut belum raya lagi dah jalan
Baju raya berkain kapan
Pagi raya ramai saudara datang
Lepas tu tinggal la dalam kubur sorang sorang


ahahhaahahah...great idea
NasQ berkata…
@HAdira Kifly ermmm... kalau nak merasa semua... ermmm... kembang la perut ni... hikhikhik...
NasQ berkata…
@syiela so? Undi la aku masa PRU13 ni...
NasQ berkata…
@aimi kalau suka nak buat apa? nak nyanyi lagu rasa sayang sayang eh boleh?
NasQ berkata…
@MamaEma ermmm... kek indulgen resipi rahsia lagi best... yumyumyummmmyyy...
Rina Rahamat berkata…
so far makanan berbuka salu abes..
Zierwa Zainal berkata…
terbaik la seloka ramadhan ni..
Unknown berkata…
Dah kalau beli yang entahapape sampai tak habis, tak ke nak merasa semua namanye tu?
bunga_rose berkata…
pantun no 3 tu.. errrr cam tuju kat diri sendiri je hahaahahah
Cik TeN10 berkata…
Kat sni xdpt la juadah berbuka penuh meja..maklum la kena masak sdri..xsabar nak balik mesia ni.. Nak terjah bazar ramadhan tgk ape yg ada :D
Asrul "iLham" Sany berkata…
pandai ko berseloka ye...
Tinta Lana berkata…
Salam Nas.

Teror ko dalam berseloka ya.. :)

Minta dijauhkan la "Baju raya berkain kapan"

Banyak dah kat tv, kuar berita macam tu..dah hari2..
NasQ berkata…
@Rina AVAIL a.k.a Cik Betty bagus la kalau gitu... lain kali beli la lebih lebih sikit... hantar la semangkuk dua kat aku ni ha...
NasQ berkata…
@ZiErWa zAiNaL agak2 kalau masuk juara lagu boleh menang tak ni ek?
NasQ berkata…
@HAdira Kifly kalau nak lagi sedap... dira belanja la aku ni ha!
NasQ berkata…
@bunga_rose oit! Jangan la bagitau semua orang! Diam diam sudah...
NasQ berkata…
@Cik TeN10 ala... dah tak lama dah kan... lepas ni melantak la puas puas ek sampai tak boleh bangun!
Unknown berkata…
jom lah.. sebelum duit allowance ni habis bershopping weekend ni.. bhahaha :P
NasQ berkata…
@Asrul "iLham" Sany idea datang mencurah2 bagaikan air yang mengalir ketika krisis air di selangor!
NasQ berkata…
@Tinta Lana ala... nanti semua orang akan merasa pakai baju kapan tu...
NasQ berkata…
@HAdira Kifly betul ni???? serius???/ aku ni kuat makan tau... kalau lapar, silap silap sudu pun habis aku telan...
Unknown berkata…
jom lahh.. tadi pun kitorang pi buka puasa ramai-ramai... Ni pun masih jadi dugong lagi atas katil ni hah.. hehehehe
NasQ berkata…
@HAdira Kifly hikhikhik... tak segan ke? malu lak rasanya ni... hikhikhik...
Ceiler Mun berkata…
nice2.


ni sejak bila pandai berseloka ni? hehe.


selamat berpuasa. aku rasa aku dah lama tak datang blog ni. asyik ko je yang datang blog aku. terima kasih beb :)
Unknown berkata…
keh keh keh.. tak nak sudaaa.. :P
NasQ berkata…
@Bella Bell ko memang... tak kenang budi!
NasQ berkata…
@HAdira Kifly ala... ni mau malu biawak je ni... ajak la... ajak ayam ayam sekali ek...
emarieys berkata…
Alhamdulillah setakat hari ni, walaupun lauk dibeli..tidak lagi sampai ke tong sampah...ada yg berbaki dikongsi dengan kucing belakang rumah... selamat berpuasa TK

Catatan popular daripada blog ini

Ucapan Hari Raya Kelakar...

Koleksi Ucapan Whatapp Hari Raya 2016...  Ketupat pulut di atas para, Hendak direbus di tepi perigi, SMS dihantar pengganti kad raya, Tanda ingatan tak luput di hati. Selamat Hari Raya Aidilfitri, Mohon maaf Zahir & Batin . Kalau dilipek sebosar kuku. Kalau dibontang sebosar alam. Kok hilang dicaghi. Kok hanyut dipinteh. Kok tonggolam disolam. Datang biarla nampak muko. Kok poei biarla nampak belakang. Jauh diimbau,dokek digamit. Seuntai salam,sojambak kato. Dogup bicagho,meghisik raso. Salam Aidilfitri Maaf Zahir & Batin “Biar hati sejernih air, jgn pula dipenuhi lumpur, kalau salah saya belum berakhir, diharap diampun dgn rasa bersyukur”.”Jika budi dipenuhi ikhlas, jgn ia disulam tuba, jika ada salah yg belum dibalas, harap diampun di hariraya”. “Biar amarah disunting senyum, ibarat pekerti disulam kasih, diharap dihalal makan dan minum, ibarat rezki yg tidak disisih”. SELAMAT HARIRAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN. Mä$äk £Ã¨mäñg $àmßil bdiri, Hè...

Anda Marah? Ni Pantun Kurang Ajar.

Jalan jalan naik basikal, Naik basikal di waktu malam, Ada otak ada akal, Jangan disimpan menjadi pekasam. Pekasam buruk di goreng orang, Bau semerbak serata alam, Tutur kata ibarat parang, Tersilap kata menikam dalam. Belakang parang diasah jangan, Tajam depan tajam belakangnya, Kurang ajar apakah hukuman, Buku lima di pipi la jawabnya.

Pantun Malam Jumaat...

Ubi kayu sedap dibuat pengat Lagi sedap kalau dimasak siti Malam Jumaat datang semangat Almaklum banyak agenda sedang menanti Sedapnya pengat ubi teringat ingat Manakan terlawan si roti jala Ambillah berkat malam Jumaat Mengerat kasih mendapat pahala Di malam hari terasa hangat Memang enak minum air kelapa Malam ni malam Jumaat Tongkat ali jangan dilupa Dah perkena tongkat ali secawan Dicecah bersama kuih bahulu Hendak berblog,berbloglah kawan, Saya bermohon tidur dahulu. NotaKarut: Nak komen? Sila pantun jua... Hahahahahaha... Sekadar gurauan di malam Jumaat... Tak ada apa agenda pun malam ni kecuali nak buat solat hajat dan zikir lebih sikit...