Langkau ke kandungan utama

Seloka Puasa...

Bila tiba bulan Puasa,
Ramai orang pasang niat,
Nak meluangkan masa,
Penuhkan masjid nak beramal ibadat...

Malam pertama tarawih,
Penuh masjid sampai ke jalan,
Nak lagi bagus sampai akhir bulan, Alhamdulillah,
Jangan pulak sekerat jalan...

Pagi pertama dah muka toya,
Nak menunjuk dia puasa,
Dah petang baru nampak muka,
Waktu rehat ghaib entah ke mana...

Tadi toya sekarang ceria,
Datang dekat bau rokok,
Ape jenis punya manusia,
Lebih kurang monyet di atas pokok...

Ulasan

||aLeaSaRa|| berkata…
petang nanti peniaga kat bazar dah mula sibuk pasang khemah,susun makanan,minuman,kuih-muih.dah biasa tengok,ada pelanggan yg datang seawal 3 petang!!!perghhhh..beli simpan untuk berbuka lepas azan maghrib ke atau tak sempat tunggu azan asar he3...
Mek Onie berkata…
macam lagu raya dah TK wei,haha...selamat berpuasa utk kau juga :D
NasQ berkata…
erk... aku dengar ada orang azan zuhur la waktu dhuha ni...
NasQ berkata…
Lagu raya? ye ke?

Erm... Ni yang nak jadi komposer ni...
Tanpa Nama berkata…
selamat berpuasa...

banyak ingatan dalam tu

:)
emarieys berkata…
maksud yg mendalam... selamat berpuasa
Ratu Hatiku berkata…
hihihi...bagus pantun nie..
Selamat berpuasa ya TK
Unknown berkata…
pehhh mmg siot r yg bau rokok 2.....

=P
Unknown berkata…
salam ramadan dan selamat berpuasa
NasQ berkata…
aku sendiri pun tak berapa nak ingat ingatan dalam tu...
NasQ berkata…
kena gali dulu ke baru jumpa maksud tu?
NasQ berkata…
selamat berpuasa juga
NasQ berkata…
tu la kan...siot tul la...
NasQ berkata…
selamat puasa...
Tinta Lana berkata…
Salam.

Ak suka lalu lalang depan kepci or mekdi.. mesti ada yg beratur. Awal giler beratur, kul brapa, zohor pun belum lagi..ekekeke.
Unknown berkata…
selamat berpuasa tk!
Kisah Si Dairy berkata…
hangat2 taik ayam jerk...bila dah lepas berbuka terawih ke mana solat pun entah kemana..no..no...don't do that...hehe
Cik TeN10 berkata…
semoga "mereka2 itu" diberi hidayah dan kesedaran untuk kembali ke track yg betul. amin

selamat berpuasa TK :D

Chuu Muqhlis berkata…
harap tarawikh istiqamah smpai hujung hehehe..
tk..bile nk terbit buku seloka :P
bunga_rose berkata…
salam ramadhan al mubarak cabiii
QasehnyaRania berkata…
pandai tk berpantun ye :)
selamat brsahur ye

Catatan popular daripada blog ini

Ucapan Hari Raya Kelakar...

Koleksi Ucapan Whatapp Hari Raya 2016...  Ketupat pulut di atas para, Hendak direbus di tepi perigi, SMS dihantar pengganti kad raya, Tanda ingatan tak luput di hati. Selamat Hari Raya Aidilfitri, Mohon maaf Zahir & Batin . Kalau dilipek sebosar kuku. Kalau dibontang sebosar alam. Kok hilang dicaghi. Kok hanyut dipinteh. Kok tonggolam disolam. Datang biarla nampak muko. Kok poei biarla nampak belakang. Jauh diimbau,dokek digamit. Seuntai salam,sojambak kato. Dogup bicagho,meghisik raso. Salam Aidilfitri Maaf Zahir & Batin “Biar hati sejernih air, jgn pula dipenuhi lumpur, kalau salah saya belum berakhir, diharap diampun dgn rasa bersyukur”.”Jika budi dipenuhi ikhlas, jgn ia disulam tuba, jika ada salah yg belum dibalas, harap diampun di hariraya”. “Biar amarah disunting senyum, ibarat pekerti disulam kasih, diharap dihalal makan dan minum, ibarat rezki yg tidak disisih”. SELAMAT HARIRAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN. Mä$äk £Ã¨mäñg $àmßil bdiri, Hè...

Anda Marah? Ni Pantun Kurang Ajar.

Jalan jalan naik basikal, Naik basikal di waktu malam, Ada otak ada akal, Jangan disimpan menjadi pekasam. Pekasam buruk di goreng orang, Bau semerbak serata alam, Tutur kata ibarat parang, Tersilap kata menikam dalam. Belakang parang diasah jangan, Tajam depan tajam belakangnya, Kurang ajar apakah hukuman, Buku lima di pipi la jawabnya.

Pantun Malam Jumaat...

Ubi kayu sedap dibuat pengat Lagi sedap kalau dimasak siti Malam Jumaat datang semangat Almaklum banyak agenda sedang menanti Sedapnya pengat ubi teringat ingat Manakan terlawan si roti jala Ambillah berkat malam Jumaat Mengerat kasih mendapat pahala Di malam hari terasa hangat Memang enak minum air kelapa Malam ni malam Jumaat Tongkat ali jangan dilupa Dah perkena tongkat ali secawan Dicecah bersama kuih bahulu Hendak berblog,berbloglah kawan, Saya bermohon tidur dahulu. NotaKarut: Nak komen? Sila pantun jua... Hahahahahaha... Sekadar gurauan di malam Jumaat... Tak ada apa agenda pun malam ni kecuali nak buat solat hajat dan zikir lebih sikit...