Langkau ke kandungan utama

Pantun Hujung Tahun.

Tahun baru bakal menjelang,
Saat semalam merangkak perlahan,
Peristiwa pahit manis dikenang,
Tersemat longgar di kotak ingatan.

Idea datang bertalu talu,
Jari menari mengikut rentak,
Pena tajam bagai sembilu,
Menusuk kalbu mual menjelak.

Otak diperah bagaikan santan,
Lenggok bahasa macam sasterawan,
Sindir tidak mengata pun bukan,
Cerita lawak mengukir senyuman.

Mungkin ini akhir kalam karut,
Bukan merajuk membawa badan,
Otak dah penat nak mengarut,
Jumpa lagi di tahun depan.

Ulasan

sitirohaida berkata…
selamat menyambut tahun baru ye kawan...:)
ieza ashaari berkata…
ehem..

Jalan-jalan buka entry baru,
Entry baru milik tukang karut,
Aku datang nak ucap selamat tahun baru,
Moga tahun depan kurang mengarut..

hahaha.. pun blh kan.. lama xdtg jenguk TK ni.. alhamdulillah, anak za more better. just follow up fisio n pakar je ikut appointment. doakan yang terbaik ye.. :)
Cik Nor berkata…
nice entry..:)
Aimacomel berkata…
Alaaa, nak reply pantun tapi tetiba xde idea pulak
QasehnyaRania berkata…
selamat tahin abru tk..

macam mana susah pon kena usaha la jugak tk.hi ihi.
doakan saya ye tk.. :-)
Unknown berkata…
happy new year bro...hihihi :D
emarieys berkata…
selamat tahun baru TK
Intan7 berkata…
selamat tahun bru TK..
moga terus sukses..
tingkatkan prestasi, kurangkan kontroversi..
:p
Unknown berkata…
xpandai nk berpantun bagai
pape pn slmt thun baru TK
Tinta Lana berkata…
Assalamualaikum.

Mak aihh..esok dah 2hb, cepat sgt.

Selamat menambah permata hati ditahun baru ni, hahahah

#Jangan rehat lelama weh, mohon karut seperti biasa,hehehe
Fiza Aizzawa berkata…
nak bg pantun tp tak pandai..selamat tahun baru...

Catatan popular daripada blog ini

Ucapan Hari Raya Kelakar...

Koleksi Ucapan Whatapp Hari Raya 2016...  Ketupat pulut di atas para, Hendak direbus di tepi perigi, SMS dihantar pengganti kad raya, Tanda ingatan tak luput di hati. Selamat Hari Raya Aidilfitri, Mohon maaf Zahir & Batin . Kalau dilipek sebosar kuku. Kalau dibontang sebosar alam. Kok hilang dicaghi. Kok hanyut dipinteh. Kok tonggolam disolam. Datang biarla nampak muko. Kok poei biarla nampak belakang. Jauh diimbau,dokek digamit. Seuntai salam,sojambak kato. Dogup bicagho,meghisik raso. Salam Aidilfitri Maaf Zahir & Batin “Biar hati sejernih air, jgn pula dipenuhi lumpur, kalau salah saya belum berakhir, diharap diampun dgn rasa bersyukur”.”Jika budi dipenuhi ikhlas, jgn ia disulam tuba, jika ada salah yg belum dibalas, harap diampun di hariraya”. “Biar amarah disunting senyum, ibarat pekerti disulam kasih, diharap dihalal makan dan minum, ibarat rezki yg tidak disisih”. SELAMAT HARIRAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN. Mä$äk £Ã¨mäñg $àmßil bdiri, Hè...

Anda Marah? Ni Pantun Kurang Ajar.

Jalan jalan naik basikal, Naik basikal di waktu malam, Ada otak ada akal, Jangan disimpan menjadi pekasam. Pekasam buruk di goreng orang, Bau semerbak serata alam, Tutur kata ibarat parang, Tersilap kata menikam dalam. Belakang parang diasah jangan, Tajam depan tajam belakangnya, Kurang ajar apakah hukuman, Buku lima di pipi la jawabnya.

Pantun Malam Jumaat...

Ubi kayu sedap dibuat pengat Lagi sedap kalau dimasak siti Malam Jumaat datang semangat Almaklum banyak agenda sedang menanti Sedapnya pengat ubi teringat ingat Manakan terlawan si roti jala Ambillah berkat malam Jumaat Mengerat kasih mendapat pahala Di malam hari terasa hangat Memang enak minum air kelapa Malam ni malam Jumaat Tongkat ali jangan dilupa Dah perkena tongkat ali secawan Dicecah bersama kuih bahulu Hendak berblog,berbloglah kawan, Saya bermohon tidur dahulu. NotaKarut: Nak komen? Sila pantun jua... Hahahahahaha... Sekadar gurauan di malam Jumaat... Tak ada apa agenda pun malam ni kecuali nak buat solat hajat dan zikir lebih sikit...