Langkau ke kandungan utama

Catatan

Seloka Selamat Malam...

Dodol durian kuih bahulu, Enak dimakan diwaktu petang, Kerja kuat berganding bahu, Dari pagi membawa ke petang... Penat berkerja di siang hari, Sampai malam berjaga jaga, Anak mata berseri seri, Senyum gatal sampai ke telinga... Nasi sebelanga dimakan anak, Bapa menjerkah mata terbeliat, Dalam hati nak tambah anak, Ingin mencari pewaris zuriat... Perut penuh menjadi senak, Perut boncit penuh lemak, Punyanya lah lama dodoi si anak, Ikut terlelap pulak si emak... Pandang suri terkulat kulat, Timbul geram di dalam hati Alamat tak jadi nak tambah zuriat, Melepas sudah bantal jadi penganti... Bantal peluk dah naik kusam, Baunya pulak boleh tahan masam, Sebelum tukang karut melalut ke laut dalam, Baik tidur selamat malam...

Mau Kahwin Lagi...

Petang semalam... Setelah selesai solat Asar di sebuah masjid di Cheras... Disebabkan takut jem.. aku bergegas ke kereta. Tetapi ketika di parking, langkahku terhenti seketika... Aku nampak sebuah dompet besar betul betul terjatuh di tepi kereta ku. Dengan hati-hati aku angkat dompet itu. hummmmm.... Agak berat berisi. Rasa serba salah, dengan terpaksa demi untuk mengetahui identiti pemiliknya, aku buka dompet itu dan menemukan sebuah envelop besar dari nama sebuah bank. Aku baca di dalamnya juga ada nama dan alamat,  serta sejumlah wang. Duit note RM100 dlm dlm 10 ikatan yg tebal. Aku panik gila. Antara keliru dan rasa amanah aku kembali ke masjid. Wang ini harus aku pulangkan kepada pemiliknya. Aku bertanya semua jemaah,  tak seorang pun yg kenal. Aku tidak ada pilihan selain mencari pemiliknya..... Lantas aku bergegas memandu ke alamat yang ada di bungkusan wang itu. Ketika sampai, aku cuba beri salam dan mengetuk pintu pagar rumah. Keluar seorang lelaki yg sudah berumur berpe

Jenis-jenis Rambut

Jenis-jenis Rambut 1) RAMBUT LURUS bijak, seorang yang happy, bergaya, cemburu dan pandai dalam menguruskan sesuatu tanpa pertolongan.. 2) RAMBUT KERINTING TEBAL kurang bijak, degil, cemburu kuat, romantik, banyak pergaulan dan susah dalam menyelesaikan masalah diri, tidak suka termenung.. 3) RAMBUT KERINTING NEGRO bijak, ego, cemburu buta, romantik, memilih dan mudah mengamuk bila susah hendak selesaikan masalah 4) RAMBUT IKAL MAYANG bijak, berfikir sebelum melakukan sesuatu,berfikiran terbuka, banyak pergaulan, dan mudah memaaf kan seseorang dengan kesilapan lalu. 5) RAMBUT HALUS / LEMBUT bijak sangat, memilih, pemaaf, manja, tegas dan cepat melakukan perkerjaan dengan bersungguh-sungguh. 6) RAMBUT SIKIT bijak, sentiasa berfikiran negatif pada seseorang, ego dan pandai membuka perniagaan walaupun kecil. 7) RAMBUT PERANG kurang bijak, berfikiran terbuka, pemaaf, sosial dan bijak lari daripada masalah. 8) RAMBUT TEBAL bijak, degil, cemburu, romantik, kasar, bany

Blog... Tiada lagi nilai sastera...

Siapalah penulis blog di mata orang? Apakah nilainya. Silalah letakkan harga pada tulisan tulisan di blog anda. Tengoklah siapa yang sudi membayarnya. Pada waktu ini, kebanyakan penulis menulis blog hanya sebagai mata pencarian... Iklan iklan menjadi fokus utama...  Lantak la nak isi apa pun... Waima fitnah sekalipun... Berita basi diulang ulang sehingga menjadi sensasi... Tuding jari salahkan penulis sangat kejam, sebenarnya. Tapi itulah, bila jadi penulis juga kena hidup... Jalan terus saja... Tiada lagi nilai sastera....

Lawak Malam Jumaat

Suatu hari seorang menteri dan isterinya pergi merasmikan pusat pembiakan lembu Australia . Di depan hadirin.. seorang petugas dengan semangatnya menjelaskan proses pembiakan lembu ini.. "Dato dan Datin.. Lembu kami ini mampu mengawan sebanyak 5 kali sehari." Mendengar penjelasan itu.. dengan pantas isteri menteri itu berbisik ke telinga suaminya.. "Dengar tu.. Lembu pun mampu mengawan sampai lima kali sehari bukan macam abang ..!" Mendengar komen isterinya itu.. menteri tersebut cuma masam muka saja. Kemudian petugas di depan nya tadi meneruskan penerangan.. . "Lembu ini mampu mengawan dengan lima lembu betina berlainan sehari!" Menteri dengan senyum membisiki telinga isterinya.. "Dengar tu.. Lima kali sehari dengan lima betina yang berlainan.. bukan dengan satu betina saja..

Gambar Perempuan digunakan sebagai bahan lawak...

Sejujurnya aku tak suka lawak-lawak yang menggunakan gambar perempuan melayu sebagai subjek. Lagi lagi kalau lawak berbaur kelucahan melampau... Cuba bayangkan jika wanita tersebut adalah isteri, atau ibu, atau adik perempuan, atau anak perempuan kita, pasti kita akan sedih dan kecewa apabila gambar-gambar mereka dijaja ke merata tempat dan dijadikan objek untuk lawak-lawak haram jadah yang diedit oleh lelaki-lelaki yang miang dan gatal. Semoga kita dan keluarga kita dilindungi daripada dijadikan bahan lawak  dan lebih teruk lagi, menjadi bahan fantasi seksual lelaki lain kat group WhatsApp.

Puteri mandi geli dengan badak berendam di tepi tepung pelita.

TK: Kak, kuih badak berendam ni spesis apa? jantan ke betina?? Penjual kuih : Dua-dua ada... TK : Boleh la kak, bagi kuih badak berendam RM2, kuih puteri mandi pun RM2, tepung pelita RM2... Penjual kuih : Nak bungkus sekali ke??? TK: Bungkus asing asing la kak, nanti puteri geli nak mandi dengan badak tu pulak! Penjual kuih : Tepung pelita ni?? TK: Yang tu letak tepi puteri mandi. Terang sikit saya nak tengok!