Langkau ke kandungan utama

Catatan

Pantun Virus COVID19

Cantik masaknya buah bidara Menjadi idaman beruk dan kera Virus Corona punya angkara Satu dunia kena penjara Anak kera jalan berdingkit Jalan berdingkit bersama kawan Virus Corona mudah berjangkit Tak kenal kawan mahupun lawan Beruk jantan jatuh terkangkang Ditolak jatuh kawan sialan Virus corona boleh dikekang Membasuh tangan jadikan amalan Kera dan beruk jadi berkawan Elok berborak sangat peramah Kalau takut jadi sebaran Duduk diam di dalam rumah

Kekalutan Disebabkan COVID-19

Kejadian di supermarket jadi kalut bila: 1. Bila perasan semua orang pakai mask dan sarung tangan tapi sendiri tak pakai. 2. Ada abang ni tenung menenung daun sup dan daun ketumbar. 3. Awat semua abang abang pakat bawak list nak beli barang ni? Lagi kalut tengok ada abang ni borong halia banyak...

Scammer pun kalut

Sila tekan 0..... Hello, ada apa call? Pemanggil: Encik yang call saya? Eh... dia yang call kita kata akaun kita tertunggak. Nak batalkan akaun TM tadi. Pemanggil: jangan layan la. Saya scammer. Pulak!!! Scammer pun koyak! Penat layan orang ke hari ni? Xde ke scammer nak call lagi? Insurans ke apa ke... Tengah free sangat ni. Mau layan 2 jam pun tak de hal..

Langkah Pencegahan COVID 19, Elakan Sentuhan Fizikal Dengan Orang Asing.

Sebagai langkah pencegahan pada masa merebaknya wabak COVID 19 ini, jangan berkecil hati jika ada diantara kita yang enggan bersalam atau berjabat tangan dengan kita. Sentuhan fizikal dengan orang asing yang tidak diketahui tahap kesihatannya adalah langkah yang paling tepat dan selamat pada masa ini. Resepi Singgang Ikan Tenggiri Versi Pantai Timur SAKIT TUMIT KAKI? ANTARA PLANTAR FASCIITIS ATAU HEEL SPURS PENYEBABNYA.

Pantun Selamat Pagi Indah

Singgah berehat di pokok bidara Disapa Desir angin ibarat lagu Assalamualaikum pembuka bicara Selamat pagi di hari minggu Pucuk bidara bermawar merah Tempat bermain si anak lebah Sinat mentari pagi yang cerah Didoakan hari ini menjadi indah Buah bidara nampak di celah Menjadi rebutan si burung balam Mulakan dengan senyuman ceria dan indah Semoga kekal hingga ke malam SAKIT TUMIT KAKI? ANTARA PLANTAR FASCIITIS ATAU HEEL SPURS PENYEBABNYA. PHYSIOTHERAPY PUCHONG.

Sumpah Juara Lagu AJL34 Nyanyian Naim Daniel

LAGU ciptaan Naim Daniel dan Omar K nyanyian Naim berjudul Sumpah muncul sebagai juara Anugerah Juara Lagu ke-34 (AJL34) dan membawa pulang hadiah wang tunai RM50,000 berserta trofi. Bangun ciptaan Aman Ra dan nyanyian Aman Ra menjadi naib juara AJL34 dan pulang hadiah wang tunai RM35,000 berserta trofi.